Saturday, April 27, 2024

TAFSIR MIMPI GAJAH

GALAKSI VIRAL - Mimpi adalah suatu perkara yang sangat misteri di dalam kehidupan manusia. Kajian mengenai mimpi telah dilakukan sejak berzaman-zaman lamanya oleh cendekiawan purba dan juga masa kini. Apa yang dimaksudkan dengan mimpi ? Dalam bahasa mudahnya mimpi adalah suatu pengalaman bawah sedar yang melibatkan pelbagai deria manusia ketika tidur. Ada tamadun purba terdahulu mengaitkan mimpi sebagai ramalan masa depan atau juga peristiwa dejavu di dalam kehidupan. Ia bersifat subjektif kerana perkara mimpi ini lazimnya kerap dikaitkan dengan budaya, agama dan sosial sesebuah masyarakat itu. Walaupun begitu, terdapat beberapa mimpi yang biasa kita dengar daripada pelbagai bangsa seluruh dunia iaitu mimpi GAJAH. Apakah yang dimaksudkan dengan mimpi gajah ? 


Antara tafsir mimpi jika kita mimpi gajah ialah :

1. Mimpi melihat gajah bermakna akan bertemu seseorang yang bantu kamu ke arah kejayaan

2. Mimpi melihat anak gajah bermakna berada dalam keadaan bahagia dan murah rezeki

3. Mimpi gajah berlari bermakna mempunyai pertanyaan berkenaan perkara yang kita pendam atau inginkan

4. Mimpi melihat gajah banyak bermakna akan dikelilingi dengan orang-orang yang berjaya

5. Mimpi melihat gajah raksasa bermakna hal baik akan berlaku di dalam kehidupan

6. Mimpi dikejar gajah bermakna segala usaha penat lelah akan membuahkan hasil

7. Mimpi naik gajah bermakna impian akan tercapai

8. Mimpi melihat gajah tidur bermakna akan membuktikan diri adalah sangat berharga di tempat kerja


Ini hanyalah antara rangkuman informasi yang diperolehi berkenaan tafsiran mimpi berkaitan gajah. Terpulang pada diri masing-masing mahu percaya atau tidak. Sekadar menambah informasi yang untuk makluman bersama. Selamat membaca.

Sumber :

Tafsir Mimpi1

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom












No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.