GALAKSIVIRAL
  • Home
  • Info Muzik
  • Info Makan
  • Info Meletop
  • About Us
  • Sign In
GALAKSI VIRAL - Jika sebelum ini kita sudah mengetahui lagu manakah yang tersenarai di dalam senarai LAGU NASYID KLASIK TERBAIK SEPANJANG ZAMAN di dalam entri terdahulu. Kini mari kita lihat pula lagu Nasyid Kontemporari / Moden yang manakah paling popular di Malaysia sehingga menjadi lagu evergreen yang diminati ramai oleh peminat muzik Malaysia. 




10 LAGU NASYID KONTEMPORARI PALING POPULAR DI MALAYSIA


01. PUJI PUJIAN 
ARTIS : Raihan
KOMPOSER : Raihan / Nasser Abu Kassim
PENULIS LIRIK : Raihan
ALBUM : Puji Pujian
TAHUN : 1996 / 1997
CATATAN :
Tiada siapa dapat nafikan lagu Puji Pujian adalah pencetus kepada gelombang baru fenomena irama Nasyid Kontemporari di Malaysia pada era 90 an. Lagu yang memuji kebesaran Allah SWT ini telah menjadi salah satu lagu Nasyid paling popular sepanjang zaman bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh negara Islam di planet Bumi ini. Keharmonian vokal kumpulan Raihan sangat mendamaikan jiwa apabila mendengar mereka melagukan lagu nasyid ini dengan cara mereka tersendiri. Kumpulan Raihan yang juga merupakan salah satu kumpulan vokal paling berjaya di Malaysia telah memegang banyak rekod kejayaan mereka yang tersendiri seperti Album Paling Laris Di Malaysia (Puji Pujian) dan tersenarai sebanyak sembilan kali sebagai Selebriti Muslim Paling Popular Di Dunia bagi wakil Malaysia.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



02. TEMAN SEJATI
ARTIS : Brothers 
KOMPOSER : Zahidin
PENULIS LIRIK : Zahidin
ALBUM : We Are
TAHUN : 1997
CATATAN :
Lagu yang mengisahkan kisah sahabat ini sememangnya telah menjadi lagu tema persahabatan kepada warga era 90 an sehingga kini. Lagu ini cukup popular pada tahun 1997 dan video muziknya juga kerap dimainkan di stesen TV3 pada masa itu. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI


03. KELUARGA BAHAGIA
ARTIS : Saujana
KOMPOSER : Jeff Hazimin
PENULIS LIRIK : Jeff Hazimin
ALBUM : Saujana
TAHUN : 1997 / 1998
CATATAN :
Lagu yang mengisahkan keluarga bahagia ini telah menjadi lagu salah satu signature song kepada kumpulan Saujana selain lagu debut mereka iaitu Sepohon Kayu. Video muzik lagu ini juga kerap dimainkan di stesen RTM TV1 dan TV2 pada tahun 1998. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



04. DAMAI YANG HILANG
ARTIS : Nowseeheart
KOMPOSER : Mujahid
PENULIS LIRIK : Ito Lara /Arab
ALBUM : Wahyu Pertama
TAHUN : 1998
CATATAN :
Kumpulan Nowseeheart mempunyai banyak lagu Nasyid berkonsepkan Pop Moden yang sedap didengar dan popular di kalangan peminat nasyid tempatan. Antara karya terbaik mereka ialah single pertama mereka berjudul Damai Yang Hilang. Lagu ini boleh dikatakan antara salah satu lagu Nasyid terbaik di Malaysia. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



05. PERGI TAK KEMBALI
ARTIS : Rabbani
KOMPOSER : KRU
PENULIS LIRIK : Nazim / Mohamad Asri Ibrahim
ALBUM : Pergi Tak Kembali
TAHUN : 1999 / 2000
CATATAN :
Kumpulan Rabbani telah membawa gelombang kedua revolusi muzik Nasyid apabila lagu Nasyid mereka buat pertama kalinya dinyanyikan dengan irama Dance Music. Ramai terkejut apabila Rabbani menyanyikan lagu Pergi Tak Kembali ini dengan begitu rancak seperti seolah kita mahu menari apabila mendengar iramanya. Namun, apabila kita menghayati liriknya yang berkaitan kematian, pasti kita akan terus berasa insaf dan bermuhasabah diri. Allahyarham Ustaz Asri iaitu bekas vokalis utama kumpulan Rabbani kerap dianggap sebagai penyanyi Nasyid terbaik di Malaysia. Lagu ini juga merupakan lagu Nasyid paling popular tahun 2000. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



06. KASIH KEKASIH
ARTIS : In-Team
KOMPOSER : Isman Hijjaz
PENULIS LIRIK : Isman  Hijjaz / Ito Lara
ALBUM : Kasih Kekasih
TAHUN : 2000 / 2001
CATATAN :
Selepas kumpulan Rabbani mencetuskan kejutan dengan lagu irama Dance Music mereka, muncul pula kumpulan In-Team yang juga telah mencetuskan kejutan ramai apabila konsep lirik lagu mereka yang jauh berbeza dengan kumpulan Nasyid yang lain pada ketika itu. Kumpulan In Team boleh dikatakan kumpulan Nasyid pertama yang popular dengan lagu cinta sesama manusia tetapi berunsurkan cara Islam. Ramai yang suka dengan formula lagu In Team ini sehingga menjadikan lagu In-Team ini sebagai lagu Nasyid pertama yang berjaya mendapat No.1 di dalam Carta ERA pada awal tahun 2001. Lagu ini juga merupakan lagu Nasyid paling popular tahun 2001. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



07. HANYA TUHAN YANG TAHU
ARTIS : UNIC
KOMPOSER : Manis Helma 
PENULIS LIRIK : Manis Alia & Atie
ALBUM : You And I See
TAHUN : 2002
CATATAN :
Kumpulan UNIC adalah Juara Gema Gegar Vaganza 2017. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu merupakan salah satu  paling popular di dalam karier muzik mereka.  Lagu ini juga pernah dinobatkan sebagai lagu Nasyid paling popular tahun 2002. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



08. SUMAYYAH
ARTIS : Hijjaz
KOMPOSER : Munif Ahmad 
PENULIS LIRIK : Ustaz Baharol Mohd Juol
ALBUM : Jalan Bahagia
TAHUN : 2002 / 2003
CATATAN :
Lagu Sumayyah adalah salah satu lagu Nasyid paling popular daripada kumpulan Hijjaz. Lagu ini juga merupakan lagu Nasyid paling popular tahun 2003 di Malaysia. Vokalis utama Hijjaz iaitu ustaz Munif Ahmad kerap dikatakan antara penyanyi terbaik Nasyid di Malaysia. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



09. AKU TANPA CINTAMU
ARTIS : Mirwana feat Jay Jay
KOMPOSER : Mujahid Abdul Wahab
PENULIS LIRIK : Mujahid Abdul Wahab
ALBUM : Mirwana
TAHUN : 2004 / 2005
CATATAN :
Lagu Nasyid yang menggunakan konsep Pop ini cukup popular pada tahun 2005 dan kerap dimainkan di serata radio Malaysia ketika itu. Kehadiran Jay Jay sebagai teman duet lagu ini sememangnya pilihan yang tepat kerana paduan vokal mereka bersama telah berjaya menjadikan lagu ini hebat dan sedap didengar. Lagu ini juga merupakan lagu Nasyid paling popular tahun 2005.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



10. ASTAGHFIRULLAH
ARTIS :  Hafiz Hamidun
KOMPOSER : -
PENULIS LIRIK : -
ALBUM : Zikir Terapi Diri
TAHUN : Disember 2011
CATATAN :
Hafiz Hamidun adalah penyanyi solo Nasyid paling berjaya di Malaysia. Kejayaan Hafiz bermula dengan album Zikir Terapi Diri yang cukup laris di pasaran muzik tempatan sehingga berjaya terjual lebih 150,000 unit. Ekoran kejayaan album beliau itu, beliau pernah dijemput  membuat persembahan di luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, United Kingdom, China, Perancis, India, Arab Saudi, Australia, Mesir, Jordan, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Mauritius. Kejayaan Hafiz Hamidun di luar negara ini mengingatkan kepada kejayaan kumpulan Raihan di peringkat antarabangsa. Sebab itulah, Hafiz Hamidun turut tersenarai sebagai salah seorang Muslim Malaysia Paling Berpengaruh Di Dunia bagi kategori Seni & Budaya Islam. Lagu Astaghfirullah adalah lagu beliau paling berjaya dan mendapat tontonan yang sangat tinggi di YouTube iaitu lebih 6.9 juta tontonan (sehingga 22 Januari 2017).
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



Ada beberapa lagu berkonsepkan ketuhanan seperti lagu Alhamdullilah Too Phat, Wassini Waheeda, Al-Janaah Mawi dan Al Haq AC Mizal juga turut popular di kalangan peminat muzik Malaysia. Namun, lagu-lagu ini tidak tersenarai di atas kerana senarai di atas hanya fokus kepada penyanyi yang originaliti muziknya adalah irama Nasyid. 
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : YouTube Channel, Google Images, 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia, HafizHamidun
GALAKSI VIRAL - Sebuah asteroid sebesar bangunan Burj Khalifah,UAE akan bergerak melintasi Bumi pada tarikh 4 Februari 2018  ini. Asteroid ini diberi nama Asteroid 2002AJ129. Menurut NASA, walaupun jarak asteroid ini adalah 10 kali ganda antara jarak Bumi dan Bulan, namun, ia masih lagi berada di dalam parameter "berpotensi berbahaya". Jarak lintasan asteroid ini  ialah 4.2 juta kilometer dari Bumi. 

Menurut Ahli Sains Paul Chodas dari NASA berkata mereka sudah mengkaji asteroid ini selama lebih 14 tahun dan telah mengenal pasti laluan orbitnya nanti. Berdasarkan kajian mereka, asteroid ini tidak akan berpotensi merempuh Bumi untuk jangka masa ini dan juga untuk 100 tahun akan datang. Walaupun begitu, pihak NASA tetap mengambil langkah berjaga-jaga dan peka jika ada apa-apa perubahan mengenai pergerakan asteroid yang besar ini yang bakal melintasi Bumi pada awal bulan depan.

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : BusinessInsider, NASA, ASTRO AWANI, Google Image




GALAKSI VIRAL - Irama Rock sudah lama bertapak di negara Malaysia. Boleh dikatakan kumpulan Sweet Charity adalah perintis kepada permulaan irama Rock di Malaysia sejak hujung era 70 an lagi. Bermula pada pertengahan era 80 an, irama Rock mula menjadi salah satu irama paling popular di Malaysia ketika itu. Ianya disebabkan fenomena yang dicetuskan oleh kumpulan Rock yang baru muncul pada era itu iaitu kumpulan Search. Ramai kagum dengan muzik, lagu, vokal dan persembahan kumpulan Search yang mmg rock habis dan mantap sekali apabila mereka membuat persembahan di pentas. Album pertama kumpulan Search berjudul Cinta Buatan Malaysia telah diterbitkan pada tahun Julai 1985 dan album terbaru mereka pula berjudul Katharsis telah diterbitkan pada 22 November 2017. Setelah hampir lebih 33 tahun di dalam industri muzik tanahair ini, kumpulan Search selayaknya dinobatkan sebagai Kumpulan Rock No.1 Malaysia di atas kejayaan mereka yang merentasi muzik rock di dalam dan juga luar negara Malaysia. Kumpulan Search juga merupakan salah satu Artis Paling Berjaya Di Dalam Industri Muzik Malaysia Sepanjang Zaman. Oleh itu, mari kita lihat lagu-lagu kumpulan Search manakah paling popular sepanjang zaman di Malaysia.

TRIVIA 

Nama Ahli Kumpulan : Amy, Hillary, Man Kidal, Yazit, Kid, Nasir, Din. 
Tahun Aktif : 1981 - kini
Album Studio : 12
1985 - Cinta Buatan Malaysia
1986 - Langit Dan Bumi
1987 - Mentari Merah Di Ufuk Timur
1989 - Fenomena
1990 - Karisma
1992 - Rampage
1995 - Gema Di Timur Jauh
1996 - Rock N Roll Pie
1998 - Bikin Wilayah (Search & Awie)
1999 - Selepas Banjir
2006 - Gothik Malam Edan
2017 - Katharsis
Antara Pencapaian Utama :
1987 - ABP - Kumpulan Paling Popular
1989 - AJL - Juara Lagu & Persembahan Terbaik (Issabella)
1989 - ABP - Kumpulan Paling Popular
1996 - AIM - Album Terbaik, Album Rock Terbaik (Gema Di Timur Jauh)
1999 - AIM - Album Rock Terbaik (Bikin Wilayah - Search & Awie)
2007 - AIM - Album Hard Rock Terbaik (Gothik Malam Edan)
2008 - APM - Anugerah Khas
2012 - ABP - Anugerah Sepanjang Hayat


TOP 12 
LAGU
KUMPULAN SEARCH 
PALING POPULAR DI MALAYSIA


01. ISSABELLA
Komposer : Search
Penulis Lirik : Bob Lokman
Album : Fenomena
Tahun : 1989
Catatan :
Issabella adalah salah satu lagu Melayu paling popular di Alam Nusantara sepanjang zaman. Lagu ini  juga sangat popular di rantau Alam Melayu kerana muzik dan liriknya yang puitis. Lebih menarik lagi, lagu ini juga adalah Juara Anugerah Juara Lagu 1989 dan juga kumpulan Search juga merupakan Artis Paling Popular Tahun 1989.






02. FANTASIA BULAN MADU
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Mentari Merah Di Ufuk Timur
Tahun : Februari 1987
Catatan :
Lagu ini antara lagu kumpulan Search paling banyak dibawakan di dalam pertandingan nyanyian bukan sahaja di Malaysia malah juga di Indonesia. Lagu ini juga merupakan salah satu signature song kumpulan Search. Ianya juga turut popular di Hong Kong apabila ada penyanyi lelaki di sana bernama Danny Summer merakamkan semula lagu ini di dalam  dalam Bahasa Kantonis dan Bahasa Mandarin pula dirakamkan oleh Raja Pop Hong Kong Jackie Cheung. 




03. MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR
Komposer : Search
Penulis Lirik : Search
Album : Mentari Merah Di Ufuk Timur
Tahun : Februari 1987
Catatan :
Lagu ini juga adalah salah satu karya terbaik kumpulan Search. Melodi muzik dan lirik lagu yang sangat mendalam mengenai Hari Kiamat ini juga  pernah dinyanyikan semula dengan kumpulan Rabbani. 





04. NUR NILAM SARI 
bersama AWIE
Komposer : M.Nasir & Search
Penulis Lirik : Loloq
Album : Bikin Wilayah
Tahun : 1998
Catatan :
Lagu ini merupakan lagu nyanyian Awie bersama dengan kumpulan Search. Ianya sangat popular pada tahun 1998 dan merupakan salah satu lagu kumpulan Search paling lama berada di dalam Carta Muzik Muzik 1998/1999. 





05. FENOMENA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Usop
Album : Fenomena
Tahun : 1989
Catatan :
Lagu ini meneruskan kehebatan album Fenomena ini apabila turut mendapat perhatian luas di kalangan peminat seni tanahair. 





06. MENITI TITIAN USANG
Komposer : A.Rahim / M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Langit Dan Bumi
Tahun : Jun 1986
Catatan : 
 Lagu ini memang antara karya terbaik kumpulan Search kerana liriknya yang mempunyai maksud yang sangat mendalam dan ada unsur ketuhanan. Susunan muzik yang sangat bagus dan melodi lagu ini juga hebat.





07. ROZANA
Komposer : Search
Penulis Lirik : Search
Album : Langit Dan Bumi
Tahun : Jun 1986
Catatan :
Lagu Rozana sememangnya amat popular pada tahun 1986/87 dan pernah menjadi lagu tema filem Rozana Cinta 87 di mana pelakon utamanya ialah Bibiyana Layola dan Erma Fatima.





08. PAWANA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Fenomena
Tahun : 1989
Catatan :
Lagu ini antara lagu paling rock atau rancak daripada kumpulan Search yang masih menjadi perhatian peminat sehingga kini. Kalau anda mahu headbanging, lagi inilah jawapannya. 





09. PELESIT KOTA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Bakri Johari 
Album : Mentari Merah Di Ufuk Timur
Tahun : 1987
Catatan : 
Lagu ini adalah salah satu lagu Rock terbaik sepanjang zaman. Intro muzik, petikan gitar dan hentakan drum yang mantap lagi padu telah berjaya menjadikan lagu ini sangat hebat dan epik. Ditambah pula dengan lirik lagu yang mengutarakan isu sosial sudah cukup menjadikan lagu ini cukup pakej untuk diangkat sebagai salah satu lagu terbaik di Malaysia. 





10. SEROJA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Rock N Roll Pie 
Tahun : 1996
Catatan :
Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular tahun 1996. Lebih menarik lagi, lagu ini juga berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1997. 





11. TEGUH
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Bob
Album : Karisma
Tahun : 1990
Catatan :
Lagu ini muncul di saat lagu Issabella masih lagi popular di kalangan peminat seni hiburan tempatan. Walaupun begitu, lagu ini tetap popular dan menjadi lagu hits utama di dalam album ini. Muzik lagu ini lebih berat daripada lagu Issabella dan liriknya juga lebih mendalam.





12. LAILA NAMAMU TERATAS
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Cenderawasih
Album : Gema Di Timur Jauh
Tahun : 1995
Catatan :
Lagu Balada ini agak berbeza berbanding lagu Search yang lain kerana irama muziknya lebih kepada Pop Balada tetapi masih ada unsur Rock dalam lagu ini. Lagu ini adalah salah satu lagu yang sangat popular pada tahun 1995.



GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Klik Video Untuk Dengar Lagu 


Sumber : Youtube Channel, Google Image, MuzikRock.com, Search

(kemaskini 7 Jun 2025)


GALAKSI VIRAL - Siapakah pemenang Bintang Paling Popular tahun 2017 ?  Pasti ramai tertanya-tanya siapakah selebriti Malaysia yang cukup popular pada tahun lepas yang akan diingati dan dikenangi sebagai Bintang Paling Popular 2017. Sebelum itu, mari kita lihat calon-calonnya dahulu. 


BINTANG PALING POPULAR 2017


01. JANNA NICK
Catatan:
Tahun 2017 adalah tahun kemuncak kerjaya Janna Nick. Hujung tahun lepas drama Janna Nick paling banyak ditayangkan di hampir semua stesen TV Malaysia. Bayangkan setiap hari ada wajah Janna Nick di kaca TV.  Hari Isnin hingga Khamis - Drama Coffee Prince Astro Ria. Hari Jumaat  hingga Ahad - Drama Dia TV3. Kesemua drama Janna mendapat rating yang cukup tinggi. Terbaru, awal tahun 2018 Janna dipilih menjadi pengacara Melodi TV3 bersama Ajak Shiro. Janna juga cukup digemari oleh peminat generasi Y dan Z kerana karekter beliau yang jenis sempoi dan tidak kontrol ayu. Selain itu, Janna juga merupakan Ratu Drama TV Malaysia ketika ini. Lagu Janna Nick berjudul Akan Bercinta juga membuktikkan yang Janna Nick ada potensi besar untuk menjadi penghibur versatile yang hebat pada suatu hari nanti.




02. FATTAH AMIN
Catatan :
Fattah tetap menjadi Aktor No.1 Malaysia kerana dari awal tahun sampai hujung tahun, hampir setiap bulan ada cerita pasal Fattah Amin. Nama Fattah Amin sudah terukir sebagai Bintang Paling Popular 2016 dan ianya mungkin juga akan berulang lagi untuk tahun ini. Drama Hero Cinderella, Coffee Prince, Wanita Terakhir, 1234U, Buku 99 Kata-Kata #QalifModen, dan pastinya fenomena #Fattzura. Itu semua sudah cukup membuktikannya betapa bertuahnya Fattah Amin kerana sentiasa menjadi perhatian peminat dan disukai ramai.




03. NUR FAZURA
Catatan :
Nur Fazura yang juga Aktress No.1 Malaysia ketika ini merupakan antara artis paling top sepanjang tahun 2017. Drama beliau berjudul Hero Seorang Cinderella menjadi salah satu drama paling popular tahun 2017 dan filem lakonan terbaru beliau di Indonesia berjudul Ayat-Ayat Cinta 2 juga mencapai kutipan Box Office di sana. Lagu beliau berjudul Bisa Apa juga sangat popular dan laris di pasaran. 


04. NEELOFA
Neelofa adalah salah seorang tokoh selebriti yang sangat berjaya di dalam industri perniagaan. Nama beliau juga sudah menjadi satu jenama yang sangat popular dan menjadi ikon usahawan muda kepada belia remaja yang lain untuk berjaya sepertinya. Dalam industri hiburan, Neelofa tetap popular dengan rancangan hiburan Meletop dan drama Red Velvet.




05. KHAI BAHAR
Khai adalah Penyanyi No.1 Malaysia ketika ini. Beliau memenangi anugerah Artis Paling Popular APM 2017 dan Penyanyi Lelaki Paling ABP BH 2016. Lagu beliau berjudul Luluh adalah Juara Lagu Paling Hangat 2017 di Hot FM dan lagu Bayang pula adalah Lagu Paling Popular APM 2017. Tahun 2017 juga merupakan tahun kemuncak kejayaan Khai Bahar di dalam bidang nyanyian.




Jadi, siapakah yang patut menang Bintang Paling Popular 2017. Jawapannya ialah :


Ya. Janna Nick mempunyai peluang paling tinggi untuk menang Bintang Paling Popular tahun 2017.
Ianya kerana Janna merupakan artis generasi baru yang paling diminati oleh majoriti besar peminat seni hiburan ketika ini. Saingan utama beliau ialah Power Couple generasi baru iaitu Fattah Amin dan Nur Fazura. Betul atau tidak, sama-sama  kita tunggu Anugerah Bintang Popular nanti ya. 😍

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : Imej Google

GALAKSI VIRAL - Selepas The Rock memuji Malaysia di dalam laman instagram rasmi beliau, kini, paling terbaru, penyanyi Hollywood gred A iaitu Justin Timberlake pula menggunakan nama Kuala Lumpur Malaysia tahun 2028 sebagai intro awal  video muzik terbaru beliau berjudul Filthy.

                     

Video muzik ini baru saja ditontonkan di saluran Vevo rasmi Justin Timberlake pada 4 Januari 2018. Konsep video muzik ini sangat unik kerana menampilkan robot sebagai bintang utama di dalam video ini. Intro awal video muzik ini bermula dengan satu persidangan antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia tahun 2028. Kemudian, kelihatan Justin Timberlake mempersembahkan "syarahan" @ lagu beliau dengan memperkenalkan robot manusia di mana Justin mengawal pergerakan robot itu secara wireless. Macam-macam pergerakan robot itu lakukan sehingga para penonton rasa teruja melihatnya.

PAN-ASIAN DEEP LEARNING CONFERENCE
KUALA LUMPUR,  MALAYSIA
2018
Printscreen Video Muzik Terbaru Justin Timberlake 

Sangat jarang artis gred A Hollywood mahu menggunakan nama Malaysia di dalam video muzik mereka. Ini adalah kerana majoriti masyarakat antarabangsa lebih mengenali Thailand, Singapura dan Filipina berbanding Malaysia. Walaupun judul lagu ini Filthy, tapi intro awal yang menampilkan persidangan intelektual di Kuala Lumpur ini boleh dibanggakan juga. Industri robotik tempatan semakin menunjukkan perkembangan positif di Malaysia. Mungkin kehadiran robot di dalam video muzik ini memberikan gambaran awal yang Malaysia boleh menjadi hub utama pendidikan dan perkembangan industri robotik di rantau Asia Pasifik pada masa akan datang. Sama-samalah kita nantikan. Jom tonton video muzik terbaru Justin Timberlake di bawah. 

Video Muzik Terbaru Justin Timberlake
(Klik Untuk Menonton)


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Robot Justin Timberlake. 

Sumber : YouTube Channel


GALAKSI VIRAL -  Komik keluaran Malaysia pernah mencetuskan fenomena yang sangat hebat di kalangan pembaca komik tempatan kerana keunikan dan originaliti komik kartun itu sendiri. Ianya pernah mencapai zaman kemuncak bermula era 80 an sehingga awal 2000 an.


Sejarah permulaan majalah komik dan kartun Malaysia dikatakan bermula dengan penyiaran kartun komik di dua akhbar iaitu Warta Ahad (sekitar Mei 1936) dan Warta Jenaka (sekitar September 1936). Untuk era 1940 an pula, kebanyakan komik kartun boleh didapati di dalam akhbar Majlis. Antara majalah komik lama yang pernah mendapat tempat di hati peminat komik zaman dahulu ialah  seperti Majalah Komik Melayu 1953, Komik Kasturi 1955 dan banyak lagi. Yang menariknya, komik era ini  turut ditulis di dalam Bahasa Jawi selain daripada Bahasa Rumi yang kita gunakan sekarang.


Contoh Komik Dan Kartun Era 1950 an
Dari Kini Ke Kanan 
Majalah Komik Melayu 1953, Komik Kasturi 1955, Kelawak Hiburan Majalah Hiboran 1952
Kredit Gambar Kepada Blog Encik Rudimahmood


Itu adalah serba sedikit sejarah awal komik di Malaysia. Kini, mari kita lihat komik manakah yang pernah mencetuskan fenomena hebat di kalangan peminat komik tempatan dan tahun bilakah naskhah pertama komik ini diterbitkan di Malaysia. Susunan komik di bawah adalah mengikut tahun terbitan tahun pertama komik masing-masing. Gambar majalah yang ditampilkan juga adalah isu pertama untuk semua terbitan komik di bawah. Jom kita baca. 


KOMIK TEMPATAN 
PALING TERKENAL DI MALAYSIA 
SEPANJANG ZAMAN 

01. GILA - GILA
TAHUN PERTAMA DITERBITKAN : 01 April 1978
TAMAT : -  
KARTUNIS : Mishar, Jaafar Taib, Ujang, Rasyid Asmawi, Fatah Ngah, Cabai, Kerengge etc
CATATAN : 
Majalah komik paling lama bertahan di Malaysia dan jualannya pernah mencecah ratusan ribu naskhah ketika di era puncak kegemilangannya. Gila-Gila juga masih mempertahankan identiti komiknya yang tersendiri walaupun sudah melalui pelbagai era di sepanjang penerbitannya. 



02. GELIHATI
TAHUN PERTAMA  DITERBITKAN : 1978
TAMAT : 1998
KARTUNIS : Gayour, Nin, Dinie Jurie, Tok Perak etc
CATATAN :
Gelihati adalah saingan paling awal kepada majalah Gila-Gila. 



03. THE KAMPUNG BOY
TAHUN PERTAMA DITERBITKAN : 1979 
TAMAT : - 
KARTUNIS : Dato' Muhammad Nor bin Khalid / Lat
CATATAN :
The Kampung Boy adalah  komik novel grafik autobiografi paling terkenal di Malaysia. Ianya dilukis oleh Ikon Kartunis Negara iaitu Dato' Lat. 



04. UJANG
TAHUN PERTAMA DITERBITKAN : 01 Januari 1994
TAMAT : 05 Ogos 2015
KARTUNIS : Ujang, Petai, Kobis Bunga, Lengkuas, Ciku etc
CATATAN :
Majalah Ujang dikatakan majalah yang membawa satira generasi baru pertengahan 1990 an sehingga pernah mencetuskan fenomena tersendiri di dalam dunia industri komik Malaysia. Ianya merupakan saingan paling sengit kepada majalah Gila-Gila ketika itu. 



05. ANAK ANAK SIDEK
TAHUN PERTAMA DITERBITKAN : 1995
TAMAT : 2005
KARTUNIS : Kumpulan  Pelukis J.A.S SDN BHD
CATATAN :
Komik biografi jaguh badminton keluarga Haji Sidek ini  pernah menjadi perhatian ramai peminat komik kerana tema sukan yang ditampilkan di dalam komik ini beserta dengan jalan cerita yang unik.

06. RILEKS!
TAHUN PERTAMA DITERBITKAN : Mei 1997
TAMAT :  01 Julai 1998 (15 KELUARAN)
KARTUNIS : Uranus K.S, Pluto, Musytari, Mars etc
CATATAN :
Kehadiran majalah komik Rileks telah membawakan satu dimensi baru di dalam dunia komik Malaysia kerana menggunakan gaya persembahan majalah komik yang jauh ke depan dan sangat berbeza dengan gaya komik tempatan yang lain pada masa itu. Majalah ini juga kerap menampilkan wajah artis tempatan dalam versi kartun untuk penghias utama kulit majalah mereka ini. Antara artis gred A yang ditampilkan di muka depan majalah ini ialah KRU, Farra, Ziana Zain, Ning Baizura, Amy Search, Dato' Awie, Dato' Seri Siti Nurhaliza, A To Z, Camelia, Erra Fazira, Imuda, Amy Mastura, Fauziah Latiff, Slam dan Dato' M.Nasir. Ziana Zain merupakan artis paling banyak muncul menjadi penghias utama kulit majalah komik ini iaitu dua kali (edisi ketiga dan sebelas).


07. GEMPAK

TAHUN DITERBITKAN : Jun 1998
TAMAT : -
KARTUNIS : Nizam Bachok, Zint etc
CATATAN :
Majalah  Gempak adalah majalah komik paling popular era 2000 an dan mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada komik  Malaysia yang muncul selepasnya  di era 2000 an. 



08. APO ?

TAHUN PERTAMA DITERBITKAN : 01 Disember 1998
TAMAT : 05 Ogos 2015
KARTUNIS : Petai, Rambai, Cendol etc
CATATAN :
Majalah ini boleh dikatakan adik majalah kepada majalah Ujang. Majalah ini cukup popular dengan pelbagai cerita komik bersiri yang menarik seperti Bedtime Stories etc.



09. UTOPIA
TAHUN PERTAMA DITERBITKAN : November 2002
TAMAT : 15 Jun 2011 (isu 204)
KARTUNIS : Zint, Leong Wan Keok etc
CATATAN :
Majalah komik ini unik kerana kerap menampilkan artis dalam atau luar negara sebagai bintang utama kulit majalah ini. Ianya ibarat seperti Majalah Rileks versi baru walaupun tidak berkaitan antara satu sama lain.  

10. LAWAK KAMPUS
TAHUN PERTAMA DITERBITKAN : Julai 2004
TAMAT : -
KARTUNIS : Keith & Zelo
CATATAN :
Lawak Kampus adalah komik novel grafik paling popular di Malaysia ketika ini. Rasanya hampir semua budak sekolah dan universiti minat komik ini kerana komik ini sangat kelakar dan menghiburkan. 


Di zaman era digital ini, terdapat satu platform baru telah diwujudkan khusus untuk kartunis muda tempatan yang mahu kembangkan bakat mereka di dalam bidang penulisan komik tempatan di mana ia mungkin menjadi perjalanan pertama mereka sebagai bakal kartunis terkenal negara suatu hari nanti. Nama laman web itu ialah Matkomik. Matkomik menyediakan satu platform baru kepada kartunis amatur atau separa amatur yang mahukan karya mereka dipaparkan secara atas talian di lawan web mereka tanpa perlu fikirkan pasal jualan atau sekatan. Ianya boleh dibaca secara percuma  melalui  PC/Laptop atau menggunakan gajet masing-masing dengan muat turun apps Matkomik - Free Comic untuk menikmati kemudahan  percuma ini. Sangat menarik kan.



Selain itu, Malaysia juga sudah mempunyai sebuah tempat istimewa khusus untuk peminat komik dan kartun tempatan datang melihat pelbagai koleksi kartun komik yang  dikumpulkan di satu tempat iaitu di Rumah Kartun dan Komik Malaysia. Lokasi tempat ini ialah di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Tempat ini telah dibuka secara rasmi pada 01 April 2017 di mana pada tarikh ini  ianya diisytiharkan sebagai Hari Kartunis Malaysia. 

Rumah Kartun & Komik Malaysia


Kesimpulannya, apa yang boleh GV katakan ialah marilah kita sokong industri komik Malaysia kerana kualiti komik Malaysia adalah sehebat dan setanding komik luar negara juga. Mungkin komik Lawak Kampus boleh jadi sepopular manga Naruto, Dragon Ball, Doraemon atau One Piece jika diberi peluang sehingga ke peringkat antarabangsa. Komik Malaysia kita sememangnya sangat berkualiti dan berbaloi untuk dimiliki. Majulah industri komik untuk negara.



GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Link ke Laman Web Matkomik >>> www.matkomik.com

Sumber : rudimahmood.com, Utusan, TheMalayMail, MSTAR, MatKomik, Azhan.Co, Imej Google, Rumah Kartun dan Komik Malaysia, MajalahRileks97, Apo 1998, Cover Majalah Rileks



GALAKSI VIRAL - Mee segera di Malaysia sudah menjadi salah satu makanan paling penting di kalangan penduduk tempatan. Antara jenama mee segera yang cukup popular di Malaysia ialah Maggi, Mamee, Cintan, Adabi dan banyak lagi.

                             

SEJARAH MEE SEGERA 

Mee segera mula diperkenalkan di Jepun oleh Momofuku Ando melalui syarikat miliknya iaitu Nissin Food Product Co.. Beliau mula mendapat idea mencipta mee segera selepas melihat ramai orang beratur hendak membeli mi ramen segar dari sebuah gerai pasaran gelap akibat kekurangan makanan selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Antara produk awal yang dikeluarkan ialah Chicken Ramen pada tahun 1958 dan Cup Noodle pada tahun 1971. Pada tahun 2005, Ando telah mempromosikan Cup Noodle yang boleh dinikmati oleh angkasawan dalam kapal angkasa Discovery. Walau bagaimanapun, beliau telah meninggal dunia pada 7 Januari 2017 dan meninggalkan legasinya kepada ahli keluarganya yang lain untuk meneruskan warisan mee segera beliau yang cukup popular di seluruh dunia itu.

MEE SEGERA MALAYSIA TERBAIK DI DUNIA 

Jika anda selalu baca review makanan mee segera seluruh dunia, pastinya anda akan mengenali seorang pengkritik makanan mee segera yang sangat popular iaitu Hans Lienesh. Nama lain bagi beliau ialah The Godfather of Ramen kerana ilmu pengetahuan  beliau cukup meluas mengenai industri makanan mee segera ini di peringkat dunia. Beliau berasal daripada Amerika Syarikat dan sudah mula makan mee segera sejak kecil lagi. Boleh dikatakan sudah merasai hampir semua mee segera di seluruh dunia ini. Beliau juga akan memberikan ulasan setiap ramen atau mee segera beliau makan samada sedap atau sebaliknya. Yang bagusnya mee segera Malaysia antara makanan yang kerap dipuji oleh beliau dan telah menamakan empat mee segera Malaysia berada di dalam senarai mee segera paling terbaik sepanjang masa. Oleh itu, mari kita lihat mee apakah yang berada di dalam Carta  10 Mee Segera Terbaik Sepanjang Masa Edisi Tahun 2017 seperti yang telah disenaraikan oleh beliau di bawah. 


MEE SEGERA 
PALING SEDAP 
DI DUNIA EDISI 2017



01. SINGAPURA
PRIMA TASTE SINGAPORE LAKSA WHOLEGRAIN LA MIAN
CATATAN :
Makanan mee segera Singapura sebenarnya tidak banyak bezanya dengan Malaysia kerana kita berkongsi budaya yang sama. Beliau memuji Laksa Singapura ini kerana meenya yang padu, kental dan kuah laksa yang sangat lazat. 




02. MALAYSIA
MY KUALI PENANG SPICY PRAWN SOUP NOODLE 
CATATAN :
Mee Udang segera  pedas buatan Malaysia ini pastinya menggamit perasaan selera yang tidak terhingga kepada sesiapa sahaja menikmatinya. 



03. SINGAPURA
NISSIN STRAITS KITCHEN / STRAITS REBORN LAKSA
CATATAN :
Satu lagi produk Laksa Singapura yang sedap di makan.



04. MALAYSIA
CARJEN CURRY LAKSA 
CATATAN :
Kari Laksa Nyonya mmg terbaik dengan kuahnya yang super duppa lazat dan terasa keenakannya.



05. MALAYSIA
MYKUALI PENANG RED TOM YUM GOONG NOODLE
CATATAN :
Mee segera Tomyam ini adalah Juara Mee Segera Terbaik Edisi 2015.
Ianya tersenarai mungkin kerana rasa kuah tomyamnya yang ada umpphhh dan keasliannya rasanya yang tiada tandingan.



 06. SINGAPURA
PRIMA TASTE SINGAPORE CURRY WHOLEGRAIN LA MIAN
CATATAN :
Mee segera kari daripada Singapura. 




 07. MALAYSIA
NYOR NYAR PENANG WHITE CURRY INSTANT NOODLE
Mee segera kari Malaysia turut tersenarai mungkin kerana rasa rencah karinya yang sedap dan lazat.




 08. HONG KONG
NISSIN DEMAE RAMEN STRAIGHT NOODLE BLACK GARLIC OIL TONKOTSU FLAVOUR INSTANT NOODLE 
CATATAN : 
Mee segera Hong Kong mempunyai nama yang sangat panjang. Mungkin kerana terdapat pelbagai perisa di dalam satu peket mee segera. 




 09. TAIWAN
 XIAO BAN MIAN SHALLOT & SCALLION OIL NOODLE
CATATAN : 
Mee segera Taiwan ini kelihatan seperti Mee Tarik Asli je kan. 




 10. KOREA SELATAN 
PALDO BUDAE JIGAE RAMYUN
CATATAN : 
Mee segera Korea Selatan meriah  dengan pelbagai rasa dengan hot dog, keju, makaroni, kekacang, pork dan sup tradisi mereka.


Yang menariknya, tiada satu pun mee segera Jepun tersenarai di dalam carta Mee Segera Terbaik Sepanjang Masa. Rasanya mee Jepun tidak tersenarai mungkin kerana faktor perisa atau perasa mee itu sendiri. Dengan senarai ini, jelaslah mee segera Malaysia paling banyak digemari dan diakui terbaik di kalangan penggemar mee segera dunia. Rasanya salah satu faktor kenapa mee segera Malaysia dan Singapura menjadi kegemaran ramai ialah kerana perencah mee kita yang lebih variasi dan lebih rasa rempahnya yang padu. Lagipun negara kita berada di tengah pertembungan antara negara Barat & Timur. Jadi perisa dan resepi makanan di Malaysia akan terpengaruh dan terevolusi sendiri dengan percampuran budaya makan Timur dan Barat ini. Disebabkan itulah wujudnya pelbagai konsep makanan yang variasi seperti mee segera sendiri dan banyak lagi. 

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : theramenrater.com, Pencipta Mee Segera, Imej Google
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Jumlah Peminat GALAKSIVIRAL

❤️💕❤️💕❤️💕❤️

CARTA TOPIK POPULAR

  • TAFSIR MIMPI GAJAH
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1990 DI MALAYSIA
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1980 DI MALAYSIA
  • SPRING : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • WINGS : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2000 DI MALAYSIA
  • AWIE : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • JUARA CARTA MUZIK MUZIK PALING LAMA NO.1
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2010 DI MALAYSIA
  • ALBUM MALAYSIA PALING LARIS SEPANJANG MASA

Infotainment 1

  • INFO ALBUM
  • INFO LEGENDA MUZIK
  • INFO MUZIK
  • INFO PENYANYI MALAYSIA
  • KOLEKSI LAGU ZIANA ZAIN
  • LAGU ERA 1980 AN
  • LAGU ERA 1990 AN
  • LAGU ERA 2000 AN
  • LAGU ERA 2010 AN
  • LAGU ERA 2020 AN

Infotainment 2

  • INFO ANIME
  • INFO FILEM
  • INFO MAKAN
  • INFO MELETOP
  • INFO NEGARA
  • INFO PLANET
  • INFO SIHAT
  • INFO TV

Arkib GalaksiViral

  • Feb 201716
  • Mac 20176
  • Apr 201713
  • Mei 20174
  • Jul 2017106
  • Ogo 201747
  • Sep 20171
  • Okt 20173
  • Nov 201749
  • Dis 201732
  • Jan 201811
  • Feb 201823
  • Okt 20191
  • Nov 20195
  • Jan 20201
  • Mei 20202
  • Jun 20203
  • Jul 20208
  • Ogo 202025
  • Sep 20208
  • Okt 20201
  • Mac 202115
  • Apr 20215
  • Jul 20221
  • Dis 20221
  • Nov 20231
  • Jan 20241
  • Apr 20244
  • Mei 202411
  • Jul 20241
  • Mei 20256
  • Ogo 20252
  • Sep 20251
  • Nov 20254
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
Blogged.my

Created By galaksiviral May 2017 - 2026 / Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes