MAK LEHA DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU TRENDING SOSIAL MEDIA 2020
GALAKSI VIRAL - Drama Paling Popular Tahun 2020 iaitu 7 Hari Mencintaiku 2 ini sekali lagi berjaya mencetuskan fenomena tersendiri apabila nama watak Mak Leha mula trending di sosial media tempatan. Jika dahulu, watak Buntat telah menjadi fenomena melalui musim pertama drama ini, kini, watak Mak Leha meneruskan legasi populariti meletop untuk drama ini dan pastinya rating drama ini pasti akan meningkat naik setiap episod. Drama ini juga turut diminati oleh peminat luar negara seperti di Indonesia kerana sebelum ini ianya boleh ditonton di saluran Youtube Drama Sangat Official dan saluran TV3 Malaysia jam 7 pm - 8 pm setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pada 2 Julai 2020 yang lalu. Kini, ianya boleh ditonton di aplikasi streaming iQIYI.
KENAPA NAMA MAK LEHA TRENDING ???
Salah satunya kerana watak berkesan yang dimainkan oleh pelakon hebat dan serba boleh, Liza Abdullah sebagai ibu mertua yang mempunyai keinginan tersendiri dalam membahagiakan anak-anaknya. Perbalahan antara Mak Leha dengan menantunya Mia (Siti Saleha) kerap menjadi perbincangan antara peminat drama ini. Sejujurnya, semua pelakon dalam drama ini berjaya membawakan watak dengan sangat cemerlang dan sememangnya layak digelar Drama Bersiri Paling Popular Tahun 2020. Ditambah pula dengan lagu tema yang hebat nyanyian Biduanita Negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza berjudul Aku Bidadari Syurgamu telah berjaya menambah populariti drama ini ke satu tahap lebih tinggi. Jom kita hayati lagu tema drama ini seperti di bawah.
Dato Sri Siti Nurhaliza
Aku Bidadari Syurgamu
Credit To MVM Music Youtube Channel
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/




Pelakon dia semua menghayati watak, kecuali anak ikan hayati je yang kayu haha
BalasPadamsetujuuuu. lupa pula anak hikan hayati tew. huhu
Padamhebat btl mak leha..:)
BalasPadammak leha meletop lagi kali inie. huhu.
Padamsy rasa semua watak trending esp nurul hahahaah
BalasPadamNurul pun meletop juga di twitter. tak sangka kali drama meletop juga macam season 1. huhu.
Padamtu laa... lagi 'byk negatif' lg org suka tgk kot hahaha
Padamaah kak. huhu.
PadamTak penah tonton drama nie tapi selalu jugak baca komen² netizen yang geram dengan watak² dalam drama nie..
BalasPadamGv pun tak sempat tonton drama ini kak. tapi perasan drama ni terlalu kerap dimention dalam twitter dan youtube. maknanya mmg fenomena drama ini. huhu.
PadamMak Leha Mak Leha. makin menjadi jadi
BalasPadamLepas ni Nurul pulak trending
betul tu kak. hihi,nurul pula trending skang. huhu
PadamBertambah2 femes mak lehha ni tau.
BalasPadammeletop mak leha skang. huhu
Padam"mak leha" makin popular...
BalasPadamAah kak. huhu. terkejut nama kak leha trending twitter. huhu
Padambanyak sangat batu api dalam drama ni dan senang je boleh pecah belahkan keluarga diorang. nasib baiklah mak leha dah bertaubat tapi kisah mia dan khuzairi belum tamat lagi..hehe
BalasPadamaah kak. konflik drama giteww.huhu
Padam