GALAKSIVIRAL
  • Home
  • Info Muzik
  • Info Makan
  • Info Meletop
  • About Us
  • Sign In
GALAKSI VIRAL - Jika anda peminat lagu Dikir Puteri nyanyian Diva Irama Malaysia/Pop Etnik Noraniza Idris. pastinya anda tahu yang lagu Dikir Puteri sememangnya amat popular di Thailand. Lagu ciptaan Pak Ngah dan liriknya oleh Hairul Anuar Harun sudah popular sejak tahun 1998 lagi. Terdapat  banyak versi lagu Dikir Puteri di Thailand dan kebanyakannya berentak Dance Music remix, Hip Hop Remix dan banyak lagi.


Beberapa tahun lepas, ada sekumpulan peserta tarian Thailand bertanding di dalam pertandingan tarian di negara mereka dengan menggunakan lagu Dikir Puteri sebagai lagu iringan tarian mereka. Terbaru, rancangan popular Thailand iaitu The Voice Thailand juga turut menampilkan lagu yang sama apabila peserta pertandingan ini iaitu Pathita dan Saran menyanyikan lagu Dikir Puteri dengan caranya tersendiri. Walaupun ada pelat Siam dalam nyanyian mereka, namun, persembahan mereka dengan siap berpakaian baju kebaya dan baju Melayu ini sangat mengagumkan dan patut diberi pujian. Lebih menarik lagi, rap dalam Bahasa Thailand turut dinyanyikan di dalam lagu ini sebagai satu bentuk improvasi kepada persembahan  hebat mereka. Kumpulan tarian yang mengiringi persembahan ini  ialah Kumpulan Dikir Hulu Selatan Thailand. Jom tengok video di bawah. :)

Video Persembahan Lagu Dikir Puteri di The Voice Thailand Season 6 2018

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Awani, OhBulan, NST,COM, The Voice Thailand, Google Image

GALAKSI VIRAL - Filem Korea paling laris tahun 2017 iaitu Along With The Gods : The Two Worlds telah mencetuskan fenomena hebat di seluruh dunia apabila filem ini menjadi filem kedua paling laris dalam sejarah perfileman Korea sepanjang masa. Filem ini sudah mencapai kutipan lebih US$ 103 juta di seluruh dunia. Manakala di Korea Selatan pula, filem ini telah berjaya mendapat kutipan tiket  sebanyak 14,355,786 dengan anggaran lebih 10 juta orang menonton filem ini. Filem ini juga berjaya menjuarai carta Filem Box Office Malaysia pada hujung bulan Januari yang lepas.


Filem ini berkonsepkan drama fantasi  yang  menyentuh isu hal kekeluargaan dan perjalanan roh ke alam kematian. Ianya adalah adaptasi daripada webkomik milik Joo Hoo-min. Filem ini ada dua bahagian. Bahagian pertama iaitu Along With The Gods : The Two Worlds sudah ditayangkan pada 20 Disember 2017 yang lalu. Bahagian kedua filem ini akan menyusul pada tahun ini dengan judul Along With The Gods : The Last 49 Days. Antara  pelakon hebat di dalam filem ini ialah Ha Jung-woo, Cha Tae-hyun (pelakon filem Hello Ghost), Ju Ji-Hoon, Kim Hyang-gi, Lee Jung-jae dan Kim Dong Wook.  Jom kita baca sinopsis di bawah. (Spoiler Alert)
Poster Filem Along With The Gods

SINOPSIS 
Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Kim Ja-Hong (Cha Tae-hyun) yang bekerja sebagai ahli bomba telah mati ketika bertugas kerana menyelamatkan seorang mangsa kebakaran di tempat kejadian. Beliau meninggal dunia kerana beliau melompat dari satu tempat yang amat tinggi sehingga terjatuh mati di bawah lantai bangunan tempat terbakar itu. Selepas beliau tersedar, beliau ingatkan beliau masih hidup. Namun beliau berasa pelik kerana tiada siapa yang menyedari kehadiran beliau di kawasan kebakaran itu.

 Pada masa itu, beliau perasan hanya ada dua orang yang memerhati beliau dari jarak sederhana iaitu seorang lelaki dan seorang wanita muda. Nama lelaki dan wanita muda itu ialah  Hae Won-mak (Ju Ji-hoon) dan Lee Deok-choon (Kim Hyang-gi). Mereka memberitahu Ja-hong yang dia sudah meninggal dunia dan mereka berdua merupakan Tiga Pelindung Alam Baka yang akan menjadi peguam bela kepada roh Ja-Hong dalam menghadapi tujuh perbicaraan alam baka selama 49 hari sebelum Ja-Hong dilahirkan semula melalui proses reinkarnasi. Deok-choon  juga memberitahu yang roh Ja-hong adalah roh mulia kerana banyak membuat kebaikan di dunia dan ini akan memudahkan mereka menghadapi kesemua perbicaraan itu nanti. Seorang lagi Pelindung Alam Baka yang tiada di situ iailah Gang-rim (Hang Jung-woo). Gang-rim  akan pergi ke tempat pengebumian mayat Ja-hong. dan kemudiannya akan berjumpa dengan mereka yang lain di Gerbang Akhirat. Ja-hong yang masih dalam kebingungan itu menjerit yang beliau tidak boleh mati kerana belum berjumpa dengan ibu beliau. Tiba-tiba, beliau terus ditarik ke dalam satu alam lain iaitu ke Gerbang Akhirat.


 Kim Ja-Hong - Roh Mulia 

Gang-Rim - Ketua Pelindung Alam Baqa

Di dalam Gerbang Akhirat, terdapat satu pintu purba yang merupakan entri utama untuk memasuki ke alam perbicaraan bagi si roh mati. Untuk melepasi pintu ini, perlu ada satu tiket bagi si roh mati. Untuk kes Ja-hong, beliau mempunyai tiket Roh Mulia. Hae Won-mak memberitahu Ja-hong yang Gang-rim sudah berjaya meyelesaikan reinkarnasi untuk 47 roh sejak 1 abad yang lalu. Pelbagai situasi Ja-Hong dan para Pelindung Alam Baka arwah perlu lalui  dalam menghadapi mahkamah perbicaraan roh di alam baqa. Yang positifnya, Ja-hong berjaya melalui lebih separuh perbicaraan untuk roh mati itu dengan bantuan daripada Pelindung Alam Baqa. Tetapi jauh di sudut hati Ja-hong, beliau  rindu dan ingin sangat berjumpa kembali dengan ibu dan adiknya di alam nyata tetapi apakan daya, beliau pada ketika itu sudah mati di alam nyata.

Lee Deok-choon - Pembantu Pelindung Alam Baqa

Hae Won-mak - Pembantu Pelindung Alam Baqa

Dong Wong-yuen - Junior Kim So-hong

Lee Joon Hyuk - Rakan Kim So-hong

Selain merindukan keluarga arwah, ada sebab lain juga kenapa Ja-hong mahu berjumpa dengan ibunya sebelum beliau dilahirkan semula. Ianya adalah kerana beliau mahu memberikan periuk nasi elektrik kepada ibunya yang tua kerana ibunya kerap terlupa nak tutup api masa masak nasi atas dapur gas. Selain itu, dalam periuk nasi itu juga tersimpan satu surat kebenaran yang selama ini beliau mahu beritahu kepada ibu beliau. Namun, suatu perkara mengejutkan telah berlaku apabila adik lelaki Ja-Hong iaitu Soo-hong (Kim Dong-wook) telah mati mengejut dan lebih sedih lagi si ibu mereka langsung tidak tahu bahawa anaknya Soo-hong juga sudah meninggal dunia. Ini telah menyebabkan Ja-hong mahu cepat selesaikan upacara perbicaraan kerana mahu bertemu dengan ibunya yang kini tinggal seorang di alam nyata. Roh yang berjaya semua perbicaraan alam baqa akan dapat keistimewaan untuk melawat manusia di dunia nyata melalui mimpi sebelum proses reinkarnasi berlaku.

Dong Wong Juen Tidak Menyedari Roh Kim So-hong Berada Di Belakangnya. 

Namun begitu, sekali lagi berlaku kejutan apabila Ja-hong hampir untuk dijatuhkan hukuman kerana satu peristiwa yang menyayatkan hati yang telah berlaku sewaktu beliau masih kecil lagi. Rupa-rupanya Ja-hong sudah 15 tahun tidak berjumpa dengan ibunya kerana beliau melarikan diri daripada rumah. Selama ini, Ja-hong hanya memerhati ibu dan adiknya dari jarak sederhana tanpa disedari oleh ahli keluarganya. Selama 15 tahun itu juga, Ja-hong telah bekerja 24 jam dan simpan duit untuk diberikan kepada ibu dan adiknya melalui wang pos.

Kenapa Ja-hong melarikan diri daripada rumah ? Sebenarnya, Ja-hong berasa kesal teramat sangat kerana pernah cuba untuk bunuh ibu dan adik beliau sewaktu beliau masih kecil dahulu. Ibu dan adiknya itu mengalami masalah kesihatan yang agak teruk. Ja-Hong berpendapat lebih baik jika mereka semua mati daripada menanggung bebanan kemiskinan keluarga mereka ketika itu. Sewaktu Ja-Hong mahu menekup muka ibunya yang tengah tidur dengan bantal, adik beliau iaitu Soo-hong terjaga dan merayu jangan melakukan perkara itu. Ja-hong pada masa itu sebenarnya teragak-agak untuk menekup muka ibunya dengan bantal kerana tidak sanggup kehilangan ibunya juga. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk membelasah adiknya Soo-hong sehingga adiknya mengalami kecederaan yang agak sederhana. Selepas itu, Ja-hong nekad lari daripada rumah kerana kesal dengan perbuatannya dan berjanji yang beliau akan hidup untuk membantu ibu serta adiknya dengan memberikan pelbagai bantuan kewangan kepada keluarganya  selagi beliau terdaya.

Putaran Alam Antara Dua Dunia Berbeza Terbuka

Salah Seorang Dewa di Neraka. 

Disebabkan peristiwa sedih itu, Ja-hong mungkin tidak dapat melalui reinkarnasi kerana kesalahan lampaunya. Lebih menyedihkan lagi, Raja Neraka iaitu Raja Yeomra (Lee Jung-jae) telah menunjukkan satu lagi peristiwa mengejutkan kepada Ja-hong. Rupa - rupanya ibu Ja-hong telah tersedar sewaktu Ja-hong mahu menekap muka ibunya itu pada masa dahulu. Pada ketika itu, ibu Ja-hong hanya mendiamkan diri sambil mengalirkan air mata kerana sedih dengan apa yang berlaku.. Ini juga bermakna, selama 15 tahun ibu Ja-Hong sudah tahu yang Ja-Hong pernah cuba  untuk bunuh mereka sekeluarga. Dan selama itu juga, ibunya  sudah memaafkan apa yang berlaku dan berdoa agar  anaknya itu kembali kepadanya serta hidup bahagia bersama-sama. Adik Ja-Hong iaitu Soo-Hong yang telah mati telah membuat kejutan dengan memasuki mimpi ibu mereka dan memberitahu yang beliau sudah mati. Ibunya terkejut dan memohon maaf kerana tidak dapat menjadi ibu yang baik kepada anak beliau. Pada masa ini, Raja Yeomra membuat keputusan untuk bebaskan Ja-Hong daripada segala masalah itu dan membenarkan Ja-Hong melalui proses reinkarnasi. Dan kini, adik Ja-Hong iaitu Soo-Hong akan menjadi roh yang seterusnya yang akan diwakili oleh Tiga Pelindung Alam Baqa. Kematian Soo-hong yang disebabkan satu peristiwa tidak terjangka mungkin akan menjadi jalan cerita Along With The Gods Part 2. Selain itu, Deok Chun juga ada menyatakan yang mereka perlu habiskan 49 roh ke alam reinkarnasi sebelum mereka sendiri akan dapat keistimewaan untuk dilahirkan semula di dunia kehidupan. Yang menariknya juga, Soo-hong turut mendapat tiket Roh Mulia sama seperti roh abang beliau sebelum ini untuk pergi ke Gerbang Akhirat.

Gang-rim bersama Roh Kim Soo-hong Yang Diikat

Wajah Kim Soo-hong yang menjadi Roh Tidak Aman di Alam Dunia.

Ibu roh Ja-hong dan Soo-Hong.  Wajah sedih  beliau apabila mendapat tahu anaknya Soo-hong turut meninggal dunia seperti Ja-hong melalui mimpi beliau. 


REVIEW :
Rasanya ini kali pertama GV tengok filem Korea yang menceritakan perjalanan roh ke alam baka. Semua pelakon di dalam filem tidak kira watak utama atau watak kecil berjaya memberikan impak lakonan yang sangat hebat. Walaupun filem ini mempunyai durasi tayangan lebih dua jam, namun setiap minit di dalam filem ini sangat berharga dan jalan ceritanya juga fast-moving serta tidak meleret. Ada banyak adegan drama yang bersulamkan momen sedih dan komedi yang pastinya akan menyentuh jiwa dan perasaan para penonton. Adegan keadaan di neraka kelihatan mengerunkan juga dengan teknik CGI yang sangat mantap dan terbaik. Begitu juga, adegan ketika Gang-rim mengejar So-Hong di dunia nyata yang tidak ubah seperti menonton anime Bleach di mana Shinigami mengejar Hollow dengan kelajuan yang sangat hebat. Sudah lama GV tak menonton filem Korea sehebat ini. Kali terakhir pun filem Train To Busan. Ada suprise di hujung filem ini iaitu ada watak abang perkasa di dalam filem Train To Busan muncul di dalam filem ini. Tidak sabar nak tunggu sambungan filem ini nanti. Memang best dan terbaik.

GVMETER  : 90/100 
💖💖💖💖💖
(TERBAIK)

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : Malay Mail, Google Image 

GALAKSI VIRAL - Tahun ini kita telah menyaksikan dua selebriti Gred A Hollywood iaitu The Rock dan Justin Timberlake telah menyebut nama Kuala Lumpur Malaysia di dalam video masing - masing. Satu di instagram dan satu lagi video muzik. Kini, yang terbaru, nama Malaysia sekali lagi disebut  di media Hollywood tetapi kali ini di dalam sebuah drama sains fiksyen paling popular di dunia iaitu Star Trek : Discovery. Di dalam drama ini, nama Pulau Langkawi Malaysia telah menjadi intipati dialog perbualan di antara dua pegawai pangkat tinggi Star Trek yang pastinya akan menarik perhatian ramai rakyat Malaysia untuk menontonnya. 


Pelakon Malaysia Paling Berjaya di Peringkat Antarabangsa iaitu Tan Sri Dato' Seri Michelle Yeoh telah melakonkan watak The Emperor / Captain Phillippa Georgiou di dalam drama sains fiksyen ini. Di dalam salah satu episod drama ini, watak Captain Philippa telah disoal oleh seorang pegawai lain bernama Michael Burnham yang bertanyakan  di manakah tempat asal beliau. Captain Philippa menjawab yang beliau membesar di Malaysia iaitu di Pulau Langkawi. Mereka juga memuji keindahan pantai Pulau Langkawi ini. Bangga kan. Hihi.

Adegan ini ada di dalam drama Star Trek : Discovery episod 15 berjudul Will You Take My Hand yang telah disiarkan pada 11 Februari 2018 di saluran CBS Amerika Syarikat. Klik Video Di Bawah Untuk Tonton Adegan Itu.
VIDEO 
Nama Pulau Langkawi Malaysia disebut di dalam salah satu adegan drama Hollywood Star Trek : Discovery.
Credit to Hasanuddin Abu Bakar YouTube Channel

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : Astro Awani, YouTube Channel, Malaysian Digest

A SFRNFZL Giveaway
KLIK BANNER UNTUK JOIN. 😍

JAWAPAN :
Saya suka berblogging kerana  ianya adalah minat GV sendiri. Selain itu, GV suka baca blog-blog lain yang mempunyai pelbagai info menarik dan secara tidak langsung dapat menambah ilmu pengetahuan sendiri. GV juga suka kongsi info-info hiburan di dalam blog GV untuk dijadikan bahan bacaan sampingan kepada peminat seni hiburan tempatan. 
Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi
KLIK BANNER UNTUK JOIN. 😍
GALAKSI VIRAL - Pada mulanya GV malas nak ambik port tapi bila fikir balik, GV perlu keluarkan statement rasmi yang GV terjumpa ada blog lain yang menggunakan nama sama seperti nama GV untuk blog dia atau mereka itu. Blog ciplak nama GV itu ada fanpage FB sendiri juga. Nasib baik takde sapa like fanpage ciplak tu. Walaupun kat blog ciplak nama GV tu tulis 37 juta views, tapi GV tahu itu semua edit jumlah viewer sendiri sebab blog ciplak itu baru dibuat pada bulan September 2017. Mustahil dalam masa singkat boleh dapat 37 juta views dan entri blog ciplak ini pun tak banyak. 

GV bukan blogger peymes pun. GV masih lagi kategori merangkak-rangkak dalam dunia blogging ini. Jadi bila GV dapat tahu ada blog nama sama dengan entri 360 darjah berbeza, rasa nak meletop kababoom la. GV rasa mungkin owner blog tu tidak tahu kewujudan nama GV terlebih dahulu kut sebab itu admin blog tu guna sama dengan GV. Walaupun begitu, sepatutnya admin blog itu semak la dulu kut kut ada blogger lain guna sama ke cmner. GV guna nama ini dulu sebelum blog ciplak itu guna. GV punya la gigih nak promote nama blog GV kat merata sosial media, tup tup ada blog lain suka suki guna nama blog GV juga. GV mmg tunggu masa je nak register nama GV sebagai nama rasmi brand GV. Kalau ada rezeki nanti, InsyaAllah. Tujuan GV post entri ini  adalah untuk beritahu yang blog ciplak GV itu bukan milik GV dan segala entri yang telah diterbitkan di dalam blog ciplak itu juga bukan daripada GV sendiri. GV tak tahu sapa admin blog itu. GV mohon kepada admin blog ciplak nama GV itu supaya tukar nama lain dan jangan timbulkan kekeliruan seperti ini lagi. Sekian, terima kasih. 




 BLOG CIPLAK NAMA GALAKSI VIRAL 
LINK > CIPLAK 1.0




FAN PAGE FACEBOOK BLOG CIPLAK GALAKSI VIRAL 
LINK >CIPLAK 2.0





GALAKSI VIRAL - Mari kita lihat siapakah Penyanyi Lelaki Paling Berjaya di Malaysia Sepanjang Zaman. Pemilihan dilakukan berdasarkan bakat dan populariti yang setara dan mempunyai impak yang hebat terhadap industri muzik Malaysia amnya.




PENYANYI LELAKI 
PALING BERJAYA DI MALAYSIA


01. ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE
NAMA PENUH : Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh
UMUR : 44 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 22 Mac 1929
TEMPAT LAHIR : Pulau Pinang, Malaysia.
TAHUN AKTIF : 1945 - 1973
CATATAN :
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee adalah  Penyanyi Lelaki, Penghibur dan Legenda Muzik No.1 Malaysia. Arwah adalah penanda aras paling atas dan Ikon Muzik Malaysia sepanjang zaman. Semua karya beliau adalah masterpiece dan evergreen.

02. ALLAHYARHAM DATO' SUDIRMAN
NAMA PENUH : Sudirman bin Arshad
UMUR : 37 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 25 Mei 1954
TEMPAT LAHIR : Pahang, Malaysia.
TAHUN AKTIF : 1976 - 1992
CATATAN :
Allahyarham Dato' Sudirman adalah Penghibur No.1 Malaysia yang cukup terkenal dengan pelbagai gimik persembahan di atas pentas. Beliau juga merupakan penyanyi yang sangat versatile kerana boleh menyanyikan pelbagai jenis rentak lagu dengan baik sekali. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang Legenda Muzik Malaysia yang cukup dihormati rakyat jelata kerana kebanyakan lagu-lagu beliau sangat dekat dengan kehidupan rakyat tempatan serta kejayaan beliau memenangi anugerah antarabangsa iaitu Penghibur No.1 Asia di Saleem Music Award Festival 1989, London.

03. DATO' M.NASIR
NAMA PENUH : Mohamad Nasir bin Mohamad
UMUR : 61 tahun
TARIKH LAHIR : 04 Julai 1957
TEMPAT LAHIR : Singapura
TAHUN AKTIF : 1979 - kini
CATATAN :
Dato' M.Nasir diberi gelaran Sifu Muzik Malaysia kerana kehebatan beliau di dalam bidang seni nyanyian Malaysia. Beliau merupakan Artis Lelaki Pertama yang menang tiga anugerah utama bidang nyanyian iaitu Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular 1994, Juara Anugerah Juara Lagu 1994 & 1999 dan Album Terbaik Anugerah Industri Muzik 2001/2002. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang komposer paling popular di Malaysia kerana banyak lagu beliau meletop di pasaran muzik tempatan.

04. DATO' JAMAL ABDILLAH
NAMA PENUH : Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali
UMUR : 59 tahun
TARIKH LAHIR : 07 Mei 1959
TEMPAT LAHIR : Perak, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1979 - kini
CATATAN :
Beliau digelar sebagai Raja Pop Malaysia. Nama beliau sentiasa berada di papan atas industri muzik Malaysia sejak awal 80 an sehinggalah kini. Selain itu, vokal emas yang dimiliki beliau juga menjadikan beliau di antara vokalis lelaki terbaik di Malaysia.

05. DATO' AWIE
NAMA PENUH : Ahmad Azhar bin Othman
UMUR : 50 tahun
TARIKH LAHIR : 24 November 1968
TEMPAT LAHIR : Kuala Lumpur, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1985 - kini
CATATAN :
Dato' Awie adalah Penyanyi Lelaki No.1 Malaysia untuk tahun 1995, 1996,1997, 1998 dan 1999. Beliau juga digelar Raja Rock Malaysia. Banyak lagu solo beliau yang hits dan menjadi evergreen sehingga ini seperti Tragedi Oktober, Ukiran Jiwa, Ratuku, Di Penjara Janji, Terima Kasih dan banyak kali.

06. ANUAR ZAIN
NAMA PENUH : Shahrul Anuar bin Zain
UMUR : 48 tahun
TARIKH LAHIR : 15 Februari 1970
TEMPAT LAHIR : Melaka, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1983 - kini
CATATAN :
Beliau digelar Raja R&B dan Raja Balada Malaysia. Semua album solo beliau meletop di pasaran. Beliau juga merupakan di antara vokalis terbaik negara dan pernah memenangi anugerah Vokalis Lelaki Terbaik di AIM sebanyak tiga kali. Selain itu, Anuar juga merupakan Penyanyi Lelaki No.1 Malaysia untuk tahun 2002, 2003 dan 2004. Anuar Zain adalah di antara segelintir artis Melayu yang cukup diminati dan dikenali oleh peminat bukan Melayu di Malaysia selain Dato' Seri Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Yuna, Dato' Sheila Majid dan Ayda Jebat.

07. ALLAHYARHAM TAN SRI SM SALIM
NAMA PENUH : Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al-Mahros
UMUR : 88 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 30 Julai 1928
TEMPAT LAHIR : Kuala Lumpur, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1949 - 2016
CATATAN :
Allahyarham adalah Raja Irama Malaysia yang unggul dan terkenal dengan gayanya yang tersendiri. Arwah merupakan penyanyi kedua yang mendapat gelaran Tan Sri selepas Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Selain itu, arwah juga mencipta rekod tersendiri apabila menjadi satu-satunya artis era 50 an yang mempunyai album laris dan bersaing hebat dengan artis muda di era 2000 an.

08. DATUK RAMLI SARIP
NAMA PENUH : Ramli bin Sarip
UMUR : 66 tahun
TARIKH LAHIR : 15 Oktober 1962
TEMPAT LAHIR : Singapura
TAHUN AKTIF : 1975 - kini
CATATAN :
Beliau digelar sebagai Papa Rock Malaysia dan Singapura. Beliau juga merupakan perintis kepada muzik rock di Malaysia dan Singapura. Selain menyanyikan lagu Rock, beliau juga boleh menyanyikan lagu Irama Malaysia dan Pop Etnik dengan begitu baik sekali.

09. AMY SEARCH
NAMA PENUH : Suhaimi bin Abdul Rahman
UMUR : 60 tahun
TARIKH LAHIR : 28 Julai 1958
TEMPAT LAHIR : Johor, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1981 - kini
CATATAN :
Raja Rock N Roll ini adalah merupakan salah seorang Ikon Muzik Rock Malaysia yang terbaik. Nama beliau bukan sahaja popular di Malaysia, malah, turut popular di Indonesia. Beliau juga dikenali sebagai Artis Rock Stailo kerana imej beliau yang sentiasa up to date dan ada gaya tersendiri.

10. ALLAHYARHAM DATUK AHMAD JAIS
NAMA PENUH : Mohd Jais bin Ahmad
UMUR : 75 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 28 Mac 1936
TEMPAT LAHIR : Selangor
TAHUN AKTIF : 1965 - 2011
CATATAN :
Allahyarham adalah Ikon Muzik Pop Klasik yang sangat dikagumi ramai kerana kualiti vokal beliau yang unik dan merdu. Beliau juga cukup dikenali dengan lagu Selamat Hari Raya yang juga merupakan salah satu lagu Raya paling popular sepanjang zaman di Malaysia.

11. FAIZAL TAHIR
NAMA PENUH : Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir
UMUR : 40 tahun
TARIKH LAHIR : 26 Oktober 1978
TEMPAT LAHIR : Kuala Lumpur
TAHUN AKTIF : 2004 - kini
CATATAN :
Faizal Tahir adalah Raja Pop/Rock Moden Malaysia untuk era 2000 an/2010 an. Beliau merupakan penghibur dan komposer muzik yang hebat dan menjadi perintis kepada revolusi muzik moden Malaysia untuk era pertengahan 2000 an sehingga kini. Nama Faizal Tahir juga popular di kalangan peminat muzik bukan Melayu seperti Anuar Zain.

12. DATO' ZAINALABIDIN
NAMA PENUH : Zainal Abidin bin Mohamad
UMUR : 59 tahun
TARIKH LAHIR : 04 November 1959
TEMPAT LAHIR : Johor, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1977 - kini
CATATAN :
Beliau merupakan Raja World Music/Pop Etnik Malaysia yang masih tiada tandingannya sehingga kini. Empat album studio beliau  kerap diiktiraf   sebagai di antara album Malaysia terbaik pernah diterbitkan (Hijau, Gamal, Terang..Sang & Puteri). Beliau juga dikenali sebagai Penghibur Serba Boleh dan pernah mendapat Anugerah Emas di Festival Muzik Tokyo 1992 di atas kejayaan beliau di dalam bidang muzik.

13. HAFIZ SUIP
NAMA PENUH : Mohd Hafiz bin Mohd Suip
UMUR : 28 tahun
TARIKH LAHIR : 27 Februari 1990
TEMPAT LAHIR : Sarawak, Malaysia
TAHUN AKTIF : 2009 - kini
CATATAN :
Hafiz adalah penyanyi generasi muda yang mempunyai bakat besar dan bakal menjadi legenda muzik tanahair suatu hari nanti. Beliau adalah di antara segelintir penyanyi lelaki yang berjaya merangkul anugerah utama bidang nyanyian seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Industri Muzik dan juga Anugerah Bintang Popular. Beliau juga merupakan Penyanyi Lelaki No.1 Malaysia dari tahun 2011 sehingga tahun 2013.

14. MAWI
NAMA PENUH : Asmawi bin Ani
UMUR : 37 tahun
TARIKH LAHIR : 25 Ogos 1981
TEMPAT LAHIR : Johor, Malaysia
TAHUN AKTIF : 2005
CATATAN :
Beliau merupakan Penyanyi Lelaki No.1 Malaysia untuk tahun 2005, 2006, 2007 dan 2008. Pada waktu kemuncak kerjaya beliau, hampir semua album beliau sangat laris di pasaran. Beliau juga merupakan satu - satunya artis lelaki menang tiga kali berturut-turut Anugerah Bintang Popular dari tahun 2005 hingga 2007. Tsumawi world pasti akan diingati sebagai salah satu detik fenomena di dalam sejarah muzik Malaysia.

15. ALLAHYARHAM R. AZMI
NAMA PENUH : Ahmad Jalaludin
UMUR : 51 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 1923
TEMPAT LAHIR : Negeri Sembilan, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1949 - 1974
CATATAN :
Terdapat beberapa versi sejarah hidup mengenai Legenda Muzik Malaysia R.Azmi. Walaupun begitu, satu perkara yang jelas, beliau ialah di antara penyanyi era 50 an yang cukup disegani oleh masyarakat seni hari ini kerana kualiti bakat dan fenomena lagu beliau yang tetap popular sehingga kini. Sehingga kini, sudah ada dua filem gred A telah diterbitkan mengenai sejarah hidup beliau iaitu filem Jimi Asmara dan Dari Kerana Mata.

16. DATO' M.DAUD KILAU
NAMA PENUH : Muhammad Daud bin Kilau
UMUR : 79 tahun
TARIKH LAHIR : 10 Julai 1938
TEMPAT LAHIR : Perak, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1968 - kini
CATATAN :
Beliau pernah digelar Raja Irama Malaysia, Raja Dangdut Malaysia dan juga Raja Gelek Malaysia. Beliau pernah memenangi Anugerah Penyanyi Lelaki Popular era 70 an dan ini menjadikan beliau adalah Penyanyi Lelaki No.1 era 70 an.

17. SALEEM 
NAMA PENUH : A.M. Saleem Abdul Majid
UMUR : 57 tahun
TARIKH LAHIR : 31 Ogos 1961
TEMPAT LAHIR : Terengganu, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1989 - kini
CATATAN :
Nama Saleem cukup popular di Malaysia dan juga di Indonesia. Boleh dikatakan Saleem mempunyai magis tersendiri kerana hampir semua lagu atau album dikeluarkan oleh beliau mendapat perhatian dan laris di pasaran. Beliau juga digelar Raja Balada/Slow Rock Malaysia.

18. DATO' HATTAN
NAMA PENUH : Mohd Shukri bin Shahabudin
UMUR : 54 tahun
TARIKH LAHIR : 21 Disember 1964
TEMPAT LAHIR : Negeri Sembilan, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1987 - kini
CATATAN :
Beliau digelar Raja Blues Rock Malaysia dan di antara vokalis terbaik negara kita. Vokal rock beliau yang lain daripada lain itu menjadikan beliau salah seorang Ikon Muzik Rock terbaik di Malaysia.

19. DATO' NASSIER WAHAB
NAMA PENUH : Mohd Nasir bin Abd. Wahab
UMUR : 56 tahun
TARIKH LAHIR : 18 April 1962
TEMPAT LAHIR : Kedah, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1985 - kini
CATATAN :
Beliau cukup dikenali dengan imej awet muda dan kelunakan vokal beliau yang cukup merdu dan shahdu. Beliau juga di antara penyanyi era 80 an yang masih popular sehingga kini dan masih dapat bersaing hebat dengan artis generasi muda yang lain.

20. DATUK  JEFFRYDIN
NAMA PENUH : Raden Jeffrydin bin Raden Imbromsoekaman
UMUR : 71 tahun
TARIKH LAHIR : 1947
TEMPAT LAHIR : Singapura
TAHUN AKTIF : 1962 - kini
CATATAN :
Beliau dikenali sebagai Raja Pop Yeh Yeh Malaysia untuk era 60 an sehingga kini. Bila sebut nama beliau, automatik kita akan goyang kepala sambil menyanyi lagu Pop Yeh Yeh beliau yang paling popular iaitu lagu berjudul Kenanganku. Beliau selayaknya digelar Ikon Muzik Pop Yeh Yeh.



----------------------------------------------------------------------------------------------

PENYANYI LELAKI 
PALING BERJAYA DI MALAYSIA
(BAHASA ETNIK SABAH)

MENDIANG DATUK JOHN GAISAH
NAMA PENUH : Lapius John Gaisah
UMUR : 26 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 08 April 1955
TEMPAT LAHIR : Sabah, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1971 - 1981
CATATAN :
Mendiang Dato' John Gaisah adalah seniman agung Sabah sepanjang zaman yang cukup dihormati dan juga Ikon Muzik Sabah yang sangat terkenal di sana. Beliau juga dikenali sebagai Tom Jones Sabah dan Penghibur No.1 yang tiada tolok bandingannya.Impak fenomena dan pengaruh beliau di dalam muzik Bahasa Etnik Sabah sememangnya amat hebat dan besar.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENYANYI LELAKI 
PALING BERJAYA DI MALAYSIA
(BAHASA ETNIK SARAWAK)

GABRIEL FAIRUZ LOUIS
NAMA PENUH : Gabriel Fairuz Louis
UMUR : 33 tahun
TARIKH LAHIR : 15 Mei 1985
TEMPAT LAHIR : Pahang, Malaysia
TAHUN AKTIF : 2009 - kini
CATATAN :
Gabriel adalah satu-satunya Penyanyi Solo Sarawak yang paling banyak memenangi pelbagai Anugerah Muzik Sarawak iaitu lebih 10 anugerah. Beliau juga dikenali sebagai perintis atau artis solo revolusi Iban pertama di Sarawak dan Ikon Muzik Moden Iban. Selain itu, beliau juga merupakan artis Iban pertama bertanding di peringkat antarabangsa dengan menyanyikan lagu Iban yang berjudul Pechaya di International Pop Music Festival 2013 di Varna, Bulgaria. Lebih menarik lagi, beliau juga dilantik sebagai Duta Belia Transformasi Nasional 50 bagi kategori Seni dan Budaya Malaysia.

------------------------------------------------------------------------------------------------

PENYANYI LELAKI 
PALING BERJAYA DI MALAYSIA
(BAHASA MANDARIN)

MICHEAL WONG
NAMA PENUH : Wong Kong Leong
UMUR : 48 tahun
TARIKH LAHIR : 30 Ogos 1970
TEMPAT LAHIR : Perak, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1995 - kini
CATATAN :
Michael adalah Putera Lagu Cinta Bahasa Mandarin paling popular di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan dan juga China. Beliau juga turut dikenali sebagai komposer dan pelakon filem/TV yang popular di kalangan peminat industri hiburan Bahasa Mandarin.

------------------------------------------------------------------------------------------------

PENYANYI LELAKI 
PALING BERJAYA DI MALAYSIA
(BAHASA TAMIL)

YOGI B
NAMA PENUH : Yogeswaran Veerasingam
UMUR : 44 tahun
TARIKH LAHIR :1974
TEMPAT LAHIR : Kuala Lumpur, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1990 - kini
CATATAN :
Yogi B adalah Raja Hip Hop Tamil Malaysia dan juga sangat popular di dalam industri Kollywood, India. Beliau pernah menerima Anugerah Khas (Bidang Muzik) di Festival Kesenian ke 11 Universiti Kebangsaan Malaysia.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENYANYI LELAKI 
PALING BERJAYA DI MALAYSIA
(BAHASA PERANCIS / EROPAH)

DATO' SHAKE
NAMA PENUH : Dato' Sheikh Abdullah bin Ahmad
UMUR : 68 tahun
TARIKH LAHIR : 1950
TEMPAT LAHIR : Johor, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1976  - kini
CATATAN :
Dato' Shake adalah penyanyi Malaysia pertama yang berjaya merakamkan album di luar negara seawal era 70 an lagi iaitu di Perancis. Beliau juga pernah membuat persembahan di negara yang lain seperti Belgium, Switzerland, Greece, Kanada, USA, Afrika Utara, Itali, Yugoslavia, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

KLIK SINI >> PENYANYI WANITA PALING BERJAYA DI MALAYSIA SEPANJANG ZAMAN




Sumber : Yogi B UKM Award, DatoShake.Com, gabrielfairuzlouisofficial, Utusan Borneo Gabriel, Top 18 Dayak Artist, John Gaisah, John Gaisah2, R.Azmi Utusan, Sejarah Hidup R.Azmi, Jeffrydin, arkibnegara.blogspot.my




Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Jumlah Peminat GALAKSIVIRAL

❤️💕❤️💕❤️💕❤️

CARTA TOPIK POPULAR

  • TAFSIR MIMPI GAJAH
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1990 DI MALAYSIA
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1980 DI MALAYSIA
  • SPRING : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • WINGS : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2000 DI MALAYSIA
  • AWIE : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • JUARA CARTA MUZIK MUZIK PALING LAMA NO.1
  • ALBUM MALAYSIA PALING LARIS SEPANJANG MASA
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2010 DI MALAYSIA

Infotainment 1

  • INFO ALBUM
  • INFO LEGENDA MUZIK
  • INFO MUZIK
  • INFO PENYANYI MALAYSIA
  • KOLEKSI LAGU ZIANA ZAIN
  • LAGU ERA 1980 AN
  • LAGU ERA 1990 AN
  • LAGU ERA 2000 AN
  • LAGU ERA 2010 AN
  • LAGU ERA 2020 AN

Infotainment 2

  • INFO ANIME
  • INFO FILEM
  • INFO MAKAN
  • INFO MELETOP
  • INFO NEGARA
  • INFO PLANET
  • INFO SIHAT
  • INFO TV

Arkib GalaksiViral

  • Feb 201716
  • Mac 20176
  • Apr 201713
  • Mei 20174
  • Jul 2017106
  • Ogo 201747
  • Sep 20171
  • Okt 20173
  • Nov 201749
  • Dis 201732
  • Jan 201811
  • Feb 201823
  • Okt 20191
  • Nov 20195
  • Jan 20201
  • Mei 20202
  • Jun 20203
  • Jul 20208
  • Ogo 202025
  • Sep 20208
  • Okt 20201
  • Mac 202115
  • Apr 20215
  • Jul 20221
  • Dis 20221
  • Nov 20231
  • Jan 20241
  • Apr 20244
  • Mei 202411
  • Jul 20241
  • Mei 20256
  • Ogo 20252
  • Sep 20251
  • Nov 20254
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
Blogged.my

Created By galaksiviral May 2017 - 2026 / Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes