GALAKSIVIRAL
  • Home
  • Info Muzik
  • Info Makan
  • Info Meletop
  • About Us
  • Sign In

GALAKSIVIRAL - Filem terbaru Marvel iaitu Thunderbolts AKA New Avengers telah berjaya mengegarkan kutipan filem box office apabila berjaya mendapat kutipan lebih $200 juta untuk minggu pertama tayangan seluruh dunia. Dan paling best banyak kali nama Malaysia disebut di dalam filem ini. Jom baca trivia dan review filem ini. Opsss, sebelum itu, kalau nak tahu siapa FIRST MALAYSIAN MARVEL SUPERHERO, jangan skip baca artikel ini ya. 


Poster Filem Thunderbolts AKA New Avengers

TRIVIA FILEM  
Tarikh Tayangan :
2 Mei 2025
Pengarah :
Jake Reirer
Pelakon Utama :
Florence Pugh - Yelena Belova 
Sebastian Stan - Bucky Barnes / Winter Soldier
Wyatt Russell - John Walker / U.S Agent
Lewis Pullman - Bob Reynolds / Sentry / Void
David Harbour - Alexei Shostakov / Red Guardian
Hannah John-Kamen - Ava Starr / Ghost
Julia Loius Drey-fus - Valentina Allegra De Fontaine
Geraldine Viswanathan - Mel
Olga Kurylenko - Antonia Dreykov / Taskmaster
Kutipan Filem :
$ 272.2 juta (12 Mei 2025)
Negara :
Amerika Syarikat
Sinopsis :
KECOH! Projek Rahsia CIA Terbongkar di Malaysia – Yelena Belova & Thunderbolts Lawan Adiwira Psiko?! 🔥

Apa jadi bila bekas ejen Black Widow, tentera upahan, dan penjenayah super berkumpul untuk selamatkan dunia? Nah, inilah kisah penuh kecoh dan gempak pasukan Thunderbolts!

Semuanya bermula di Malaysia, bila Yelena Belova diarahkan oleh pengarah CIA, Valentina de Fontaine, untuk musnahkan makmal rahsia. Tujuannya? Nak hapuskan bukti penglibatan dalam projek adiwira eksperimen “Sentry” oleh kumpulan O.X.E.

Tapi twist dia – bila Yelena, John Walker, Ava Starr dan Taskmaster dihantar ke fasiliti O.X.E., rupa-rupanya mereka dijadikan umpan untuk dimusnahkan bersama bukti! Dalam kekecohan, Ava bunuh Taskmaster dan mereka terlepas dari perangkap maut. Dalam bilik yang sama, mereka bebaskan seorang lelaki misteri bernama Bob.

Siapa Bob ni? Rupa-rupanya dia subjek eksperimen Sentry yang dianggap dah mati. Tapi bila dibawa ke Menara Avengers yang kini dinamakan “Watchtower” di New York, Bob tunjuk kuasa luar biasa – kebal, boleh terbang, tapi tak stabil. Valentina nak jadikan dia sebagai ikon baru macam Avengers – tapi semuanya bertukar jadi mimpi ngeri bila Bob hilang kawalan dan berubah jadi makhluk gelap bernama Void!

Void ni bukan biasa-biasa geng... dia sedut seluruh New York ke dalam dimensi gelap berdasarkan kenangan paling ngeri setiap orang. Yelena dan pasukannya — yang diberi nama “Thunderbolts” oleh Alexei Shostakov — masuk ke dalam minda Bob untuk lawan trauma dia sendiri. Dengan semangat setiakawan dan kepercayaan, Bob akhirnya berjaya lawan sisi gelap dalam dirinya.

Lepas selamatkan bandar, Thunderbolts bersedia untuk tangkap Valentina. Tapi Valentina  bijak menggunakan situasi itu dan memperkenalkan Thunderbolts sebagai “Avengers Baharu”!  di hadapan media. Terpaksalah mereka setuju demi elak kekecohan politik.

💥 Tapi cerita tak habis kat situ geng... Dalam post-credit scene, pasukan ni terima isyarat kecemasan dari kapal angkasa extradimensi dengan simbol besar angka “4”... Adakah ini petanda kemunculan Fantastic Four? 

Gambar : Merdeka 118 & Letupan Makmal di Malaysia 

GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/

REVIEW :
GV dapat rasakan filem ini akan capai kutipan $1 billion dalam masa terdekat kerana formula Marvel  menggunakan konsep filem  villians becoming heroes dan ditambah pula jalan cerita yang  diselami dengan penyampaian isu sosial dan emosi sejagat iaitu kesunyian dan hubungan kekeluargaan ini sangat berjaya dan diterima baik peminat. Ia juga jelas menjadikan filem ini bukan sekadar filem superhero semata-mata tetapi juga merupakan medium menyampaikan hiburan yang berkualiti dan kesedaran kesihatan kepada para peminat hiburan global. Selain itu,aksi berlawan yang sangat hebat, kuasa yang penuh kejutan dan plot twist yang mantap juga menjadikan filem ini sangat menghiburkan dan terbaik. 

Kesemua watak utama cerita ini mempunyai masalah kehidupan yang sama iaitu sunyi dan tiada hala tuju hidup. Yelena atau Black Widow The Second telah kehilangan kakaknya iaitu Natasha Black Widow dan beranggapan dipinggirkan oleh ayahnya iaitu Red Guardian. Red Guardian pula kehilangan keluarganya satu persatu dan beranggapan Yelena tidak mahukannya lagi. U.S Agent atau Captain Amerika versi keempat ini pula dipinggirkan oleh keluarganya sendiri kerana berpunca sifat pentingkan diri sendirinya. Ava atau Ghost daripada filem Ant Man pula terpaksa jadi villian atas dasar kelangsungan hidup kerana sebelum ini beliau mempunyai masalah untuk mengawal kuasanya sendiri dan terpaksa menghadapi pelbagai kesulitan dalam hidupnya. Manakala Bob The Sentry /Void pula menjadi mangsa bahan kajian projek rahsia dan  mempunyai sejarah masalah keluarga yang serius. Disebabkan masalah hidup dan rasa kesunyian di dalam diri Bob, secara tidak sedar dia telah mewujudkan entiti baru dalam diri beliau yang mempunyai kuasa tahap dewa iaitu The Void. Walaupun Buck aka Winter Soldier juga mempunyai kisah sedih, tapi beliau sudah redeem dengan  berjuang bersama ahli Avengers lain di dalam peperangan sebelum ini dan juga menjadi ahli kongress Amerika Syarikat.


Gambar Yelena

Yelena @ Florence berjaya menjadi tunjang utama filem ini dengan gaya lakonan yang sangat bersahaja dan mantap. Yelena inilah yang melompat dari puncak menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur Malaysia. Florence adalah bakal Primadona Baru Hollywood era 2020 an. Kehebatan Yelena adalah sama hebat dengan kehebatan Natasha. 

Gambar Winter Soldier

Buck atau Winter Soldier sebenarnya paling beruntung kerana satu-satunya watak asal daripada filem Avengers yang muncul dalam filem ini. Beliau dilihat sebagai paling matang dan mempunyai sifat kepimpinan yang sangat tinggi. 

Gambar U.S Agent
U.S Agent @ Captain America the copycat ini mempunyai perwatakan tipikal lelaki Amerika Syarikat dan kelakar.  Cara beliau berlawan juga sangat mirip dengan Captain America. 

Gambar Ghost
Ava @ Ghost nampak dingin tetapi sebenarnya sangat setia dan penyayang. Kuasa dia mirip Kitty Pryde dalam X-Men iaitu boleh menembus objek. Cuma bezanya Ava boleh jadi halimunan dan mangsa projek kajian sains. Manakala Kitty pula adalah mutant, tidak boleh halimuna dan mempunyai kuasa secara semulajadi. 

Gambar Red Guardian
Red Guardian adalah penceria suasana untuk pasukan ini. Beliau ialah Captain America versi Rusia.  Idea beliau untuk jadikan nama New Avengerz sebenarnya ditujukan pada Geng Z zaman kini yang suka buat kelainan yang kadang Yay or kadang Nay.

Gambar Taskmaster
Watak Taskmaster pula adalah satu watak yang tidak perlu ada pun di dalam filem ini kerana dia mati dibunuh oleh Ghost di awal filem ini. Sedangkan di dalam komik watak ini antara watak paling sukar dikalahkan kerana Taskmaster mempunyai kuasa  untuk copycat semua pergerakan pihak lawan. Yang anehnya watak ini wujud pula untuk filem Marvel Doomsday nanti. 


Gambar Valentina
Valentina pula adalah watak Nick McFurry versi jahat. Mel pula pembantu beliau yang sangat cekap dan pantas membuat kerja. Valentina dan Mel, walaupun kedua-dua mereka ini tidak mempunyai kemampuan berlawan atau kuasa, tetapi kedua-dua mereka ini mempunyai tahap mental yang sangat kuat. 

Gambar Bob Reynolds
Dan akhir sekali Bob The Sentry aka The Void. Bob mempunyai kuasa tahap dewa. Beliau dikatakan Superman versi Marvel. Tetapi kalau tgk kuasa dia ada, rasanya dia ini lebih kuat daripada Superman.  Di dalam badan beliau ada dua entiti berbeza iaitu satu baik dan satu lagi jahat. Ini jelas mengingatkan kita kepada anime Naruto dan Bleach di mana kedua-dua watak utama filem ini mempunyai dua sisi berbeza di dalam diri memasing dan hanya muncul jika satu sisi itu lemah dan sebaliknya. Kemunculan Bob di dalam Thunderbolts sebenarnya satu kejutan kerana tidak sangka akan wujud watak baru yang mempunyai kuasa menyamai kuasa Scarlet Witch atau mungkin lebih. Dan paling mengejutkan, kuasa hebat Bob itu diperolehi selepas beliau dijadikan bahan ujikaji makmal di Malaysia dan makmal itu diletupkan oleh Yelena. Adegan letupan ini sangat epik kerana jelas kelihatan ramai rakyat Malaysia turut berlakon di dalam adegan ini. 

Gambar Bob The Sentry

Gambar Bob The Sentry


Gambar Bob The Void

Kesimpulannya, kesemua mereka ini sangat serasi bersama dan sesuai menjadi New Avengers. Kita dapat rasakan setiap watak dalam filem ini sebenarnya kesunyian dan jauh di sudut hati mereka gembira apabila berjumpa sekumpulan yang senasib dengan mereka yang saling memahami keperitan hidup masing-masing. Mereka tidak perlu menjelaskan dengan panjang lebar apa yang mereka alami dan hanya dengan sedikit penjelasan, sesama mereka dapat merasai kesedihan dan kerumitan hidup masing-masing. Inilah dipanggil empati. Semasa Valentina umumkan mereka sebagai New Avengers, kita sebagai penonton rasa gembira dan bangga kerana ini adalah detik bersejarah di dalam permulaan baru New Avengers untuk dekad 2020 an. Diharap ia akan bawa fenomena sama seperti era 2010 an. 

Logo Fantastic Four

Yes, logo Fantastic Four muncul di post credit scene filem ini. Sejujurnya GV suka pelakon asal filem  F4 iaitu Jessica Alba dan Chris Evan. Macam mana pun, di platform reddit dan Marvel fans sudah kecoh yang Galactucs akan muncul dalam filem F4 ini. Isteri Silver Surfer  pun dah munculkan dalam trailer terbaru F4 iaitu Shalla Bal. Tak sabar pula nak tgk perlawanan hebat tahap dewa ini. 

Walau bagaimanapun, flem New Avengers ini akan diingati sebagai satu-satunya filem Marvel yang paling banyak sebut nama Malaysia. Ini adalah satu permulaan yang sangat bagus untuk Malaysia dan berharap watak Superhero Marvel Malaysia akan muncul suatu hari nanti di dalam filem Marvel akan datang. Info lanjut boleh dibaca di bawah. 


GV METER  : 90/100 
💖💖💖💖💖
(TERBAIK)


FIRST MALAYSIAN MARVEL SUPERHERO
SUN BIRD
BURUNG MATAHARI

Info Lanjut Malaysia Marvel Superhero boleh dibaca di link ini >>> Sun Bird 1st Malaysia Marvel Superhero





GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/

Sumber : 
Google Images, ChatGPT






GALAKSIVIRAL - Penghibur Terulung. Biduanita Nusantara. Legenda Muzik Nusantara. Itulah Anita Sarawak. Satu nama yang cukup gah dan besar di dalam industri muzik Malaysia, Singapura dan juga Indonesia. Beliau cukup dikenali sebagai penghibur versatile dan kebijaksanaan beliau dalam menyanyikan pelbagai jenis lagu dengan  gaya teknik vokal yang tersendiri dan mantap. Muzik dan lagu beliau juga selalu melangkaui trend muzik zaman tersebut dan dikagumi ramai. Beliau juga sentiasa melakukan inovasi dalam persembahan pentas, imej dan vokal agar  sentiasa kekal relevan dan disukai ramai peminat. Oleh yang demikian, jom kita baca info ringkas dan lagu apakah yang paling popular daripada Biduanita Anita Sarawak. 




BIODATA RINGKAS ANITA SARAWAK

Nama  Penuh : Ithnaini binti Mohd Taib
Tarikh Lahir : 23 Mac 1952
Tempat Lahir : Singapura
Tahun Aktif : 1956 - kini
Album Solo Studio : 22
1972 - La La Lu Lu
1973 - Beautiful Sunday
1974 - Antara Aku Dan Dia
1975 - Live At Mandarin Singapore
1975 - Anita 
1977 - Love Me
1976 - Sophiscated Lady
1976 - Berdendang Bersama Anita
1978 - Dancing In The City
1978 - The Way I Feel Tonight
1979 - Anita Sarawak
1979 - Gayamu Biar Sederhana
1981 - For The Love
1982 - Damai 
1984 - Bawalah Daku Pergi
1985 - Dunia Oh Dunia
1985 - Aku Menyayangimu 
1989 - Asmara
1990 - Cinta Nan Satu
1992 - Antara Yang Manis
2004 - Seksis
2005 - Another Dimension
Antara Pencapaian Utama :
2000 - Anugerah Khas Bintang Popular Anugerah Bintang Popular 2000
2002 - Anugerah Pencapaian Planet Muzik, APM 2002
2008 - Lifetime Achievement Award, The Oxford for Leadership Centre, International Conference 2008
2011 - Seri Temasek Achievement Award
2017 - Dewan Wanita Mashyur Singapura 




ANITA SARAWAK
12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. AKHIRNYA KINI PASTI
Komposer : Mazlan Hamzah
Penulis Lirik : Johan Nawawi
Album : Asmara
Tahun : 1989
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu wajib hampir kesemua pertandingan nyanyian di Malaysia sejak era 90 an sehinggalah kini. Lagu yang muziknya agak ke depan pada masa itu menjadikan lagu ini cepat menjadi perhatian peminat dan sangat popular dikalangan peminat seni tempatan. Ditambah pula vokal mantap nyanyian Biduanita Anita Sarawak yang penuh berkarakter dan berwarna, menjadikan lagu ini bertambah eksklusif dan mahal. 



02. TRAGEDI BUAH APEL
Komposer : Ithnix
Penulis Lirik : Ithnix
Album : Bawalah Daku Pergi
Tahun : 1984
Catatan : Lagu ini sangat popular di Nusantara sejak ia diterbitkan sehinggalah kini. Terdapat banyak  versi nyanyian lagu ini baik di Malaysia mahupun di Indonesia. Lagu ini merupakan lagu signature Biduanita Anita Sarawak di Indonesia terutamanya. 



03. SEKSIS
Komposer : Edry Abdul Halim
Penulis Lirik : Edry Abdul Halim
Album : Seksis
Tahun : 2004
Catatan : Ramai terkejut apabila Biduanita Anita Sarawak muncul dengan lagu genre Dance Pop yang lazimnya dibawakan oleh penyanyi remaja. Namun, kehebatan nyanyian dan persembahan pentas Biduanita untuk lagu ini jelas menunjukkan beliau adalah penghibur terbaik yang sangat versatile dan sentiasa kekal relevan dengan kemampuan menyanyikan pelbagai jenis muzik merentasi era dan zaman. Lagu ini sangat popular sepanjang era 2000 an dan video muzik lagu ini dipuji ramai kerana nampak sangat urban dan mengikuti peredaran semasa.



04. BAWALAH DAKU PERGI
Komposer : Harry Sabar
Penulis Lirik : Harry Sabar
Album : Bawalah Daku Pergi
Tahun : 1984
Catatan : Lagu Pop Sentimental ini juga popular pada pertengahan 80 an. Lagu ini kerap dimainkan ketika segmen lagu retro di hampir semua radio tempatan yang mempunyai segmen lagu malar segar dan nostalgia. 



05. BERCANDA DI PERSISIRAN PANTAI bersama DATO' SUDIRMAN

Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Sudirman
Album : Asia's No.1 Performer
Tahun : 1989
Catatan : Lagu ini adalah salah satu karya terbaik Dato' M.Nasir sepanjang zaman. Lagu yang  mempunyai pengaruh irama Pop Hong Kong ini sememangnya menampilkan muzik lagu yang segar pada masa itu dan paduan vokal mereka berdua yang bersahaja, berkarakter dan sangat menghiburkan. 



06. JOGET SAYANG DISAYANG
Komposer : A.Ali
Penulis Lirik : Azura
Album : Asmara
Tahun : 1989
Catatan : Lagu Irama Malaysia ini telah membuktikan Biduanita Anita Sarawak adalah penghibur yang mampu membawakan semua genre dengan cara tersendiri dan unik. Lagu ini juga sangat popular dan merupakan antara lagu perintis kepada genre muzik Irama Malaysia moden. 



07. AYAM DEN LAPEH
(ADUNAN SEMULA)
Komposer : Copyright Controlled
Penulis Lirik : Copyright Controlled
Album : Gayamu Biar Sederhana
Tahun : 1979
Catatan : Lagu rakyat Minangkabau ini sememangnya sangat sinonim dengan Biduanita Anita Sarawak. Ini adalah kerana versi nyanyian beliau adalah antara yang paling awal dirakam untuk pasaran Malaysia dan Singapura dan ia juga sangat popular di kalangan peminat hiburan lagu rakyat. 



08.  CINTAMU MUZIK DIHATIKU 
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik : Seri Bayu
Album :  Asmara
Tahun : 1989
Catatan : Lagu ini antara lagu Pop Balada yang menjadi perhatian peminat pada awal era 90 an dan hujung 80 an. Lagu ini jelas mempunyai identiti muzik lagu Allahyarham Dato' Adnan Abu Hassan dan Biduanita Anita Sarawak seperti biasa berjaya membawakan lagu dengan identiti vokal tersendiri. 



09. ANTARA YANG MANIS
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Amran Omar
Album : Antara Yang Manis
Tahun : 1992
Catatan : Lagu ini juga kerap dimainkan di radio yang mempunyai segmen lagu-lagu lama di radio tempatan. Lagu ini antara karya terbaik daripada komposer Fauzi Marzuki. 



10. BISIKKANLAH CINTA
Komposer : Deddy Dores
Penulis Lirik : Deddy Dores
Album : Antara Yang Manis
Tahun : 1992
Catatan : Lagu ini juga berjaya mempopularkan nama Biduanita Anita Sarawak di awal era 90 an sehingga pertengahan era 90 an. Lagu Pop Balada inin walaupun dicipta oleh komposer Indonesia, namun irama dan melodi lagu ini sangat kuat kepada gaya lagu ala Balada Malaysia dan Singapura. 




11. ULAR
Komposer : Edry Abdul Halim
Penulis Lirik : Edry Abdul Halim
Album : OST Cicakman 2
Tahun : 2008
Catatan : Biduanita Anita Sarawak terus membuktikan beliau juga mampu membawakan lagu Modern Rock dengan begitu baik sekali. Jika ada kategori Persembahan Vokal Wanita Kategori Rock, Penghibur Anita Sarawak pasti memenanginya. 



12. SELAMAT PENGANTIN BARU 
Komposer : S.Atan
Penulis Lirik : Kamali Hudi
Album : Berdendang Bersama
Tahun : 1976
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu Selamat Pengantin Baru paling popular sepanjang zaman di Malaysia dan Singapura. Lagu ini masih kekal relevan dan kerap dimainkan di majlis kahwin dan juga di dalam drama serta filem tempatan.

Video Lagu Paling Popular Anita Sarawak'
credit to galaksiviral Youtube Channel




Album Studio Solo Anita Sarawak

GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel, SG Inductee










GALAKSIVIRAL -  Biduanita. Primadona. Seniwati. Penghibur. Ikon Seni Malaysia. Siapa lagi  kalau bukan artis legenda Malaysia, Noorkumalasari. Beliau merupakan antara artis serba boleh, versatile dan Ikon Seni Malaysia sepanjang zaman. Dalam bidang nyanyian, beliau cukup dikenali dengan vokal unik, persembahan pentas yang mantap dan ikon fesyen kepada peminat beliau. Beliau yang merupakan salah seorang Artis Paling Popular Sepanjang Era 80 an ini juga mempunyai sejumlah koleksi lagu top hits yang menjadi siulan dan malar segar di kalangan peminat seni tempatan. Jom kita lihat lagu manakah yang menjadi pilihan peminat Biduanita Noorkumalasari ini.



BIODATA RINGKAS NOORKUMALASARI

Nama  Penuh : Noor Kumalasari Mohamed Taib
Tarikh Lahir : 11 April 1956
Tempat Lahir : Selangor Malaysia
Tahun Aktif : 1960 - kini
Album Studio : 9
1978 - Kau Dalam Ingatanku
1979 - Noor
1980 - Aku Dan Dunia Seni
1981 - Ke Mana Ku Bawa Diri
1981 - Jangan Kau Kembali
1982 - Mata
1984 - Aku Di Sini
1985 - Wajah
1988 - Inilah Noor
Antara Pencapaian Utama :
1974 - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama TV - Insaf) Anugerah Sri Angkasa
1984 - Pelakon Wanita Terbaik (Drama TV - Berteduh Di Sebalik Wajahmu) Anugerah Sri Angkasa
1991 - Pelakon Wanita Terbaik (Drama TV - Duri Duri Bahagia) Anugerah Sri Angkasa
2018 - Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Anugerah Bintang Popular BH  ke 31
2024 - Hijabsta Legend Award Hijab Fashion Award Nona & Hijabsta



NOORKUMALASARI
12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. HATI SEORANG KEKASIH 
Komposer : Omar Taib
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : Mata
Tahun : 1982
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu Pop Balada  yang sangat popular sepanjang dekad 80 an. Intro lagu yang memorable, lirik lagu yang sayu dan vokal unik Biduanita Noorkumalasari cukup menjadikan lagu ini malar segar dan popular sehingga kini.
Video Lagu Hati Seorang Kekasih



02. MATA
Komposer : Aman Shah
Penulis Lirik : Fauzi Marzuki
Album : Mata
Tahun : 1982
Catatan : Lagu unik ini juga sangat popular sepanjang era 80 an. Dengan muzik yang catchy dan lirik lagu menarik, lagu ini pastinya mengimbau nostalgia muzik era awal 80 an. 
Video Lagu Mata



03. BIARLAH AKU SENDIRI
Komposer : Mahzan Manan
Penulis Lirik : Amran Shariff
Album : Aku Dan Dunia Seni
Tahun : 1980
Catatan : Lagu ini adalah antara lagu Pop Balada  yamg cukup popular pada awal 80 an. 
Video Lagu Biarlah Aku Sendiri



04. AKU DI SINI
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik : Saadah Salleh 
Album : Aku Di Sini
Tahun : 1984
Catatan : Lagu berkonsepkan Synth-Pop  ini juga sangat popular seperti lagu Mata.
Video Lagu Aku Di Sini



05. BIMBANG TERLUKA LAGI bersama ALLAHYARHAM DATO' SUDIRMAN

Komposer : Othman Mohammad
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : Wajah
Tahun : 1985
Catatan : Lagu Pop Balada ini adalah salah satu lagu duet yang memorable daripada mereka berdua. 
Video Lagu Bimbang Terluka Lagi



06. MELANGKAH SEIRINGAN bersama ALLAHYARHAM DATO' SUDIRMAN
Komposer : Adnan Abu Hassan/Sudirman
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : Wajah
Tahun : 1985
Catatan : Pasti ramai mengingati persembahan mantap mereka berdua ketika melagukan lagu rancak ini. Pasangan duet ini juga membuktikan mereka berdua adalah Penghibur Versatile kerana berjaya memabawakan lagu duet dengan sangat baik dan serasi bersama, tidak kira untuk lagu sentimental ataupun rancak. 

Video Lagu Melangkah Seiringan



07.  SELAMAT PAGI SAYANG
Komposer : Omar Taib 
Penulis Lirik : Siti Zaleha Hashim
Album : Aku Dan Dunia Seni
Tahun : 1980
Catatan : Lagu ini pastinya mengingatkan kepada rentak muzik hujung 70 an dan awal 80 an. Lagu ceria ini pastinya mengembirakan awal pagi sesiapa mendengarnya. Melodi lagu rancak yang ada sedikit pengaruh Pop Disko sememangnya disukai sehingga kini.
Video Lagu Selamat Pagi Sayang



08. LAGU DARI KAMAR
Komposer : Richard Soon
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : Aku Di Sini
Tahun : 1984
Catatan : Lirik lagu ini sangat puitis dan melodinya pula terlalu sentimental. Terasa sayu mendengar lagu ini di waktu malam yang hening. Antara lagu Pop Sentimental yang popular ketika itu.
Video Lagu Lagu Dari Kamar



09. KE MANA KUBAWA DIRI
Komposer : Mahzan Manan
Penulis Lirik : Mahzan Manan
Album : Ke Mana Kubawa Diri
Tahun : 1981
Catatan : Judul lagu sahaja sudah cukup memberikan betapa sedihnya lagu ini. Lagu Pop Sentimental ini juga turut diminati ramai ketika itu.
Video Lagu Ke Mana Ku Bawa Diri



10. AKU DAN PERASAAN
Komposer : A.Hamid Taib
Penulis Lirik : A.Hamid Taib
Album : Jangan Kau Kembali
Tahun : 1981
Catatan : Antara lagu yang mempunyai sedikit nada tinggi dan menunjukkan keunikan serta kemantapan vokal beliau dalam melagukan Pop Balada awal 80 an.
Video Lagu Aku Dan Perasaan



11. ISTILAH CINTA (BUKAN KATA-KATA)
Komposer : S.Atan
Penulis Lirik : Haron Abdulmajid
Album : Ke Mana Kubawa Diri
Tahun : 1981
Catatan : Lagu rancak ini juga antara lagu yang popular pada awal 80 an. 
Video Lagu Istilah Cinta (Bukan Kata-Kata)



12. BAHGIALAH SAYANG
Komposer : S.Atan
Penulis Lirik : Haron Abdulmajid
Album : Aku Dan Dunia Seni
Tahun : 1980
Catatan : Lagu yang seakan lagu Pop Nasyid ini adalah antara lagu kegemaran peminat Biduanita Noorkumalasari kerana mencatat catatan tontonan  atas talian yang agak tinggi juga. 

Video Lagu Bahgialah Sayang

Album Studio Solo Noorkumalasari

GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel, 

GALAKSIVIRAL - Dato' Khadijah Ibrahim adalah salah seorang Ikon Muzik era 70 an yang masih popular dan aktif sehingga kini. Puluhan seleksi lagu hits beliau telah menjadikan beliau relevan dan kekal popular untuk suatu jangka masa yang sangat lama. Beliau juga dikenali antara generasi era 70 an yang  membawa perubahan ketara dari segi sudut nyanyian dan vokal kerana beliau mempunyai nada vokal yang besar, husky dan tinggi. Beliau juga merupakan salah seorang penghibur terbaik Malaysia dan Ikon Muzik Malaysia yang disegani ramai. 

BIODATA RINGKAS DATO' KHADIJAH IBRAHIM

Nama  Penuh : Khadijah Ibrahim
Tarikh Lahir : 19 Januari 1959
Tempat Lahir : Melaka Malaysia
Tahun Aktif : 1970 - kini
Album Studio : 12
1972 - Taj Mahal
1973 - Aku Bintangmu
1974 - Senada Hati
1977 - Namamu (Nyanyian Hidupku)
1978 - Dalam Ketenangan
1979 - Lagu Buat Kekasih
1983 - Dari Jiwa Yang Tenang
Antara Pencapaian Utama :
1987 - Persembahan Terbaik - Tempat Ketiga (Ku Pendam Sebuah Duka)
2007 - Calon Anugerah MACP 2007 - Lagu Pilihan Popular 70 an (Ku Gembira Disampingmu)
2009 - Darjah Indera Mahkota Pahang Peringkat Kedua (D.I.M.P.) - Dato'
2010 - Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Anugerah Bintang Popular BH ke 23 2010
2015 - 30 Living Legends Media Hiburan
2023 - Anugerah Inspirasi Sepanjang Zaman Festival Warga Emas 2023


DATO' KHADIJAH IBRAHIM 
12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. KU PENDAM SEBUAH DUKA 
Komposer : Ismail Fareez
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Ku Pendam Sebuah Duka
Tahun : 1987
Catatan : Lagu mega hits ini adalah lagu solo beliau yang paling berjaya di dalam sejarah kerjaya beliau. Lagu ini berjaya popular untuk jangka masa yang sangat lama dan masih popular sehingga kini. Intro muzik yang syahdu, lirik lagu yang menusuk kalbu telah menjadikan lagu ini satu pakej lagu malar segar Gred A. Ditambah pula dengan kekuatan vokal Dato' Khadijah yang padu dan mantap, ia sudah cukup menambahkan perisa kehebatan lagu ini. 
Video Lagu Ku Pendam Sebuah Duka 



02. DOA BUAT KEKASIH bersama DATUK RAMLI SARIP
Komposer : Jay Jay 
Penulis Lirik : Jay Jay
Album : '88
Tahun : 1988
Catatan : Intro muzik lagu ini sangat ikonik dan mengimbau nostalgia era 80 an. Paduan vokal yang serasi bersama di dalam lagu ini telah berjaya mengukuhkan nama mereka berdua sebagai antara penyanyi yang berjaya di dalam dekad era 80 an. 
Video Lagu Doa Buat Kekasih



03. KU GEMBIRA DISAMPINGMU
Komposer : Ahmad Nawab
Penulis Lirik : Rahmat Zaki
Album : OST Sumber Ilham
Tahun : 1979
Catatan : Lagu irama Pop Disko ini tercalon dalam senarai Lagu Pilihan Popular Era 70 an Anugerah MACP 2007. Salah satu lagu signature beliau yang sangat terkenal sehingga kini.
Video Lagu Ku Gembira Disampingmu



04. KU MILIKI BAYANGMU bersama DATUK RAMLI SARIP
Komposer : Noorsham M.Salleh Khan
Penulis Lirik : Noorsham M.Salleh Khan
Album : Ramli Sarip Perjalanan Hidup
Tahun : 1987
Catatan : Kejayaan lagu duet ini telah membuka satu ruang dimensi baru dalam kerjaya mereka berdua apabila lagu ini menjadikan mereka antara pasangan duet paling serasi dan sukses di Malaysia ketika itu. Mereka meneruskan formula kerjasama ini di dalam projek seni mereka yang seterusnya dan berjaya membuahkan hasil yang sangat cemerlang. 
Video Lagu Ku Miliki Bayangmu


05. KU SANGKA SIANG KIRANYA MALAM

Komposer : Ahmad Nawab
Penulis Lirik : Rahmat Zaki
Album : Sehari Dalam Cinta
Tahun : 1979
Catatan : Lagu ini adalah single hits pertama beliau yang berjaya mengukuhkan nama beliau sebagai salah seorang artis baru paling popular ketika itu.
Video Lagu Ku Sangka Siang Kiranya Malam


06. TANGISAN HATI YANG DERITA
Komposer : Ahmad Nawab
Penulis Lirik : Rahmat Zaki
Album : OST Sumber Ilhamku
Tahun : 1979
Catatan : Lagu sedih ini adalah salah satu lagu OST yang sangat popular pada tahun itu. 
Video Lagu Tangisan Hati Yang Derita


07.  PERISTIWA DI BULAN NOVEMBER
Komposer : Ahmad Nawab
Penulis Lirik : Rahmat Zaki
Album :  Potret Kasih
Tahun : 1980
Catatan : Lagu ini sangat popular tahun berkenaan dan intro monolog di permulaan lagu ini cukup popular pada era itu.
Video Lagu Peristiwa Di Bulan November



08. MENGAPA AKU DISALAHKAN
Komposer : Ahmad Nawab
Penulis Lirik : Dalina Ahmad
Album : Mengapa Aku Disalahkan
Tahun : 1982
Catatan : Lagu ini masih mempunyai pengaruh Pop Klasik era 70an ini walaupun diterbitkan pada tahun awal 80 an. Lagu ini juga merupakan salah single hits album ini. 
Video Lagu Mengapa Aku Disalahkan



09. IHSAN MULIA bersama DATUK RAMLI SARIP
Komposer : Zukiman Rasam
Penulis Lirik : Kapten Rosli Ridzuan
Album : Ihsan
Tahun : 1990
Catatan : Lagu berirama Pop Nusantara ini meneruskan populariti pasangan duet ini untuk awal dekad 90 an.
Video Lagu Ihsan Mulia

10. KU INGIN LARI
Komposer : Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : Ku Pendam Sebuah Duka
Tahun : 1987
Catatan : Lagu berkonsepkan City Pop ini sememangnya amat popular dan juga amat mengambarkan jenis trend muzik yang popular pada era 80 an. Intro muzik lagu ini cukup unik dan sudah cukup menarik perhatian pendengar  untuk menikmati lagu ini.
Video Lagu Ku Ingin Lari



11. POTRET KASIH
Komposer : Ahmad Nawab
Penulis Lirik : Rahmat Zaki
Album : Potret Kasih
Tahun : 1980
Catatan : Lagu berentak Pop Disko ini merupakan single utama daripada album ini.
Video Lagu Potret Kasih



12. RINDU DAN AIRMATA
Komposer : Ahmad Nawab
Penulis Lirik : Rahmat Zaki
Album : Potret Kasih
Tahun : 1980
Catatan : Lagu ini antara yang popular di dalam album ini. 
-
Video Lagu Rindu Dan Airmata


Album Studio Solo Dato' Khadijah Ibrahim

GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel, astroawani


GALAKSIVIRAL - Biduanita Sanisah Huri adalah salah seorang Ikon Muzik era 60/70 an yang mempunyai banyak lagu hits yang malar segar dan popular sehingga kini. Gaya nyanyian unik dan identiti vokal tersendiri menjadikan beliau sebagai salah seorang penyanyi terbaik dan popular di Malaysia dan Singapura untuk era 60 an dan 70 an. Nama beliau juga sangat sinonim dengan peminat seni hiburan sehingga menjadi salah satu Ikon Budaya Pop yang popular di kalangan penggemar muzik terutama untuk generasi era 90 an dan 2000 an.

BIODATA RINGKAS SANISAH HURI

Nama  Penuh : Sanisah Huri
Tarikh Lahir : 7 Januari 1952
Tempat Lahir : Singapura
Tahun Aktif : 1960 - kini
Album Studio : 6
1972 - Taj Mahal
1973 - Aku Bintangmu
1974 - Senada Hati
1977 - Namamu (Nyanyian Hidupku)
1979 - Lagu Buat Kekasih
1983 - Dari Jiwa Yang Tenang
Antara Pencapaian Utama :
2007 - Calon Anugerah MACP 2007 - Lagu Pilihan Popular 60 an (Si Baju Hijau)


SANISAH HURI : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. SEJAK KU BERTEMU PADAMU
(ADUNAN SEMULA)
Komposer :
P.Ramlee
Penulis Lirik : S.Sudarmaji
Album : Sejak Ku Bertemu Padamu
Tahun : 1974
Catatan : Lagu ini adalah lagu signature paling popular dan mega hits daripada Sanisah Huri. Lagu ini sangat catchy dan masih popular sehingga kini. Gaya dan cara alunan vokal yang berbeza serta unik daripada Sanisah Huri telah berjaya membuatkan orang terlupa yang lagu ini asalnya nyanyian Biduanita Malaysia Pertama Saloma. Ini sudah jelas menunjukkan Sanisah Huri adalah salah seorang penyanyi terbaik era 70 an. 



02. SIAPA GERANGAN bersama THE TERWELLOS
Komposer : Yusoff B
Penulis Lirik : Nordin Arshad
EP : OST A Go Go '67
Tahun : 1967
Catatan : Lagu pertama yang mempopularkan nama Sanisah Huri di era 60 an dan irama muzik Pop Yeh Yeh / A Go Go. Lagu ini sangat popular di Malaysia dan Singapura dan pernah diadun semula menjadi lagu Rock Metal pada tahun 1997. 



03. BAJU HIJAU bersama THE HOOKS
Komposer : Asnadi
Penulis Lirik : A.Romzi
Album : Sanisah Huri
Tahun : 1968
Catatan : Lagu khas untuk tentera ini sangat popular pada hujung era 60 an dan juga popular dikalangan kanak-kanak era 90 an. Lagu irama Pop Yeh Yeh ini juga tercalon dalam senarai Lagu Pilihan Popular Era 60 an Anugerah MACP 2007.



04. TARI TUALANG TIGA
(ADUNAN SEMULA)
Komposer :
 Yusoff B
Penulis Lirik : S.Sudarmaji
EP : Ku Berikan Pada Nya
Tahun : 1973
Catatan : Lagu ini membuktikan yang Sanisah Huri juga hebat menyanyikan lagu irama tradisional. Ramai memuji lenggok nyanyian Sanisah Huri yang cukup baik dalam mengalunkan lagu irama tradisional ini. Ini jelas menunjukkan terdapat versatili dalam gaya nyanyian Sanisah Huri. 



05. SEMENJAK BERJAUHAN
Komposer : S.Omar Osman
Penulis Lirik : S.Omar Osman
EP : Semenjak Berjauhan
Tahun : 1972
Catatan : Lagu ini berjaya meneruskan kemuncak populariti Sanisah Huri apabila EP ini berjaya menghasilkan tiga lagu hits pada waktu yang berdekatan pada masa itu.



06. SEDEH SEKELIP MATA bersama CLIQUE FANTASTIQUE
Komposer : Kassim Masdor
Penulis Lirik : Yusnor Ef
EP : Malam Minggu
Tahun : 1970
Catatan : Lagu ini adalah lagu pertama yang membawa kepada perubahan corak muzik Sanisah Huri daripada muzik Pop Yeh Yeh kepada Pop Hindustan yang menjadi trademark muzik Malaysia era awal 70 an. Lagu ini juga berjaya menjadi hits pada tahun itu.



07.  PERMATA HATIKU
Komposer : Raja Idris Shah
Penulis Lirik : Raja Idris Shah
EP :  Sejak Ku Bertemu Padamu
Tahun : 1974
Catatan : Lagu ini juga popular pada tahun 1974.



08. MENANTI JODOH
(ADUNAN SEMULA)
Komposer : Osman Ahmad
Penulis Lirik : H.M Rohaizad
EP : Gadis Panca Delima
Tahun : 1973
Catatan : Lagu irama tradisional sempena orang kahwin ini memang sangat popular sehingga hari ini terutamanya versi nyanyian Sanisah Huri. 



09. JOGET MALAM BERINAI
Komposer : Kassim Masdor
Penulis Lirik : Pathe Publications
EP : Seiring Sejalan
Tahun : 1974
Catatan : Seperti lagu Menanti Jodoh, lagu ini juga terdapat banyak rakaman semula atau adunan semula yang direkod sejak era 70 an sehingga era 2000 an. 



10. KAU PENGHIBOR KU
(ADUNAN SEMULA) 
Komposer : Tony Romeo
Penulis Lirik : Yusnor Ef
EP : Semenjak Berjauhan
Tahun : 1972
Catatan : Lagu Pop klasik era 70 an ini mencerminkan irama muzik yang tular pada zaman  itu selain irama lagu Pop Hindustan. Lagu ini juga sangat popular pada tahun berkenaan. 



11. KESAH TUAH DAN TIJAH
Komposer : Kassim Masdor
Penulis Lirik : Yusnor Ef
EP : Semenjak Berjauhan 
Tahun : 1972
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu hits daripada EP ini. Judul lagu yang ringkas tapi unik jni berjaya menarik perhatian peminat seni tanahair. 



12. TAJ MAHAL
(ADUNAN SEMULA)
Komposer : Copyright Controlled
Penulis Lirik : Yusnor Ef
EP : Kerana Kau
Tahun : 1972
Catatan : Lagu berirama Pop Hindustan ini sememangnya sangat popular di era 70 an. 




Video Lagu Paling Popular Sanisah Huri

Album Studio Solo Sanisah Huri

GALAKSI VIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
https://galaksiviral.blogspot.com/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel, ladybosz



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Jumlah Peminat GALAKSIVIRAL

❤️💕❤️💕❤️💕❤️

CARTA TOPIK POPULAR

  • TAFSIR MIMPI GAJAH
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1990 DI MALAYSIA
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1980 DI MALAYSIA
  • SPRING : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • WINGS : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2000 DI MALAYSIA
  • AWIE : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • JUARA CARTA MUZIK MUZIK PALING LAMA NO.1
  • ALBUM MALAYSIA PALING LARIS SEPANJANG MASA
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2010 DI MALAYSIA

Infotainment 1

  • INFO ALBUM
  • INFO LEGENDA MUZIK
  • INFO MUZIK
  • INFO PENYANYI MALAYSIA
  • KOLEKSI LAGU ZIANA ZAIN
  • LAGU ERA 1980 AN
  • LAGU ERA 1990 AN
  • LAGU ERA 2000 AN
  • LAGU ERA 2010 AN
  • LAGU ERA 2020 AN

Infotainment 2

  • INFO ANIME
  • INFO FILEM
  • INFO MAKAN
  • INFO MELETOP
  • INFO NEGARA
  • INFO PLANET
  • INFO SIHAT
  • INFO TV

Arkib GalaksiViral

  • Feb 201716
  • Mac 20176
  • Apr 201713
  • Mei 20174
  • Jul 2017106
  • Ogo 201747
  • Sep 20171
  • Okt 20173
  • Nov 201749
  • Dis 201732
  • Jan 201811
  • Feb 201823
  • Okt 20191
  • Nov 20195
  • Jan 20201
  • Mei 20202
  • Jun 20203
  • Jul 20208
  • Ogo 202025
  • Sep 20208
  • Okt 20201
  • Mac 202115
  • Apr 20215
  • Jul 20221
  • Dis 20221
  • Nov 20231
  • Jan 20241
  • Apr 20244
  • Mei 202411
  • Jul 20241
  • Mei 20256
  • Ogo 20252
  • Sep 20251
  • Nov 20254
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
Blogged.my

Created By galaksiviral May 2017 - 2026 / Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes