GALAKSIVIRAL
  • Home
  • Info Muzik
  • Info Makan
  • Info Meletop
  • About Us
  • Sign In
GALAKSI VIRAL - Penghibur Terbaik Malaysia dan juga Asia, arwah Dato' Sudirman sememangnnya tiada tandingan sehingga kini. Beliau yang  juga merupakan Artis No.1 dekad 1980 an ini mempunyai beratus jumlah seleksi lagu yang sangat popular dan malar segar sehingga kini. Kemampuan beliau yang mampu menyanyikan lagu dalam pelbagai genre muzik dan persembahan pentas yang hebat menjadikan beliau sebagai Legenda Muzik Terbaik Malaysia selepas arwah Tan Sri P.Ramlee. Antara gelaran lain yang pernah diterima beliau ialah Seniman Rakyat, Elvis Malaysia dan Penghibur Milik Masyarakat. Di waktu kemuncak kerjaya beliau, arwah sempat mengeluarkan 15 album studio yang hebat dan laris di pasaran. Oleh, tidak menghairankanlah jika arwah juga dikenali sebagai Ikon Pop Malaysia sepanjang zaman.


BIODATA RINGKAS ARWAH BIDUAN DATO' SUDIRMAN  HJ ARSHAD

NAMA SEBENAR : Sudirman bin Arshad
UMUR : 37 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 25 Mei 1954
TARIKH KEMATIAN : 22 Februari 1992
TEMPAT LAHIR : Pahang, Malaya
TAHUN AKTIF : 1976-1992 
ALBUM STUDIO : 15
ANTARA PENCAPAIAN UTAMA :
Klik Link Ini >>> Penyanyi Lelaki Paling Berjaya Di Malaysia

Jom kita lihat lagu manakah yang menjadi lagu signature beliau yang menjadi evergreen dan dikenali ramai sehingga kini. (Senarai ini hanya fokus kepada lagu nyanyian solo arwah Sudirman).

12
LAGU PALING POPULAR
SUDIRMAN

01
HOREE HOREE
KOMPOSER: Hakcipta Terpelihara
PENULIS LIRIK : Hakcipta Terpelihara
ALBUM : Anak Muda
TAHUN : 3 April 1980
CATATAN :
Lagu asal nyanyian versi Bahasa Melayu oleh arwah Biduan R.Azmi ini sebenarnya adalah lagu saduran daripada filem India berjudul Miss Coca Cola. Penyanyi asal lagu ini dalam bahasa Hindi ialah Asha Boshle dan dirakam semula oleh arwah R.Azmi pada tahun 1957. Kemudiannya, arwah Sudirman merakamkan semula lagu ini pada tahun 1980 dan meletop di pasaran. Lagu ini juga menjadi lagu


02
BASIKAL TUA (HIDUP SEDERHANA)
KOMPOSER: Abu Fahla
PENULIS LIRIK : Siti Zaleha Hashim & Sudirman
ALBUM : Anak Muda
TAHUN : 3 April 1980
CATATAN :
Lagu ini antara lagu paling popular di dalam album Anak Muda. Sudah sangat jarang untuk kita dengar lagu yang mempunyai tema lirik dengan kenderaan ketika zaman ini. Lagu ini juga mencerminkan jenis lagu yang kerap dicipta oleh artis zaman itu yang kelihatan lebih kreatif dan mempunyai tema jalan cerita lagu yang lebih meluas serta tidak tertumpu kepada isu cinta semata-mata.


03
HUJAN
KOMPOSER: Syed Haron
PENULIS LIRIK : Syed Haron
ALBUM : Lagu Anak Desa
TAHUN : 7 Ogos 1980
CATATAN :
Lagu ini mengenangkan kenangan dan kisah cinta arwah Sudirman ketika berada di kampus. Universiti Malaya. Lagu ini dicipta oleh sahabat sekampus beliau iaitu Syed Haron.


04
CHOW KIT ROAD
KOMPOSER: Sudirman
PENULIS LIRIK : Sudirman
ALBUM : Lagu Dari Kota
TAHUN : 8 April 1981
CATATAN :
Lagu ini cukup sinonim dengan Konsert Percuma beliau pada tahun 1986 di Chow Kit Road, Kuala Lumpur. Konsert gergasi ini  berjaya mengumpul penonton hampir 100,000 ribu untuk hadir ke sini dan  menjadi salah satu momen bersejarah di dalam industri muzik tanahair. 


05
TANGGAL 31 OGOS 
KOMPOSER: Achmad Sibi bin Awab Alias Sibi
PENULIS LIRIK : Achmad Sibi bin Awab Alias Sibi
ALBUM : Abadi
TAHUN : 6 Februari 1982
CATATAN :
Lagu ini merupakan lagu nyanyian asal arwah Ahmad CB sempena kemerderkaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Ianya kemudian dinyanyikan semula oleh arwah Sudirman dan terus menjadi lagu wajib setiap kali tiba Hari Kebangsaan setiap tahun. Album Abadi juga album yang istimewa kerana tema album ini adalah tema patriotik dan cintakan negara 



06
PELANGI PETANG
KOMPOSER: Sudirman
PENULIS LIRIK : Kassim Masdor
ALBUM : Lagu Cinta
TAHUN : 16 September 1982
CATATAN :
Lagu tema filem Kami ini sememangnya amat syahdu dan sayu apabila kita mendengarnya. Setiap kali GV dengar lagu ini, teringat adegan pelakon filem  ini makan nasi bungkus.


07
BALIK KAMPUNG
KOMPOSER: Sudirman
PENULIS LIRIK : Sudirman
ALBUM : Lagu Dari Sebuah Bilik
TAHUN : 3 April 1984
CATATAN :
Lagu Balik Kampung ini asalnya bukan lagu bertemakan Hari Raya. Namun, jika tidak sila, bermula tahun 1986. lagu ini telah dianggap sebagai lagu Hari Raya kerana lirik lagu ini sesuai dengan tema lagu Hari Raya. Lagu ini juga merupakan antara lagu Raya paling popular sepanjang zaman.


08
TERASING
KOMPOSER: Manan Ngah
PENULIS LIRIK : Habsah Hassan
ALBUM : Orang Baru
TAHUN : 7 Ogos 1984
CATATAN :
Lagu ini adalah salah satu lagu Balada nyanyian arwah yang sangat popular sepanjang zaman. Lagu ini pernah dijadikan lagu adunan semula bersama lagu kumpulan Revolvers berjudul Perpisahan oleh kumpulan KRU pada tahun 2002. Lagu itu diberi judul Perpisahan Terasing dan merupakan Lagu No.1 di Carta 100 Terhangat ERA tahun 2002.


09
APA KHABAR ORANG KAMPUNG
KOMPOSER: Syed Haron
PENULIS LIRIK : Syed Haron
ALBUM : Orang Kampung
TAHUN : 1986
CATATAN :
Lagu ini betul-betul mengingatkan kita suasana di kampung. Lagu ini memang ada rasa jiwa yang sangat kuat dengan aura kampung dengan nyanyian bersahaja daripada arwah Sudirman. Terasa seperti berada di tepi sawah dengan angin sempoi-sempoi bahasa meniup ke arah kita dengan panorama indah langit membiru dengan bunyi kicauan burung berterbangan riang.


10
SALAM TERAKHIR
KOMPOSER: Manan Ngah
PENULIS LIRIK : Habsah Hassan
ALBUM : Orang Kampung
TAHUN : 1986
CATATAN :
Lagu ini selalu dimainkan jika ada konsert atau momen peringatan arwah Sudirman di majlis media atau rancangan di TV dan radio. Lagu ini juga merupakan salah satu karya terbaik arwah Sudirman kerana melodinya yang syahdu dan lirik yang penuh makna.



11
MERISIK KHABAR
KOMPOSER: Manan Ngah 
PENULIS LIRIK : Habsah Hassan 
ALBUM : Kul It!
TAHUN : 1986
CATATAN :
Satu-satunya lagu yang pernah dipertandingkan di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1987. Melalui populariti lagu ini arwah Sudirman menang Penyanyi Lelaki Paling Popular ABP 1987. Lebih manis lagu, lagu ini juga pernah memenangi Lagu  Popular  dekad 1980 an di Anugerah MACP 2007. Lagu in juga selalu dianggap sebagai lagu arwah Sudirman yang paling popular di sepanjang karier beliau.


12 
MILIK SIAPAKAH GADIS INI
KOMPOSER: M.Nasir
PENULIS LIRIK : S.Amin Shahab
ALBUM : Kul It!
TAHUN : 1986
CATATAN :
Lagu ini juga antara lagu Balada nyanyia arwah yang sangat popular di sepanjang era 1980 an. Kekuatan vokal arwah juga terserlah di dalam lagu ini. 



GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
Google Image, Dato' Sudirman Yotutube Channel

GALAKSI VIRAL - Ingin tahu siapakah wanita paling cantik dan jelita setiap dekad bermula awal era 1900 an. Definisi cantik dan jelita adalah subjektif kerana ianya bergantung kepada faktor. Contohnya , pernah satu ketika dahulu, jika mempunyai badan sedikit berisi akan dianggap cantik walaupun muka biasa sahaja. Di samping itu, ada juga yang menggunakan definisi jelita atau cantik ini berdasarkan citarasa  kegemaran terkini (wajah) sesebuah zaman itu. Oleh itu, ianya sangat subjektif, kompleks, dan variasi. Walaupun begitu, di sini GV akan senaraikan nama-nama yang pernah digelar Wanita Paling Cantik setiap dekad berdasarkan impak dan populariti mereka.
Tamannaah Bhatia
Aktress Filem Tamil India


WANITA PALING  CANTIK SETIAP DEKAD


ERA 1900 AN 
EVELYN NESBIT
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 25 Disember 1884
Tarikh Kematian : 17 Januari 1967 (82 tahun)
Kerjaya : Model / Aktres
Catatan :
Dikatakan Supermodel pertama di dunia ialah Lissa Fonssagrives daripada Sweden pada era 1930 an. Namun, jika diimbas lebih awal, Evelyn layak juga digelar Supermodel dekad 1900 an. Ini adalah kerana pada awal abad ke 20, wajah Evelyn telah menghiasi hampir semua majalah bercetak di dunia ketika itu termasuklah kalendar, papan iklan, barang hadiah dan banyak lagi. Wajah klasik beliau juga  merupakan satu bonus bagi beliau dalam mengembangkan bakat beliau di dalam bidang seni hiburan. Disebabkan itu jugalah beliau pernah digelar sebagai Wanita Paling Cantik era 1900 an. 


ERA 1910 AN 
OLIVE THOMAS
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 20 Oktober 1894
Tarikh Kematian : 10 September 1920 (25 tahun)
Kerjaya : Aktres / Model
Catatan :
Olive Thomas adalah Wanita Paling Cantik era 1910 an. Beliau hanya sempat sekejap sahaja aktif  di dalam bidang perfileman hitam putih (filem bisu) kerana mati dalam usia muda. Namun, kehadiran sementara beliau di dalam bidang seni itu sebenarnya meninggalkan impak yang sangat besar kerana berjaya muncul  dalam lebih 20 filem dan menarik perhatian ramai peminat untuk menontonnya. Selain itu, berita kematian mengejut beliau juga menjadi satu tajuk besar di era 1920 an kerana beliau dikatakan mati mengejut setelah tidak sengaja memakan ubat suami beliau sehingga berlakunya komplikasi kesakitan pada diri beliau dan seterusnya meninggal dunia. 
  

ERA 1920 AN 
LOUISE BROOKS
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 14 November 1906
Tarikh Kematian : 8 Ogos 1985 (78 tahun)
Kerjaya : Aktres / Penari
Catatan :
Louise Brooks adalah artis yang sangat popular ketika zaman filem hitam putih (filem bisu). Imej beliau dengan potongan rambut Bob dan wajah unik menyebabkan beliau diberi gelaran Ikon Fesyen dan juga Wanita Paling Cantik era 1920 an. Namun sayang, kerjaya lakonan beliau tak selancar seperti fenomena fesyen dibawakan oleh beliau ketika zaman kemuncak kerjaya beliau di era itu.

ERA 1930 AN 
KATHARINE HEPBURN
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 12 Mei 1907
Tarikh Kematian : 29 Jun 2003
Kerjaya : Aktres
Catatan :
Katharine adalah Ratu Hollywood untuk abad ke 20. Beliau adalah perintis dan ikon kepada semua pelakon wanita Hollywood dari zaman beliau sehinggalah kini. Beliau juga dikenali sebagai ikon fesyen di waktu kegemilangan beliau. Dengan pakej yang beliau miliki terutama wajah beliau fotogenik itu, maka beliau sangat sesuai dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik era 1930 an.

ERA 1940 AN 
LAUREN BACALL
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 16 September 1924
Tarikh Kematian : 12 Ogos 2014 (89 tahun)
Kerjaya : Aktres
Catatan :
Lauren Bacall adalah salah seorang Pelakon Wanita Paling Popular di era 1940 an. Wajah beliau yang sangat cantik dan pandai bergaya ini berjaya menobatkan beliau sebagai Wanita Paling Cantik untuk dekad ini. 


ERA 1950 AN 
MARILYN MONROE
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 1 Jun 1926
Tarikh Kematian : 4 Ogos 1962 (36 tahun)
Kerjaya : Aktres / Penyanyi
Catatan :
Legenda Pop Ikon Dunia, Marilyn Monroe merupakan  satu nama yang sangat besar dan idola kepada artis Gred A Hollywood yang lain seperti Madonna, Britney Spears, Mariah Carey, Christina Aguilera, Miley Cyrus, Selena Gomez, Jennifer Lopez, Nicki Minaj dan ramai lagi. Malah, Biduanita Malaysia iaitu arwah Puan Sri Amar Saloma juga pernah digelar Marilyn Monroe of the East. Daripada situ kita sudah tahu betapa kuatnya pengaruh Marilyn Monroe di dalam bidang seni hiburan seluruh dunia. Marilyn juga bertuah kerana mempunyai wajah klasik yang jelita dan ditambah dengan gayanya menggoda, pastinya beliau sangat layak digelar Wanita Paling Cantik era 1950 an.

ERA 1960 AN 
ELIZABETH TAYLOR
Asal : England
Tarikh Lahir : 27 Februari 1932
Tarikh Kematian : 23 Mac 2011 (79 tahun)
Kerjaya : Aktres
Catatan :
Ikon Legenda Hollywood Elizabeth Taylor sememangnya dikagumi ramai kerana kecantikan luar biasa dan juga sangat berbakat di dalam bidang lakonan. Beliau yang juga merupakan salah seorang Ikon Pop Dunia sepanjang zaman ini merupakan sahabat baik kepada Raja Pop Dunia, Michael Jackson. Melihat beliau sudah cukup untuk kita akui bahawa beliau adalah Wanita Paling Cantik era 1960 an. 

ERA 1970 AN 
FAYE DUNAWAY
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 14 Januari 1941
Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Aktres
Catatan :
Faye Dunaway adalah Ratu Filem Hollywood era 1970 an. Beliau juga kerap dipuji oleh media hiburan zaman itu sebagai Wanita Paling Cantik era 1970 an  kerana mempunyai wajah segar sebagai Pelakon Wanita Hollywood generasi baru. 


ERA 1980 AN 
CINDY CRAWFORD
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 20 Februari 1966
Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Supermodel
Catatan :
Cindy Crawford adalah Supermodel terbaik yang pernah muncul di sepanjang abad ke 20 kerana berjaya di dalam pelbagai bentuk jenis model samada untuk majalah, TV, runway sehinggalah duta produk barangan. Beliau yang juga salah seorang The Big Five Supermodel juga merupakan satu-satunya Supermodel yang boleh bersaing hebat dengan Supermodel Noami Campbell. Boleh dikatakan sepanjang era 1980 an, wajah Cindylah paling banyak menghiasi majalah fesyen dan hiburan di serata dunia ketika itu. Maka tidak menghairankanlah jika beliau dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik era 1980 an.

ERA 1990 AN
 JULIA ROBERT
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 28 Oktober 1967
Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Aktres
Catatan :
Julia Roberts boleh dikatakan Tom Cruise atau Brad Pitt versi Wanita di Hollywood. Ini adalah kerana beliau berjaya menguasai pasaran Hollywood sebagai Pelakon Wanita Paling Popular di Hollywood untuk jangka masa yang sangat lama bermula di awal era 90 an sehinggalah kini. Nama beliau sendiri sudah menjadi satu jenama  besar seperti Tom Cruise dan Brad Pitt sehingga sukar digugat oleh pelakon wanita yang lain. Beliau juga diminati kerana memiliki senyuman lebar yang menawan dan sentiasa ceria. Walaupun beliau mempunyai wajah wanita Barat yang agak tipikal, namun, sikap mesra, karisma dan gaya elegan beliau berjaya menjadikan dirinya kelihatan mahal, eksklusif, unik dan disenangi ramai. Oleh itu, maka tidak menghairankanlah jika ramai bersetuju untuk menobatkan beliau sebagai Wanita Paling Cantik era 1990 an. 

ERA 2000 AN 
ANGELINA JOLIE
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 4 Jun 1975
Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Aktres
Catatan :
Angelina Jolie adalah salah seorang Ikon Wanita Hollywood paling popular selepas kemunculan Julia Roberts ketika ini. Walaupun beliau menghadapi saingan sengit daripada Jennifer Aniston, Jennifer Lopez, Scarlett Johansson dan Jennifer Lawrence daripada sudut populariti, namun, kredibiliti dan imej beliau sebagai Ikon Pop Dunia  tetap menjadi pilihan utama peminat hiburan seluruh dunia. Beliau yang cukup terkenal dengan imej bibir seksi dan lakonan mantap dalam pelbagai genre filem ini juga sangat aktif dalam misi kemanusiaan di seluruh dunia. Sehingga kini, jika kita ingin sebut nama aktress Hollywood, pastinya nama Angelina Jolie akan muncul dahulu. Begitu juga dengan kecantikan Angelina yang unik dan fotogenik ini yang pastinya memikat hati sesiapa sahaja melihatnya dan selayaknya beliau digelar Wanita Paling Cantik era 2000 an. 



ERA 2010 AN 
BELLA  HADID
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 9 Oktober 1996
Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Supermodel
Catatan :
Supermodel Bella Hadid mula menempa nama ke peringkat antarabangsa apabila berjaya dinobatkan sebagai Model Of The Year 2016 oleh beberapa anugerah fesyen. Selain muncul sebagai Supermodel Dunia paling popular ketika ini, beliau juga dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik Di Dunia dengan berdasarkan kiraan peratusan Golden Ratio yang menyatakan muka Bella adalah 90 %  menuju ke arah  wajah yang sempurna dan cantik. Bella juga memegang rekod wanita muslim (ayah Palestin + ibu Belanda) paling cantik, berpengaruh dan berjaya di dalam seni hiburan ketika ini.


KLIK SINI UNTUK LIHAT LELAKI PALING KACAK SETIAP DEKAD
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
thevintagenews.com, thevintagenews.com/Edwardiam, thesun


GALAKSI VIRAL - Ingin tahu siapakah jejaka paling kacak setiap dekad bermula awal era 1900 an. Definisi kacak, tampan dan segak adalah subjektif kerana ianya bergantung kepada pelbagai faktor. Contohnya , pernah satu ketika dahulu, jika mempunyai badan tegap akan dianggap kacak walaupun muka biasa sahaja. Di samping itu, ada juga yang menggunakan definisi tampan atau kacak ini berdasarkan citarasa  kegemaran terkini (wajah) sesebuah zaman itu. Oleh itu, ianya sangat subjektif, kompleks, dan variasi. Walaupun begitu, di sini GV akan senaraikan nama-nama yang pernah digelar Lelaki Paling Kacak setiap dekad berdasarkan impak dan populariti mereka.
Sean O'Pry
Supermodel Amerika Syarikat

LELAKI PALING KACAK SETIAP DEKAD

ERA 1900 AN
EUGEN SANDOW
Asal : Jerman
Tarikh Lahir : 2 April 1967
Tarikh Kematian : 14 Oktober 1925 (58 tahun)
Kerjaya : Atlet Bina Badan
Catatan :
Eugen Sandow pernah dilabelkan sebagai Lelaki Paling Kacak di Dunia kerana memiliki badan yang tegap dan maskulin. Beliau juga merupakan perintis dan ikon kepada atlet bina badan. Antara momen sejarah yang pernah dilakukan oleh beliau ialah pernah mengadakan pertandingan bina badan pertama di dunia di London pada tahun 1901. Pelakon Hollywood Arnold Schwarzenegger pernah memuja beliau sebagai atlet bina legenda dunia yang tiada tandingannya.




ERA 1910 AN 
SESSUE HAYAKAWA

Asal : Jepun
Tarikh Lahir : 10 Jun 1886
Tarikh Kematian : 23 November 1973 (87 tahun)
Kerjaya : Aktor
Catatan :
Sessue Hayakawa adalah salah seorang aktor zaman filem bisu yang sangat popular dan juga ikon filem era hitam putih selain Harold Lockwood di era 1910 an. Pasti ramai masyarakat generasi kini tidak menyangka bahawa pelakon Jepun ini pernah menjadi kegilaan ramai peminat dan sangat berjaya di Hollywood ketika itu. Beliau juga pernah memegang rekod antara aktor paling tinggi bayarannya di Hollywood iaitu $3,500 seminggu pada tahun 1919. Namun, populariti beliau mula merosot apabila sentimen anti Jepun mula menular di negara Barat pada era 1920 an. Walaupun begitu, wajah eksotik Asia beliau sebenarnya telah menjadikan beliau lain daripada lain dan sebab itu jugalah beliau pernah dinobatkan Lelaki Paling Kacak era 1910 an. 




ERA 1920 AN 
RUDOLPH  VALENTINO

Asal : Itali
Tarikh Lahir : 6 Mei 1965
Tarikh Kematian : 23 Ogos 1926 (31 tahun)
Kerjaya : Aktor
Catatan : 
Rudolph Valentino adalah perintis kepada fenomena Matinee Idol. Matinee Idol ini dalam bahasa mudahnya idola kepada para remaja awal era 1900 an. Beliau sempat mengecap zaman kegemilangan di dalam bidang filem hitam putih (filem bisu) dalam waktu yang singkat kerana mati muda. Tetapi impak pengaruhnya sebagai selebriti Hollywood sangat hebat sehingga beliau dianggap sebagai Ikon Pop era 1920 an. Selepas kematian beliau, ramai pelakon filem bisu yang mengikut jejak langkah beliau sebagai Matinee Idol dan tidak menghairankanlah jika beliau pernah dinobatkan sebagai Lelaki Paling Kacak era 1920 an.



ERA 1930 AN 
CLARK GABLE

Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 1 Februari 1901
Tarikh Kematian : 16 November 1960 (59 tahun)
Kerjaya : Aktor
Catatan :
Clark Gable digelar sebagai The King of Hollywood ketika di era kegemilangan beliau. Ianya mungkin kerana populariti hebat beliau sebagai idola Hollywood dan juga kehebatan beliau di dalam bidang lakonan  Selain itu, gaya beliau yang kelihatan seperti lelaki budiman, kemas dan elegan juga turut menarik perhatian peminat dunia seni hiburan ketika itu sehingga membolehkan beliau dinobatkan sebagai Lelaki Paling Kacak era 1930 an.

ERA 1940 AN 
GUY MADISON

Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 19 Januari 1922
Tarikh Kematian : 9 Februari 1996 (74 tahun)
Kerjaya : Aktor
Catatan :
Mungkin generasi zaman sekarang tidak mengenali nama beliau kerana populariti beliau tidak sehebat Raja Pop era 1940 an ketika itu iaitu Frank Sinatra. Namun, wajah beliau yang fotogenik, klasik dan kelihatan eksklusif telah berjaya menobatkan beliau sebagai Lelaki Paling Kacak era 1940 an.



ERA 1950 AN 
 ELVIS PRESLEY

Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 8 Januari 1935
Tarikh Kematian : 16 Ogos 1977 (42 tahun)
Kerjaya : Penyanyi/Aktor
Catatan :
Raja Pop atau Raja Rock n Roll yang sangat popular ini sememangnya diakui mempunyai pakej yang sangat lengkap sebagai selebriti gred A. Era 1950 an sememangnya zaman era kegemilangan Elvis Presley. Maka tidak menghairankanlah jika beliau juga turut dinobatkan sebagai Lelaki Paling Kacak era 50 an.



ERA 1960 AN 
ALAIN DELON

Asal : Perancis
Tarikh Lahir : 8 November 1935
Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Aktor
Catatan :
Alain Delon adalah selebriti Eropah paling popular dan dikenali ramai di seluruh dunia pada era 1960 an. Wajah tampan dan gaya elegan beliau berjaya menjadikan beliau sebagai idola para peminat remaja ketika era itu. Walaupun kerjaya lakonan beliau di Hollywood tidak sepopular seperti di Eropah, namun populariti beliau tetap hebat kerana beliau pernah dinobatkan Lelaki Paling Kacak era 1960 an.


ERA 1970 AN 
 JOHN TRAVOLA
Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 18 Februari 1954
Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Aktor
Catatan :
Nama John Travolta mula meletop di seluruh dunia apabila filem Grease mencatat kutipan box office dan telah berjaya menjadi salah satu filem ikonik era 1970 an. Filem muzikal ini benar benar menceritakan zaman budaya Pop era 1970 an ketika itu. Gaya John Travolta yang kelihatan seperti budak muda suka berfoya itu benar-benar mencetuskan fenomena hebat seluruh dunia ketika itu Ditambah pula dengan wajah kacak dan tinggi, maka tidak menghairankanlah jika beliau dinobatkan sebagai Lelaki Paling Kacak era 1970 an.



ERA 1980 AN 
 TOM CRUISE

Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 3 Julai 1962
Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Aktor
Catatan :
Tom Cruise adalah fenomena hebat era 1980 an apabila beliau pernah digelar New King of Hollywood kerana mempunyai pakej lengkap sebagai selebriti gred A. Maka tidak menghairankanlah jika Tom Cruise pernah dinobatkan sebagai Lelaki Paling Kacak era 1980 an kerana populariti dan imej beliau yang sentiasa menarik perhatian peminat seluruh dunia ketika itu. Beliau juga digelar Ikon Generasi X kerana populariti beliau yang luar biasa dan masih bertahan sehingga kini. Satu perkara menarik mengenai beliau ialah beliau pernah mempunyai hubungan istimewa dengan Legenda Muzik Cher walaupun jarak umur mereka yang agak jauh. Ramai mengatakan hubungan mereka tidak sesuai kerana kelihatan seperti ibu dan anak. Akhirnya, mereka berpisah dan membawa haluan masing-masing. Tom Cruise juga digelar sebagai salah seorangIkon Pop Hollywood paling berjaya sepanjang zaman.



ERA 1990 AN 
BRAD PITT

Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir : 18 Disember 1963
Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Aktor
Catatan :
Brad Pitt adalah salah seorang Ikon Hollywood yang berjaya mempertahankan popularitinya untuk jangka yg masa yang sangat lama seperti Tom Cruise juga. Sama seperti Tom Cruise, beliau juga masih disenaraikan sebagai Aktor Utama Hollywodd dan Artis Paling Kacak Di Hollywood walaupun sudah berusia lebih 50 tahun. Pernah suatu ketika dahulu, Leonardo Dicarpio menjadi saingan sengit beliau untuk gelaran Lelaki Paling Kacak Di Dunia di hujung era 1990 an. Namun, akhirnya gelaran itu dimenangi oleh beliau kerana imej maskulin ala bad boy beliau berjaya menarik perhatian ramai peminat dunia ketika itu. Brad Pitt juga merupakan salah seorang Ikon Pop Hollywood paling berjaya zaman ketika ini. 



ERA 2000 AN 
 JOHNNY DEPP

Asal : Amerika Syarikat
Tarikh Lahir :9 Jun 1963
Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Aktor
Catatan :
Johnny Depp mencetuskan fenomena tersendiri apabila filem bersiri beliau berjudul  Pirates of Carribean mula mencatat kutipan box office yang luar biasa dan laris di pasaran. Bermula daripada situ, nama Johnny Deep mula meniti bibir peminat antarabangsa sehingga beliau pernah dinobatkan sebagai Pelakon Hollywood Lelaki No.1 era 2000 an. Selain itu, imej Johnny Deep yang simple, mesra peminat dan berkarisma itu juga telah berjaya menyaingi populariti David Beckham untuk memegang gelaran Lelaki Paling Kacak Di Dunia era 2000 an,. 



ERA 2010 AN 
V KIM TAE-HYUNG BTS

Asal : Korea Selatan
Tarikh Lahir : 30 Disember 1995
Tarikh Kematian : N/A
Kerjaya : Penyanyi
Catatan :
V mula dinobatkan sebagai Lelaki Paling Kacak Di Dunia sejak tahun 2017 sehingga tahun 2020 oleh pelbagai media antarabangsa. Wajah dan fesyen beliau yang seakan mirip karakter watak anime Jepun telah berjaya menarik perhatian ramai peminat dari seluruh benua di planet Bumi ini. Kini, ianya bukan suatu yang aneh apabila ada  wanita Amerika Latin atau wanita Afrika tergila-gilakan V kerana ketampanan dan kehebatan V apabila beraksi di pentas. Fenomena V daripada kumpulan BTS ini mencipta sejarah tersendiri kerana menjadi artis Asia pertama yang pernah memegang takhta Lelaki Paling Kacak Di Dunia selepas era Perang Dunia Kedua. 



KLIK SINI UNTUK LIHAT WANITA PALING JELITA SETIAP DEKAD
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
brightside.me, people.com, michaelgankerich, koreaboo.com
GALAKSI VIRAL - Arwah Biduanita Negara Puan Sri Saloma mempunyai beratus-ratus lagu yang popular sejak beliau mula jadi penyanyi pada awal era 1950 an lagi. Kemerduan vokal beliau yang bak buluh perindu itu telah menjadikan beliau sebagai salah seorang Ikon Wanita Paling Berjaya di Malaysia sehingga kini.
Lagu pertama yang dirakam oleh beliau ialah pada tahun 1954 iaitu berjudul Pandang Kasih. Pada masa itu, penyanyi lelaki popular era 50 an, S.Hamid menyokong kuat kerjaya arwah Saloma untuk berjaya di dalam bidang nyanyian. Hasilnya sungguh luar biasa sehingga Saloma berjaya menjadi salah seorang penyanyi paling popular pada era itu sebaris dengan arwah P.Ramlee, Nona Asiah, arwah Momo Latiff, arwah R.Azmi, arwah Rubiah, dan ramai lagi. Kolaborasi arwah Saloma menyanyikan lagu P.Ramlee di dalam filem juga telah menaikkan populariti arwah Saloma sehingga berjaya menjadi Penyanyi Wanita No.1 Malaya era 50 an sehingga hujung 60 an. Banyak anugerah dalam dan luar negara yang beliau terima. Beliau juga pernah digelar Marilyn Monroe of the East dan Perintis Fesyen Malaya.

BIODATA RINGKAS ARWAH BIDUANITA PUAN SRI SALOMA

NAMA SEBENAR : Salmah binti Ismail
UMUR : 48 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 22 Januari 1935
TARIKH KEMATIAN : 25 April 1983
TEMPAT LAHIR : Singapura
TAHUN AKTIF : 1950-1983
ANTARA PENCAPAIAN UTAMA :
Klik Link Ini >>> Penyanyi Wanita Paling Berjaya Di Malaysia

Jom kita lihat lagu manakah yang menjadi lagu signature beliau yang menjadi evergreen dan dikenali ramai sehingga kini.

12 
LAGU PALING POPULAR
BIDUANTITA SALOMA
SEPANJANG ZAMAN

01. 
BILA LARUT MALAM 
(with PANCHA SITARA)
KOMPOSER : P.RAMLEE 
PENULIS LIRIK : S.SUDARMAJI
FILEM : LABU DAN LABI
TAHUN : 1962
CATATAN :
Lagu ini boleh dikatakan lagu Pop nyanyian arwah Saloma paling popular dan dikenali oleh semua rakyat Malaysia (selain lagu Selamat Hari Raya). Lagu arwah Saloma bersama kumpulan vokal Pancha Sitara ini sememangnya memberikan impak yang sangat besar di dalam industri hiburan tempatan kerana ianya kekal evergreen dan kerap dinyanyikan di dalam pelbagai pertandingan  nyanyian dari era 60 an sehinggalah kini. Gaya nyanyian Saloma dan vokal harmoni Pancha Sitara juga dipuji ramai kerana mempunyai identiti nyanyian tersendiri. 

02.
 TIRU MACAM SAYA
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : S.SUDARMAJI
FILEM : HUJAN PANAS (1953)
TAHUN : 1974 (Rakaman Saloma)
CATATAN :
Lagu ini adalah nyanyian asal biduanita Nona Asiah di dalam filem Hujan Panas tahun 1953. Lagu ini dipopularkan semula oleh arwah Saloma pada tahun 1974 dan turut menjadi salah satu lagu signature beliau. 

03. 
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : P.RAMLEE
FILEM : SEMERAH PADI 
TAHUN : 14 JULAI 1956
CATATAN :
Lagu Irama Malaysia ini sememangnya antara karya terbaik arwah P.Ramlee dan  kerap dimainkan di dalam majlis-majlis hiburan daripada dahulu sehingga kini. Malah pernah suatu ketika dahulu judul lagu ini dijadikan sebagai judul sebuah rancangan bual bicara di sebuah stesen TV tempatan.

04. 
BOSSANOVA
KOMPOSER : AHMAD NAWAB
PENULIS LIRIK : AINUL JAMAL
FILEM : DO RE MI
TAHUN : 3 JULAI 1966
CATATAN :
Lagu berentak irama Latin ini menunjukkan arwah Saloma adalah penyanyi yang serba boleh dan penghibur yang hebat. Lagu ini juga pernah dinyanyikan semula oleh penyanyi Wann dan meletop di pasaran pada tahun 1992. 

05. 
TARI TUALANG TIGA 
KOMPOSER : YUSOFF B
PENULIS LIRIK : S.SUDARMAJI
FILEM : SUMPAH ORANG MINYAK
TAHUN : 1958
CATATAN :
Lagu ini antara lagu Irama Malaysia yang sangat popular dinyanyikan di majlis-majlis hiburan sehingga kini. Biduanita Sanisah Huri juga pernah mempopularkan semula lagu ini pada tahun 1973.

06.
 KASIHYA IBU
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : S.SUDARMAJI
FILEM : PANCHA DELIMA
TAHUN : 7 JULAI 1957
CATATAN :
Lagu ini kerap dinyanyikan semula oleh penyanyi tempatan di dalam konsert masing-masing seperti arwah Sharifah Aini, Jamal Abdillah dan juga Siti Nurhaliza. Lagu ini selalu menjadi lagu tema Hari Ibu. 

07.
MENGAPA DIRINDU
KOMPOSER : AHMAD WAN YET
PENULIS LIRIK : ZAIN MAHMOUD
FILEM : DUA PENDEKAR
TAHUN : 1964
CATATAN : 
Lagu ini pernah dipopularkan semula oleh biduanita Uji Rashid pada tahun 1977.Intro muzik lagu ini 
sangat kreatif kerana ianya bunyi seakan lagu yang dramatik tetapi rupanya adalah lagu Irama Asli. 

08.
 PERWIRA
KOMPOSER : AINUL JAMAL
PENULIS LIRIK : AINUL JAMAL
FILEM : MASAM MASAM MANIS
TAHUN : 21 OGOS 1965
CATATAN :
Lagu ini dicipta oleh adik angkat arwah P.Ramlee iaitu Ainul Jamal. Lagu ini dicipta khusus untuk semua perwira di dalam konteks perjuangan masing-masing seperti cikgu, tentera, ibubapa, doktor, ahli muzik dan sebagainya. 

09.
PESTA MUDA MUDI
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : AINUL JAMAL
FILEM : NASIB DO RE MI
TAHUN :  SEPTEMBER 1966
CATATAN : 
Lagu ini pasti mengingatkan tarian ligat Pak  Meon di dalam filem Nasib Do Re Mi yang menciutkan hati ini. Lagu rancak berkonsepkan Pop Yeh Yeh ini memang enak didengar. 

10.
ISTANA CINTA
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : JAMIL SULONG
FILEM : ANAKKU SAZALI 
TAHUN : 27 OKTOBER 1956
CATATAN :
Lagu ini pernah dipopularkan semula oleh Liza Hanim pada tahun 1998. Pelakon legenda Hashimah Yon menggunakan suara arwah Saloma untuk menyanyikan lagu ini di dalam filem Anakku Sazali.

11. 
DARAH MUDA
 KOMPOSER : KASSIM MASDOR 
PENULIS LIRIK : JAMIL SULONG
FILEM : DARAH MUDA
TAHUN : 1963
CATATAN : 
Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa penyanyi asal lagu ini adalah kakak arwah Saloma sendiri iaitu arwah Allahyarham Mariani. Arwah Saloma menyanyikan lagu ini dalam versi rakaman piring hitam. Manakala arwah Mariani pula menyanyikan lagu ini di dalam filem. 

12. 
SELAMAT PENGANTIN BARU
KOMPOSER : P.RAMLEE
PENULIS LIRIK : P.RAMLEE
FILEM : MADU TIGA
TAHUN : 12 FEBRUARI 1964
CATATAN : 
Lagu ini telah menjadi lagu signature untuk majlis kenduri kahwin dari tahun ianya diterbitkan sehinggalah kini. 

Jika ingin tahu lagu manakah paling popular untuk Legenda Muzik Malaysia, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, bolehlah klik link di sini >>> P.RAMLEE : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/
Sumber :
bharian.com., Google Image, wanita.fesyen

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Jumlah Peminat GALAKSIVIRAL

❤️💕❤️💕❤️💕❤️

CARTA TOPIK POPULAR

  • TAFSIR MIMPI GAJAH
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1990 DI MALAYSIA
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1980 DI MALAYSIA
  • SPRING : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • WINGS : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2000 DI MALAYSIA
  • AWIE : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • JUARA CARTA MUZIK MUZIK PALING LAMA NO.1
  • ALBUM MALAYSIA PALING LARIS SEPANJANG MASA
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2010 DI MALAYSIA

Infotainment 1

  • INFO ALBUM
  • INFO LEGENDA MUZIK
  • INFO MUZIK
  • INFO PENYANYI MALAYSIA
  • KOLEKSI LAGU ZIANA ZAIN
  • LAGU ERA 1980 AN
  • LAGU ERA 1990 AN
  • LAGU ERA 2000 AN
  • LAGU ERA 2010 AN
  • LAGU ERA 2020 AN

Infotainment 2

  • INFO ANIME
  • INFO FILEM
  • INFO MAKAN
  • INFO MELETOP
  • INFO NEGARA
  • INFO PLANET
  • INFO SIHAT
  • INFO TV

Arkib GalaksiViral

  • Feb 201716
  • Mac 20176
  • Apr 201713
  • Mei 20174
  • Jul 2017106
  • Ogo 201747
  • Sep 20171
  • Okt 20173
  • Nov 201749
  • Dis 201732
  • Jan 201811
  • Feb 201823
  • Okt 20191
  • Nov 20195
  • Jan 20201
  • Mei 20202
  • Jun 20203
  • Jul 20208
  • Ogo 202025
  • Sep 20208
  • Okt 20201
  • Mac 202115
  • Apr 20215
  • Jul 20221
  • Dis 20221
  • Nov 20231
  • Jan 20241
  • Apr 20244
  • Mei 202411
  • Jul 20241
  • Mei 20256
  • Ogo 20252
  • Sep 20251
  • Nov 20254
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
Blogged.my

Created By galaksiviral May 2017 - 2026 / Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes