Ads Top

LAGU RAYA BARU PALING POPULAR ERA 2010 an (2010-2019).


GALAKSI VIRAL - Setiap dekad, pasti ada lagu Raya yang akan menjadi evergreen dan popular untuk jangka masa yang sangat lama di kalangan rakyat Malaysia. Ianya adalah kerana lagu Raya berkenaan mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi dan dekat dengan hati pendengar. Dikatakan lagu raya Melayu yang paling awal pernah dirakamkan ialah pada tahun 1936 iaitu berjudul Selamat Hari Raya nyanyian Miss Aminah. Manakala lagu raya yang paling popular sepanjang zaman pula pastinya lagu Allahyarham Puan Sri Saloma (Selamat Hari Raya 1955/1973) dan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (Dendang Perantau 1955/1967). 



Walaupun begitu, ketika kita mula memasuki era 2010 an, dikatakan lagu raya generasi Y ini sudah tidak sehebat lagu ciptaan terdahulu dan banyak lagu Raya baru yang masuk kategori flopped and forgotten. Kini, selepas 10 tahun (2010-2019), GV dapati ada beberapa lagu Raya era ini yang masih popular dan diingati ramai. Ianya juga menunjukkan masih ada lagu Raya baru yang berjaya masuk kategori evergreen dan ini pastinya menguntungkan artis berkenaan kerana lagu mereka akan sentiasa diingati dan dimainkan oleh pendengar saban tahun terutamanya jika tiba musim perayaan. Ibarat satu bonus jangka masa panjang bagi kerjaya nyanyian mereka. Mari kita lihat lagu manakah yang mendapat perhatian ramai kerana  keunikan dan kehebatan lagu itu sendiri.

LAGU RAYA 
PALING POPULAR
ERA 2010 AN (2010-2019)


01. HARI RAYA 
Artis : iamNEETA, Najwa Latiff, Deana Haris & Mimie Haris 
Komposer/Penulis Lirik : Patrick Anohada
Tahun : 2013 / 2012 (Home Studio Version)
Catatan :
Lagu ini adalah lagu hari Raya paling popular era 2010 an. Melodi lagu yang sangat segar dan liriknya mudah diingati menjadi kegemaran ramai terutama generasi X dan Y. Lagu  ini juga kerap dipilih menjadi lagu latar promosi rancangan TV dan juga di pusat membeli-belah sempena hari Raya. 




02. ANUGERAH SYAWAL
Artis : Bunkface
Komposer : Sam Bunkface
Tahun : 2013
Catatan :
Lagu Raya ini adalah lagu Raya Modern Rock paling popular dan berjaya untuk era 2010 an. Tak banyak lagu raya muzik kategori ini yang boleh popular untuk jangka masa yang sangat lama dan kerap dimainkan di TV sebagai muzik latar rancangan hari Raya. Lagu ini juga saban tahun menjadi pilihan pendengar untuk dimainkan di media sosial sempena hari Raya. 




03. BERSYUKUR SEADANYA
Artis : Hael Husaini 
Komposer : Hael Husaini/Ezra Kong
Penulis Lirik : Hael Husaini/Ezra Kong
Tahun : 2019
Catatan:
Lagu raya ini boleh dikatakan lagu Raya generasi Y kerana muziknya yang sangat moden dan unik. Tarian di dalam video muzik ini juga pernah menjadi perhatian ramai dan signature kepada lagu ini juga. Ramai akan ikut step tarian lagu ini apabila menyanyikan lagu ini. 




04. TAK DAPAT RAYA
Artis : Floor 88 & Baby Shima
Komposer : Zai Hamzah
Penulis Lirik : Achoi Floor 88
Tahun : 2019
Catatan :
Video muzik lagu ini mendapat tontonan yang sangat tinggi di laman Youtube iaitu lebih 16 juta tontonan (Mei 2020). Lagu ini popular kerana video muzik yang kreatif dan juga menjadi lagu tema Raya tahun ini (Covid 19). Lagu ini ada sambungannya pada tahun 2020 iaitu Tak Dapat Raya Lagi.

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

05. MENANTI DI AIDILFITRI
Artis : Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Shahirah & Wan Azlyn
Komposer : DJ Fuzz
Penulis Lirik : Waris
Tahun : 2019
Catatan :
Lagu Raya beirama Tradisional ini sememangnya sangat menarik dan menimbulkan nostalgia lagu-lagu raya Tradisional era 1990 an dan 2000 an. Ditambah pula dengan keharmonian vokal serasi bersama antara Wany, Wani, Muna dan Wan menjadikan lagu ini sedap didengar dan diminati ramai. 




06. RAYA TELAH TIBA
Artis : Aiman Tino
Komposer : Apit
Penulis Lirik : ACK
Tahun : 2018
Catatan :
Lagu Raya Aiman Tino ini ada keistimewaan tersendiri kerana apabila pertama kali mendengar lagu ini, tidak dijangka akan ada unsur suprise di awal lagu di mana Aiman menyanyikan lagu ini dengan kadar laju. Itulah menjadi trademark kepada lagu ini dan seperti lazimnya, lagu Aiman sememangnya sentiasa memikat hati pendengar.



07. RAYA BALIK
Artis : Elyana
Komposer : N/A
Penulis Lirik : N/A
Tahun : 2019

Catatan :
Lagu Raya ini adalah antara lagu Raya paling unik dan kreatif pernah diterbitkan di negara kita. Dengan muzik ala ala era 1950 an, ianya sememangnya cepat menjadi kegemaran para peminat seni hiburan. 




08. LEBARAN TERINDAH
Artis : Wany Hasrita, Ernie Zakri, Wani, Shamim, Tajul & Haqiem
Komposer : Ibnu
Penulis Lirik : Ibnu/Gouffran
Tahun : 2017
Catatan :
Lagu Raya yang dinyanyikan oleh penyanyi generasi era 2010 an ini akan diingati sebagai salah satu lagu Raya era 2010 an yang diminati ramai.




09. RAYA NUSANTARA
Artis : Sufi Rashid, Siti Nordiana, Rizky Febrian, Alvin Chong, Fatin Shidqia, Ismail Izzani & Kashika
Komposer : Ayden Ali & Ikhwan Fattanna
Penulis : Ayden Ali & Ikhwan Fatanna
Tahun : 2017
Catatan :
Lagu Raya ini sangat menarik  kerana mengabungkan sekumpulan artis generasi muda daripada tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk sama-sama menyanyikan lagu ini dengan penuh harmoni dan meriah. 




10. CERIA RAYA
Artis : Mark Adam, Najwa Latiff  & Ceria Pop Star
Komposer : Izuan Mokhtar
Penulis Lirik : Omar K, Ezra Kong & Faizul Sany
Tahun : 2016
Catatan :
Lagu Raya ini boleh menjadi salah satu lagu kenangan muzik era 2010 an kerana ianya akan mengingatkan kita kepada pertandingan nyanyian Ceria Pop Star yang pernah menjadi hit pada awal dan pertengahan era 2010 an dahulu. 

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
(nartvnetwork, Hot TV, Rocketfuel Network, MVM Music, FMC Music, Aries Music, Indigital Music, Astro Ceria) x Youtube Channel


No comments:

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.