GALAKSIVIRAL
  • Home
  • Info Muzik
  • Info Makan
  • Info Meletop
  • About Us
  • Sign In

GALAKSI VIRAL - Pernah lihat bunga yang seram dan menakutkan ? Jika tidak pernah, jom kita lihat bunga apakah yang dikatakan bunga seram, unik dan di luar pemikiran manusia. 



BUNGA PALING SERAM DI DUNIA

1. ANTIRRHINUM MAJUS @ SNAP DRAGON SEED POD
Catatan:
Bunga ini cantik ketika segar mengembang tetapi bertukar menjadi bentuk tengkorak manusia apabila ia gugur dan layu. Ia boleh dijumpai di negara Amerika Utara Barat & Mediterannean Barat.




2. DRACULA SIMIA @ MONKEY FACE ORCHID
Catatan :
Bunga yang berbentuk seperti monyet dan drakula ini boleh dijumpai di negara Ecuador.




3.ANGULOA UNIFLORA @ SWADDLED BABIES
Catatan :
Bunga ini kelihatan comel dan seram pada satu masa yang sama kerana kelihatan ada bayi di dalam selimut tetapi sebenarnya ia adalah bunga. Ia boleh dijumpai di negara Ecuador, Columbia & Venezuela.




4.CUPHEA ILLAVE @ BAT FACE CUPHEA
Catatan :
Bunga yang kelihatan seperti haiwan kelawar ini pasti menggerunkan. Ia boleh ditemui di negara Mexico.




5.CHIRANTHODENDRON PENTADACTYLO  @ DEVILS HAND
Catatan :
Bunga yang dikenali Tapak Tangan Syaitan ini juga dikenali dengan nama Bunga Tapak Tangan Monyet. Ia boleh didapati di negara Mexico & Guatamela.




6.HYDNORA AFRICANA @ SUBTERRANEAN PLANT
Catatan : 
Antara bunga paling pelik di dunia di mana pokoknya tumbuh dalam tanah dan bunganya di atas permukaann tanah. Baunya juga busuk di mana ia menjadi daya penarik pendebungan semula jadi seperti kumbang. Ia boleh didapati di negara Afrika Timur & Selatan, Madagascar & Arab Selatan.




7.  ORCHIS ITALICA @ NAKED MAN ORCHID
Catatan : 
Bunga seakan manusia ini boleh dijumpai di kawasan Mediterranean seperti Timur Tengah, Malta, Cyprus, Turki, Greece, Itali, Sepanyol, Portugal dan kepulauan Aegean.




8. IMPATIENS BEQUAERTII @ DANCING GIRLS
Catatan :
Bunga ini unik kerana ia berbentuk seakan gadis sedang menari. Ia boleh dijumpai di negara Afrika Timur.




9. ARISTOLOCHIA PIPEVINE @ DARTH VADER FLOWER
Catatan :
Bunga berbentuk Darth Vader boleh didapati di Mexico, Peru & Chile.




10. PSYCHOTRIA ELATA @ HOOKER'S LIPS
Catatan :
Bunga berbentuk bibir kena suntik botox ini boleh ditemui di kawasan negara Costa Rica, Panama, Equador & Colombia

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.com/




Sumber :
BungaUnik, HorrorFlower, WEIRDFLOWER







 GALAKSI VIRAL - Makanan Perlis Indera Kayangan memang sangat sedap dan unik. Tambahan pula oghang-oghang Peghelih tu hemoi-hemoi belaka. Terbaik. Jom kita lihat apakah makanan Perlis yang popular di sini. 

1. LAKSA KUALA PERLIS

Catatan :
Hampa kalau datang Perlis memang tak sah kalau tak makan Laksa Kuala Perlis atau Laksa Kola. Paling popular pastinya Laksa Kola Kak Su.


2. KUIH KARAS

Catatan :
Kuih ini diperbuat daripada tepung beras dan rasanya manis serta garing. Rangup dikunyah.



3. RINGGI ATAU EMPING

Catatan :
Makanan unik Perlis ini dibuat daripada emping padi pulut dan dimakan bersama gula dan kelapa parut. Nyum Nyum.



4. JERUK MAMAN PERLIS

Catatan :
Maman adalah sejenis sayuran yang dibuat jeruk. Ia seperti Kimchi Korea versi Perlis. 



5. PULUT MEMPELAM HARUM MANIS

Catatan :
Pulut yang dimakan bersama buah-buahan ini sememangnya sangat sedap dan lazat. Pulut ini terlebih dahulu digaul dengan santan kemudian diratakan sebelum dimakan bersama mempelam harum manis. 



6. PEKASAM PUYU

Catatan :
Pekasam Puyu goreng ini sedap dimakan bersama nasi panas. 


 Moh kita ke Perlis. 💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕


Sumber :
Google Image

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.com/









GALAKSI VIRAL - Mimpi adalah suatu perkara yang sangat misteri di dalam kehidupan manusia. Kajian mengenai mimpi telah dilakukan sejak berzaman-zaman lamanya oleh cendekiawan purba dan juga masa kini. Apa yang dimaksudkan dengan mimpi ? Dalam bahasa mudahnya mimpi adalah suatu pengalaman bawah sedar yang melibatkan pelbagai deria manusia ketika tidur. Ada tamadun purba terdahulu mengaitkan mimpi sebagai ramalan masa depan atau juga peristiwa dejavu di dalam kehidupan. Ia bersifat subjektif kerana perkara mimpi ini lazimnya kerap dikaitkan dengan budaya, agama dan sosial sesebuah masyarakat itu. Walaupun begitu, terdapat beberapa mimpi yang biasa kita dengar daripada pelbagai bangsa seluruh dunia iaitu mimpi GAJAH. Apakah yang dimaksudkan dengan mimpi gajah ? 


TAFSIR MIMPI GAJAH 

1. Mimpi melihat gajah bermakna akan bertemu seseorang yang bantu kamu ke arah kejayaan

2. Mimpi melihat anak gajah bermakna berada dalam keadaan bahagia dan murah rezeki

3. Mimpi gajah berlari bermakna mempunyai pertanyaan berkenaan perkara yang kita pendam atau inginkan

4. Mimpi melihat gajah banyak bermakna akan dikelilingi dengan orang-orang yang berjaya

5. Mimpi melihat gajah raksasa bermakna hal baik akan berlaku di dalam kehidupan

6. Mimpi dikejar gajah bermakna segala usaha penat lelah akan membuahkan hasil

7. Mimpi naik gajah bermakna impian akan tercapai

8. Mimpi melihat gajah tidur bermakna akan membuktikan diri adalah sangat berharga di tempat kerja


Ini hanyalah antara rangkuman informasi yang diperolehi berkenaan tafsiran mimpi berkaitan gajah. Terpulang pada diri masing-masing mahu percaya atau tidak. Sekadar menambah informasi yang untuk makluman bersama. Selamat membaca.

Sumber :

Tafsir Mimpi1

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.com/












GALAKSI VIRAL - Rakyat Amerika Syarikat & negara Latin ketika ini tengah rancak membincangkan fenomena Gerhana Matahari pada 8 April 2024 kerana ia mendapat perhatian luar biasa daripada pihak agensi NASA dan agensi kerajaan negara mereka. Ia bermula apabila agensi NASA dan agensi sains  kerap mewarwarkan tarikh 8 April ini supaya lebih berhati hati pada tarikh berkenaan sehingga National Guard negara mereka akan berada dalam mood standby jika berlaku apa apa perkara tidak diingini pada hari berkenaan. Ia juga agak luar biasa apabila Gerhana Matahari 8 April ini diwarwarkan melalui sidang media rasmi oleh pihak NASA dan tiga roket juga sudah dilancar untuk tujuan kajian fenomena ini. Disebabkan  itu ia kerap jadi pertanyaan kenapa fenomena Gerhana Matahari kali ini perlu ada sidang media dan agensi kerajaan kerap mengingatkan jaga keselamatan pada tarikh berkenaan ? 

Mata Satu Makluk Asing

GV tidak akan bercerita lanjut bagaimana fenomena gerhana matahari ini berlaku kerana GV akan letakkan link ke laman sesawang yang akan terangkan secara detail bagaimana fenomena ini berlaku. GV lebih tertarik dengan pelbagai teori menarik kenapa solar matahari kali ini lebih menarik berbanding sebelum ini. Untuk kita penduduk Malaysia, kita tidak dapat melihat fenomena Gerhana Matahari ini kerana ia tidak lalui negara kita. Waktu fenomena ini berlaku bermula tarikh 8 April jam 23:4215 dan berakhir pada  9 April jam 04:52:19. Fenomena Gerhana Matahari penuh ini hanya akan dapat dilihat di negara Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Di bawah juga GV akan sertakan link untuk kita tengok secara LIVE fenomena gerhana matahari ini berlaku esok malam. Link ini adalah ihsan daripada pihak NASA sendiri. 

TEORI ANEH GERHANA MATAHARI  RIBUT SURIA 2024

1. Ada pihak menjangkakan kemudahan asas elektrik dan semua peralatan mekanikal termasuk line telefon akan tergendala selama 17 hari kerana kesan gerhana matahari.

2. Ada pihak mengatakan pihak tertentu akan melancarkan projek daripada CERN (The European Organization for Nuclear Research). Projek CERN pernah dikaitkan dengan fenomena Lohong Hitam (Black Hole) yang membuka ke dimensi luar  seperti di dalam cerita Avengers atau drama sains fiksyen Star Gate. 

3. Ada pihak mengatakan filem Dont Look Up, episod Simpson berkenaan Black Hole dan drama Netflix 3 Body Problems ada kaitan dengan fenomena Gerhana Matahari ini. Diringkaskan cerita, ia bermaksud pada tarikh itu, ada kemungkinan pihak tertentu akan cuba buka pintu alam dimensi lain dengan kemajuan sains dan fenomena alam semula jadi untuk mencari penempatan baru manusia. Ia juga dikatakan bermulanya malapetaka yang akan melanda Bumi kesan tindakan alam semulajadi seperti bencana alam.  

4. Di dalam filem Dont Look Up ada menceritakan yang pihak kerajaan dunia sudah ada misi untuk selamatkan manusia daripada kemusnahan bumi dilanggar meteorit dan pergi ke satu planet baru. Jadi di  sini fenomena Gerhana Matahari turut ini dikaitkan dengan projek mencari Bumi baru ini  kerana ada pihak menjangka ia adalah fenomena yang  mungkin akan membuka portal ke dimensi luar atau dunia multiverse. 


Poster Drama Neflix 3 Body Problems

Poster Filem Dont Look Up

5. Di dalam drama sains Netflix 3 Body Problem banyak dikaitkan dengan kecanggihan ilmu sains terutamanya fizik. Fizik & Nuklear menjadi perkara utama dalam penyelidikan CERN. Dalam drama ini makhluk asing dalam perjalanan ke Bumi dan mengambil masa 400 tahun. Namun, makhluk asing ini takut untuk hidup bersama manusia kerana manusia adalah makhluk yang sukar dijangka berbanding makhluk asing ini yang sifat semulajadi mereka tidak boleh menipu dan patuh peraturan. 

Disebabkan itu, makhluk asing ini menghantar dua alat pengintip bersaiz atom untuk mengintip aktiviti manusia dan menghalang kemajuan manusia. Ini menyebabkan semua rancangan manusia akan diketahui oleh alat intipan atom ini kerana ia boleh bergerak dari satu ke satu tempat dalam kadar sangat laju dan di luar pemahaman manusia. Satu lagi makhluk asing ini risau kemajuan sains teknologi manusia terlalu cepat berkembang berbanding makhluk asing yang memakan berpuluh ribu tahun untuk maju. Oleh yang demikian, makhluk asing ini membuat ciptaan illusi dan delusi menggunakan teknologui mereka bagin mengelirukan manusia. 

Makhluk asing meggunakan kelemahan manusia dengan bermain perasaan manusia seperti menjelmakan diri mereka seolah Tuhan bg sesetengah ahli sains dan manusia melalui keajaiban teknologi mereka seperti ilusi bintang alam berkelip dan menakutkan manusia dengan kiraan masa illusi untuk kiamat jika ahli sains itu teruskan projek sains mereka dan banyak lagi. 

Cerita ini sangat menarik dan relevan dengan masa kini. Jadi apa kaitan dengan Solar Matahari ini ? Ada pihak mengatakan waktu Gerhana Matahari ini akan menjadi waktu untuk makhluk asing menyeledup ke Bumi sewaktu Bumi tengah bergelap kerana pada masa tu portal dimemsi luar akan terbuka. Rasanya semua orang tahu kan bila Gerhana Matahari penuh berlaku, semua haiwan dan alam akan  jadi sunyi sepi. Ia kerana suasana pada ketika itu adalah situasi tidak normal bagi waktu kebiasaan habitat mereka (haiwan seperti burung). Namun ini mungkin hanya teori rekaan semata mata kerana tiada sumber rujukan kukuh untuk menyokong teori ini, 

Gambar Grafik Novel 3 Body Problem

6. Solar Storm atau Ribut Suria juga dikaitkan dengan fenomena ini. Ribut Suria berlaku apabila matahari akan keluarkan satu letupan tenaga yang besar dalam bentuk suar suria dan coronal mass ejecton. Ini juga dikaitkan dengan cuaca ketika ini yang sangat  kesan daripada aktiviti Matahari dan juga kesan alam semulajadi. Jika ribut suria ini berlaku ketika Gerhana Matahari, tidakkah ia mungkin beri kesan kepada Bumi atau sebaliknya ? Itu juga menjadi pertanyaan orang awam mengenai fenomena ini.

7. Ketiga tiga filem dan drama yang dinyatakan sebelum ini pada asasnya adalah berkisarkan  kisah Bumi akan kiamat. Filem Dont Look Up dan Drama 3 Body Problems boleh ditonton di Netflix. Manakala episod Simpson Black Hole akan diletakkan di sumber rujukan di bawah. 


Gambar Grafik Ribut Suria Menyerang Bumi

Kesimpulannya, semua teori ini hanyalah perbincangan secara umum sahaja kerana banyak perkara yang tidak mempunyai sumber rujukan kukuh dan ia perlukan penjelasan daripada pakar sains dan teknologi. Namun ia sedikit sebanyak menarik perhatian kepada orang awam untuk lebih peka dengan fenomena alam ini dan lebih baik jika ia dirujuk pada sumber yang betul seperti Agensi Agensi Malaysia, Ahli Astronomi, Ahli Falak, Ahli Fizik dan Ahli Sains yang berkaitan. Wallahualam. 

Sedutan Drama 3 Body Problem (Mata Satu Makhluk Asing)

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
Penerangan Fakta Fenomena Solar Matahari 
Simpsons Black Hole Video
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Jumlah Peminat GALAKSIVIRAL

❤️💕❤️💕❤️💕❤️

CARTA TOPIK POPULAR

  • TAFSIR MIMPI GAJAH
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1990 DI MALAYSIA
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1980 DI MALAYSIA
  • SPRING : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • WINGS : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2000 DI MALAYSIA
  • AWIE : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • JUARA CARTA MUZIK MUZIK PALING LAMA NO.1
  • ALBUM MALAYSIA PALING LARIS SEPANJANG MASA
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2010 DI MALAYSIA

Infotainment 1

  • INFO ALBUM
  • INFO LEGENDA MUZIK
  • INFO MUZIK
  • INFO PENYANYI MALAYSIA
  • KOLEKSI LAGU ZIANA ZAIN
  • LAGU ERA 1980 AN
  • LAGU ERA 1990 AN
  • LAGU ERA 2000 AN
  • LAGU ERA 2010 AN
  • LAGU ERA 2020 AN

Infotainment 2

  • INFO ANIME
  • INFO FILEM
  • INFO MAKAN
  • INFO MELETOP
  • INFO NEGARA
  • INFO PLANET
  • INFO SIHAT
  • INFO TV

Arkib GalaksiViral

  • Feb 201716
  • Mac 20176
  • Apr 201713
  • Mei 20174
  • Jul 2017106
  • Ogo 201747
  • Sep 20171
  • Okt 20173
  • Nov 201749
  • Dis 201732
  • Jan 201811
  • Feb 201823
  • Okt 20191
  • Nov 20195
  • Jan 20201
  • Mei 20202
  • Jun 20203
  • Jul 20208
  • Ogo 202025
  • Sep 20208
  • Okt 20201
  • Mac 202115
  • Apr 20215
  • Jul 20221
  • Dis 20221
  • Nov 20231
  • Jan 20241
  • Apr 20244
  • Mei 202411
  • Jul 20241
  • Mei 20256
  • Ogo 20252
  • Sep 20251
  • Nov 20254
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
Blogged.my

Created By galaksiviral May 2017 - 2026 / Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes