GALAKSIVIRAL
  • Home
  • Info Muzik
  • Info Makan
  • Info Meletop
  • About Us
  • Sign In

GALAKSI VIRAL - Raja Rock Malaysia/Singapura atau Papa Rock Malaysia/Singapura ini adalah perintis kepada penyanyi solo Rock di Malaysia yang lain untuk berjaya  seperti Rahim Maarof, Ella, Dato' Hattan, Nash, Amy Search dan Dato' Awie. Beliau adalah Ikon Muzik dan Legenda Muzik Nusantara yang tiada tolok bandingannya. Selain album Rock, beliau juga pernah menerbitkan album di dalam genre muzik yang lain seperti album Syair Timur (World Music) dan Kalam Kesturi (Pop Etnik). Malah, beliau juga pernah berduet dengan kumpulan Rock Hip Hop Malaysia iaitu Pop Shuvit untuk lagu Slip Away/Masih Ada Cahaya pada tahun 2003. Ini jelas beliau adalah penyanyi versatile dan penghibur yang berbakat besar.  

BIODATA RINGKAS RAMLI SARIP

Nama  Penuh : Ramli bin Sarip
Tarikh Lahir : 15 Oktober 1952
Umur : 67 tahun
Tempat Lahir : Singapura
Tahun Aktif : 1964 - kini
Album Studio : 8
1985 - Ramli Sarip
1986 - Bukan Kerana Nama
1987 - Perjalanan Hidup
1988 - Istilah
1989 - Warisan
1991 - Rentak Hidup
1997 - Syair Timur
2002 - Kalam Kesturi
Lain-Lain Album
1989 - Seni Dan Suara
1990 - Ihsan (Khadijah Ibrahim)
1991 - Fanatisme  (Lefthanded)
1992 - Lagu Zaman (Khadijah Ibrahim, SM Salim, Rosiah Chik)
1994 - Ziarah Seni
1998 - Alive
Antara Pencapaian Utama :
2006 - AF - Pengetua
2013 - Melaka - Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) (Kehormat) - Datuk
2018 - Asia Pacific Brand Foundation - The Brandlaurette Brand Icon Leadership Award 



RAMLI SARIP : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. JIKALAU BERKASIH
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Ramli Sarip 
Tahun : 1985
Catatan : Lagu ini adalah lagu pertama yang menjenamakan semula nama Datuk Ramli Sarip sebagai penyanyi solo Rock dan bukannya lagi penyanyi utama kumpulan Sweet Charity. Lagu ini sangat popular pada tahu 1985 dan album beliau mendapat maklum balas positif daripada peminat seni tempatan.

Video Lagu Jikalau Berkasih


02. PANAH BERACUN
Komposer : Suhaimie Roa
Penulis Lirik : Suhaimie Roa 
Album : Ramli Sarip
Tahun : 1985
Catatan : Lagu  Rock ini di antara salah satu lagu Rock paling popular tahun 1985. Lagu ini juga kerap di bawakan oleh Datuk Ramli Sarip di dalam kebanyakan konsert beliau. 

Video Lagu Panah Beracun


03. BUKAN KERANA NAMA feat A.ROMZI
Komposer : Bakri Johari
Penulis Lirik : Bakri Johari 
Album : Bukan Kerana Nama
Tahun : 1986
Catatan : Lagu ini adalah antara lagu mega hits daripada projek album solo Datuk Ramli Sarip. Lagu yang dinyanyikan secara duet dengan penyanyi era 1960 an ini dipuji kerana kehebatan lirik lagunya yang sangat bagus dan melodi lagunya yang berkualiti tinggi. Lagu ini adalah di antara lagu paling popular dan terbaik di era 1980 an. 

Video Lagu Bukan Kerana Nama


04. KAU YANG SATU
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : OST Tsu Feh Sofiah 
Tahun : 1986
Catatan : Lagu ini adalah lagu tema filem Tsu Feh Sofiah. Lagu yang berlirikkan tema ketuhanan ini sangat popular pada tahun itu dan antara karya terbaik pernah diterbitkan di Malaysia pada era 1980 an.

Video Lagu Kau Yang Satu


05. KU MILIKI BAYANGANMU

Komposer : Noorshah M Salleh Khan
Penulis Lirik : Noorshah M Salleh Khan
Album : Perjalanan Hidup 
Tahun : 1987
Catatan : Lagu ini adalah lagu kolaborasi pertama di antara Datuk Ramli Sarip dan Dato' Khadijah di dalam satu lagu. Kejayaan lagu ini telah membawa mereka untuk meneruskan projek duet ini di dalam album Khadijah Ibrahim pada tahun 1988 dan lahirlah lagu fenomena hebat berjudul Doa Buat  Kekasih. 


Video Lagu Ku Miliki Bayanganmu 


06. ISTILAH BERCINTA 
Komposer : Ramli Sarip 
Penulis Lirik : N.Nizar
Album : Aku
Tahun : 1988
Catatan : Lagu Slow Rock ini sememangnya antara karya terbaik daripada Datuk Ramli Sarip. Jika lagu ini didengar di waktu malam, pasti kita akan berasa diri di bawa ke era muzik 1980 an. Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular tahun 1988. 

Video Lagu Istilah Cinta


07. DOA BUAT KEKASIH feat KHADIJAH IBRAHIM
Komposer : Jay Jay 
Penulis Lirik : Jay Jay 
Album : 88 Khadijah Ibrahim
Tahun : 1988
Catatan : Tahun 1988 adalah tahun kebangkitan lagu duet mega hits paling popular untuk era 1980 an. Pada tahun ini terdapat tiga lagu duet mega hits diterbitkan iaitu lagu Kita Insan Biasa (Dayangku Intan & Jay Jay), Kehebatan Cinta (Francisca Peter & Jamal Abdillah) dan Doa Buat Kekasih (Ramli Sarip & Khadijah Ibrahim). Intro lagu ini yang seakan lagu Bollywood dan pengaruh muzik Pop Melayu yang kuat di dalam lagu ini menjadikannya ia disukai ramai dan muncul sebagai salah satu lagu duet paling berjaya sepanjang zaman di Malaysia. Lagu duet ini adalah lagu duet kedua daripada mereka berdua. 




08. SENANDUNG HIDUP BERBUDI feat JAY JAY
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : Bob
Album : Ihsan bersama Khadijah Ibrahim
Tahun : 1990
Catatan : Lagu irama Tradisional ini sangat popular kerana mengabungkan dua nama besar dalam industri hiburan tempatan iaitu Datuk Ramli Sarip dan Jay Jay. Keserasian vokal di dalam lagu ini menjadikan lagu Tradisional ini sangat istimewa dan disukai ramai. 

Video Lagu Senandung Hidup Berbudi


09. LAGU ZAMAN feat SM SALIM 
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : Bob 
Album : Lagu Zaman 
Tahun : 1992
Catatan : Apabila Raja Rock bergabung dengan Raja Irama Malaysia di dalam satu lagu, hasilnya pasti kababooom. Inilah yang terjadi apabila lagu berjudul Lagu Zaman berjaya menjadi salah satu lagu irama Tradisional yang sangat popular di awal era 1990 an dan diminati ramai. Kolaborasi vokal yang serasi di antara mereka berdua telah menunjukkan betapa hebatnya bakat dan kredibiliti mereka di dalam melagukan lagu irama sebegini. 

Video Lagu Zaman


10. TEMASYA DESA GEMALAI 
Komposer : Khair Yasin
Penulis Lirik : Khair Yasin
Album : Rentak Hidup 
Tahun : 1991
Catatan : Awal era 1990 an sememangnya amat cukup terkenal dengan kebangkitan irama Nusantara dan Tradisional Fusion di mana perintisnya ialah Dato' M.Nasir, Sheqal dan Datuk Ramli Sarip sendiri. Contohnya seperti lagu Temasya Desa Gemalai ini di mana ianya adalah gabungan irama Tradisional yang ada elemen irama lagu etnik Jawa dan ianya dinyanyikan dalam gaya Rock. Ternyata eksperimen  lagu ini berjaya apabila ianya menjadi sangat popular dan diminati ramai.

Video Lagu Temasya Desa Gemalai


11. SYAIR LAILA MAJNUN
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : Loloq
Album : Syair Timur
Tahun : 1997
Catatan : Lagu yang berentak World Music ini adalah lagu yang sangat berat dari segi muziknya  dan juga lirik lagunya. Rasanya album ini adalah album paling kompleks dan berat daripada Datuk Ramli Sarip dari sudut pengisiannya yang banyak menjurus ke arah ilmu ketuhanan  dan pengajaran. Malah lagu Syair Laila Majnun adalah salah satu lagu yang sukar dinyanyikan oleh penyanyi lain kerana memerlukan stamina vokal yang mantap dan jitu.

Video Lagu Syair Laila Majnun 


12.  NYANYIAN SERAMBI
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : Ramli Sarip
Album :  Kalam Kesturi
Tahun : 2002
Catatan : Lagu berrentak Irama Malaysia ini sangat mendamaikan dan merupakan antara lagu Irama Malaysia terbaik pernah diterbitkan. Album ini pernah dicalonkan di dalam kategori Album Pop Etnik di Anugerah Industri Muzik 2003. 

Video Lagu Nyanyian Serambi

Album Studio Ramli Sarip


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.com/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel, jambubatu.online

GALAKSI VIRAL - Kumpulan Wings adalah salah satu daripada The Big Three Rockers Group of 1980's selain kumpulan Search dan Lefthanded. Dengan jualan album keseluruhan mereka yang melebihi 1.3 juta unit, ianya sudah cukup membuktikan betapa kuatnya pengaruh mereka di dalam industri muzik tempatan. Malah, lebih menarik lagi apabila sehingga kini, kumpulan Wings masih mampu bersaing hebat dengan artis generasi baru dan ianya sudah dibuktikan apabila mereka memenangi ABP 2016 untuk Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Paling Popular selepas hampir 30 tahun berada dalam industri muzik tanahair. Selain itu, kumpulan ini juga merupakan salah sebuah kumpulan muzik paling berjaya dan Ikon Muzik bertaraf legenda di Malaysia. 




BIODATA RINGKAS KUMPULAN WINGS

Nama Ahli Kumpulan : Awie, Syam, Edrie, Eddie, Black, Joe, Mel, Mus, Jojet
Tahun Aktif : 1985 - kini
Album Studio : 11
1987 - Belenggu Irama (180,000 unit)
1988 - Hukum Karma (180,00 unit)
1990 - Teori Domino (200,000 unit)
1991 - Jerangkung Dalam Almari (200,000 unit)
1993 - Bazooka Penaka (200,000 unit)
1995 - Orang Asing (158,000 unit)
1996 - Biru Mata Hitamku (126,000 unit)
1998 - Mencari Asal Usul (100,000 unit)
2000 - Mr Barbarik (20,000 unit)
2002 - Naga Keramat (50,000 unit)
2014 - Menakluk Kosmos (15,000 unit)
Lain-Lain Album
1992 - Best of Wings (200,000 unit)
1992 - Double Trouble (100,000 unit)
1994 - Wings & Superfriends Opera Kenangan 1 & 2 
1996 - Puisi Aidilfitri
1998 - Double Trouble 2
1999 - Best of Wings 2 
Antara Pencapaian Utama :
1988 - Anugerah Musik Singapura - Kumpulan Rock, Penyanyi Lelaki, Pemain Dram, Lagu Rock dan Lagu Slow Rock Terbaik
1989 - AJL - Finalis Akhir (Taman Rashidah Utama/ Misteri Mimpi Syakila)
1990 - AJL - Tempat Ketiga & Persembahan Terbaik (Sejati)
1994 - AIM - Rakaman Album Terbaik (Bazooka Penaka)
1997 - AIM - Kulit Album Terbaik (Biru Mata Hitamku)
2014 - APM - Anugerah Khas APM
2016 - ABP - Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Paling Popular



WINGS : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. INTANKU KESEPIAN 
Komposer : M.Nasir 
Penulis Lirik : Bob Lokman
Album : Belenggu Irama 
Tahun : 1987
Catatan : Lagu ini adalah lagu pertama yang paling popular di kalangan peminat muzik arus perdana pada ketika itu. Kelainan vokal Dato' Awie dan kehebatan pemain muzik di dalam kumpulan ini memberikan satu petanda yang mereka bakal meletop di dalam industri hiburan ini. 



02. PERONDA JAKET BIRU
Komposer : Usop
Penulis Lirik : Usop
Album : Belenggu Irama
Tahun : 1987
Catatan : Lagu Rock ini adalah salah satu lagu Rock paling popular untuk era 1980's. Muziknya yang rancak dan lirik lagu Na Na Na Na menjadikan lagu ini sangat enjoy dan sangat sesuai dinyanyikan di sesebuah konsert atau anugerah majlis hiburan. Lagu ini antara lagu Rock Kapak yang malar segar sehingga kini.
  


03. TAMAN RASYIDAH UTAMA 
Komposer : Bob Lokman
Penulis Lirik : Bob Lokman
Album : Hukum Karma
Tahun : 1988
Catatan : Lagu ini adalah lagu yang membawakan nama kumpulan Wings ke status kumpulan muzik gred A  di Malaysia kerana kualiti lagu dan persembahan bakat luarbiasa mereka di dalam mempersembahkan lagu ini secara langsung di atas pentas. Lagu ini yang dimulakan intro guruh dan hujan menjadikan ianya satu lagu unik pada tahun itu dan juga merupakan salah satu lagu Rock Balada paling popular sepanjang zaman di Malaysia. 



04. MISTERI MIMPI SYAKILA
Komposer : J.S Kevin
Penulis Lirik : J.S Kevin
Album : Hukum Karma 
Tahun : 1988
Catatan : Lagu megahits ini meneruskan kehebatan dan populariti tahap tertinggi untuk kumpulan Wings di era 1980 an selepas meletop dengan lagu Taman Rasyidah Utama. Pada tahun ini boleh dikatakan kumpulan Wings adalah kumpulan paling popular tahun 1988 di Malaysia.



05. OPERA HIDUP
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Nasir Jani
Album : Hukum Karma
Tahun : 1988
Catatan : Lagu ini salah satu lagu Rock paling popular dan dikenali hampir semua peminat seni hiburan tempatan. Permainan muzik yang energetik dan power menjadikannya  lagu ini antara lagu yang kerap dimainkan di mana-mana konsert mereka bagi menaikkan mood peminat agar sama-sama head banging dan enjoy.



06. SEJATI 
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir 
Album : Teori Domino
Tahun : 1990
Catatan : Siapa dapat melupakan kemantapan vokal hebat Dato' Awie dalam menyanyikan lagu bernada tinggi ini di dalam pertandingan Akhir AJL tahun 1990. Semua terkesima dan kagum permainan muzik secara langsung yang kemas dan vokal emas Dato' Awie seperti di dalam kaset.  Hasilnya mereka telah memenangi Persembahan Terbaik dan Tempat Ketiga AJL pada tahun itu. Yang uniknya intro lagu ini ada unsur muzik tradisional di mana ia mencerminkan era muzik awal 1990 an yang banyak lagunya digabungkan dengan unsur muzik tradisional bagi menghasilkan sesuatu yang baru di dalam industri muzik ketika itu. Rasanya jika Dato' Awie menyanyikan lagu Gemilang Jaclyn Victor pada tahun itu pasti semua terkejut dengan nada tinggi superb Dato' Awie itu. Selain itu, perkataan Sejati juga seolah-olah sangat sinonim dengan kumpulan ini kerana fenomena hebat lagu ini yang masih kekal popular sehingga kini. 




07. AKU PUN TAHU 
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Nasir Jani 
Album : Jerangkung Dalam Almari 
Tahun : 1991
Catatan : Lagu ini adalah lagu Balada Rock di dalam album Hard Rock paling dark pernah diterbitkan oleh kumpulan ini. Dengar judul albumnya sahaja cukup mengambarkan bagaimanakah bentuk lagu di dalam album ini. Lagu Aku Pun Tahu adalah satu-satunya lagu yang paling popular dan dikenali oleh peminat arus perdana kerana lagunya lebih ringan berbanding lagu lain yang lebih keras. Walaupun begitu, paduan petikan gitaris terbaik Malaysia Joe dan Black di awal lagu serta hentakan drum di sepanjang lagu ini tetap mantap dan hebat. 




08. BERNAFAS DALAM LUMPUR
Komposer : Wings 
Penulis Lirik : Wings
Album : Bazooka Penaka
Tahun : 1993
Catatan : Lagu ini adalah lagu sing-along paling popular dan disukai ramai peminat muzik hiburan tempatan daripada kumpulan ini kerana lagunya yang catchy dan lirik lagunya yang mudah dihafal oleh peminat. Malah, lagu ini sangat popular pada tahun 1993 dan antara lagu paling popular era 1990 an.



09. DI AMBANG WATI
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Nurbisa
Album : Bazooka Penaka
Tahun : 1993
Catatan : Lagu ini antara lagu Balada Rock paling popular daripada kumpulan ini dan ianya selalu dikaitkan dengan filem box office Sembilu. Tambahan pula memang ada watak filem ini yang bernama Wati yang dilakonkan oleh Primadona Malaysia Alaf Baru Erra Fazira. 



10. LENA DIULIT INTAN
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Orang Asing
Tahun : 1995
Catatan : Satu pembaharuan yang cukup ketara daripada kumpulan Wings apabila muncul dengan tiga elemen baru di dalam lagu ini iaitu lagu berentak Rock Retro, penyanyi baru Wings iaitu Mel dan lagu ciptaan komposer Saari Amri. Formula ini juga telah berjaya apabila album ini meletop di pasaran dan mempunyai dua killer hits untuk album ini iaitu lagu Lena Di Ulit Intan dan lagu Semalam Yang Hangat. 



11. BIRU MATA HITAMKU
Komposer : Andi Rahman
Penulis Lirik : Loloq
Album : Biru Mata Hitamku
Tahun : 1996
Catatan : Sekali lagi peminat muzik hiburan terkejut dengan penerbitan lagu dan album ini kerana muziknya yang sangat segar dan penampilan Mus May sebagai vokalis kumpulan ini. Lagu ini sangat cepat popular di radio tempatan dan antara lagu paling popular di era 1990 an. Jangan terkejut jika Ratu Dangdut Amelina sendiri pernah menyanyikan lagu ini secara langsung beberapa tahun lepas di persembahan pentas. Ini secara tidak langsung menunjukkan betapa popularnya lagu ini kerana ianya bukan sahaja diminati peminat muzik Rock, malah peminat muzik genre lain  juga turut meminati lagu ini.



12. INGATKAN DIA 
Komposer : Amir 
Penulis Lirik : Najah 
Album : Menakluk Kosmos
Tahun : 2014
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu paling popular tahun 2015/2016. Ianya kerap dimainkan di stesen radio tempatan dan turut diminati oleh peminat muzik generasi baru. Malah, melalui populariti lagu ini juga mereka telah berjaya memenangi anugerah Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan di Anugerah Bintang Popular 2016 dengan mengalahkan artis generasi baru yang lain. Hebat kan. 


Video Lagu Paling Popular Kumpulan Wings
credit to galaksiviral Youtube Channel

Album Studio Kumpulan Wings


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel






GALAKSI VIRAL - Raja Rock Malaysia iaitu Amy Search adalah salah seorang Ikon Muzik/Fesyen dan Legenda Muzik Tanahair yang sangat popular dan dikagumi ramai. Kerjaya beliau sebagai penyanyi solo sangat berjaya apabila berjaya memenangi anugerah utama industri muzik iaitu seperti Anugerah Bintang Popular dan Anugerah Industri Muzik. Beliau juga merupakan satu-satunya Rockstar Malaysia yang paling stailo dan berani bergaya fesyen di luar kotak. Beliau menjadikan dua seni berbeza iaitu muzik dan fesyen sebagai satu jenama beliau sebagai penghibur hebat di Malaysia. 

Muzik Rock yang dibawakannya juga jauh berbeza dengan Raja Rock yang lain seperti Datuk Ramli Sarip, Dato' Nash, Dato' Awie dan Dato' Hattan, Boleh dikatakan beliau ialah seperti ibarat Faizal Tahir era 1990 an dan Faizal Tahir pula adalah Amy Search era 2000 an. Ini adalah kerana kedua-duanya mempunyai satu persamaan iaitu membawakan muzik Rock moden yang jauh ke depan dan terkini. 

BIODATA RINGKAS AMY SEARCH

Nama  Penuh : Suhaimi bin Abdul Rahman
Tarikh Lahir : 28 Julai 1958
Umur : 62 tahun
Tempat Lahir : Johor
Tahun Aktif : 1981 - kini
Album Studio : 4
1994 - Magic
1997 - Camouflage
1999 - Aku
2000 - Suatu Masa
Lain-Lain Album
2006 - IKON A Rockstar Chronicle
Antara Pencapaian Utama :
1995 - AIM - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Magic)
1998 - AIM - Album Rock Terbaik (Camouflage)
1998/1999 - ABP - Penyanyi Lelaki Popular 
2000 - AIM - Album Rock Terbaik (Aku)
2001 - AIM - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Suatu Masa)
2006 - Mentor - Juara 
2011 - AF9 - Pengetua 



AMY SEARCH : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. SAATKU IDAMKAN 
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Magic
Tahun : 1994
Catatan : Lagu ini adalah lagu pertama yang memperkenalkan Amy Search sebagai penyanyi solo rock ternama negara. Ternyata ianya berjaya apabila lagu ini meletop di pasaran dan sangat popular pada tahun 1994. Satu lagi kelebihan lagu ini ialah ianya mengingatkan kita kepada pemuzik Rock antarabangsa yang popular pada ketika itu seperti kumpulan Spin Doctors, Soul Asylum dan Bon Jovi. Ini menunjukkan lagu ini adalah bertaraf antarbangsa kerana muziknya yang sangat terkini pada ketika itu dan menepati peredaran zaman semasa. 

Video Lagu Saatku Idamkan


02. AKU DAH BOSAN
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Keon
Album : Magic 
Tahun : 1994
Catatan : Lagu Rock Raggae ini benar-benar mencerminkan fenomena muzik Rock antarabangsa yang popular tahun 1994. Lagu ini benar-benar unik dan mantap. Boleh dikatakan lagu ini adalah lagu Rock terbaik 1994. 

Video Lagu Aku Dah Bosan 


03. KERJA GILA
Komposer : Amy (M.Nasir)
Penulis Lirik : Loloq
Album : Camouflage
Tahun : 1997
Catatan : Lagu ini adalah lagu solo Rock paling popular daripada Amy Search. Lagu ini  mempunyai pengaruh muzik Alternatif Rock di mana muzik ini mula mencetuskan fenomena pada tahun 1996 dan 1997 di Malaysia.

Video Lagu Kerja Gila


04. APA SAJA
Komposer : Zulkifli Daud
Penulis Lirik : Keon
Album : Camouflage
Tahun : 1997
Catatan : Lagu muzik Rock Alternatif ini amat popular di radio ERA fm pada tahun 1998/1999. Boleh dikatakan hampir setiap minggu lagu ini akan diputarkan di radio berkenaan. 

Video Lagu Apa Saja


05. TINGGAL SEPI

Komposer : M.Nasir, Harold, Steven, Huang
Penulis Lirik : Loloq
Album : Camouflage
Tahun : 1997
Catatan : Satu lagi karya hebat daripada gabungan ramai komposer dan penulis lirik legenda arwah Loloq untuk Amy Search. Lagu ini juga sangat popular di radio No.1 di Malaysia ketika itu iaitu Radio 
ERA Rentak Muzik Terkini pada tahun 1998/1999.



06. GITA SAMA RITA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Loloq
Album : Aku
Tahun : 1999
Catatan : Ramai terkejut dengan lagu ini kerana ianya jauh berbeza dengan konsep album solo Amy Search sebelum ini. Lagu Hard Rock moden ini juga sangat berat dari segi susunan muziknya dan penuh energetik. Antara karya terbaik lagu Hard Rock era 1990 an. 

Video Lagu  Gita Sama Rita


07. AKU
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Loloq
Album : Aku
Tahun : 1999
Catatan : Sekali lagi peminat seni hiburan terkejut apabila single seterusnya juga adalah lagu Hard Rock moden seperti single terdahulu. Lagu ini juga di antara karya lagu Rock terbaik era 1990 an.

Video Lagu Aku


08. KALIMAH CINTA
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Loloq
Album : Aku
Tahun : 1999
Catatan : Lagu Balada ini sangat popular pada tahun 1999 dan 2000. Ianya juga merupakan lagu Balada Amy Search yang paling popular di dalam sejarah karier muzik solo beliau dan juga pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 2000.

Video Kalimah Cinta


09. TIADA LAGI
Komposer : Kahler Kohar
Penulis Lirik : Kahler Kohar
Album : Suatu Masa
Tahun : 2000
Catatan : Ramai keliru siapakah penyanyi asal lagu ini kerana lagu versi nyanyian Amy Search lebih popular daripada versi penyanyi asalnya yang berasal daripada Indonesia iaitu Mayank Sari. Lagu ini sebenarnya sudah lama diterbitkan di Malaysia/Indonesia iaitu sejak tahun 1998 (versi Mayank Sari). Namun, ianya mula popular pada tahun 2001 (versi Amy Search) apabila video muzik lagu ini kerap dimainkan di saluran TV terutamanya NTV7 hampir setiap hari. Malah lagu ini selalu juga kerap dibawakan oleh peserta  di dalam pertandingan nyanyian kerana populariti hebat lagu ini di kalangan peminat seni hiburan. 

Video Lagu Tiada Lagi


10. SURALAYA D MAJOR
Komposer : Edrie Hashim
Penulis Lirik : Loloq
Album : IKON - A Rockstar Chronicle
Tahun : 2006
Catatan : Lagu Balada Rock moden ini sangat popular pada tahun 2006 dan pernah menjuarai Carta Muzik Muzik tahun 2006. Tajuk lagu yang unik ini menjadikan ianya cepat popular dan disukai ramai.

Video Lagu Suralaya D Major


11. AKULAH PEJUANG

Komposer : Hang Dimas, Iman Wan
Penulis Lirik : Amran Omar
Album : OST Impak Maxima
Tahun : 2007
Catatan : Lagu tema filem Impak Maxima ini amat popular pada tahun 2007 apabila filemnya turut meletop di pawagam. Lagu ini juga popular ketika pemuzik indie mula menguasai industri muzik Malaysia ketika itu. 

Video Lagu Akulah Pejuang

12. TERJAH
Komposer : Edrie Hashim
Penulis Lirik : Nas Ahmad
Album :  Terjah Nas Ahmad
Tahun : 2008
Catatan : Kalau anda peminat rancangan hiburan Melodi TV3 era 2000 an dan awal 2010 an, pasti anda akan pernah dengar lagu ini. Lagu Terjah ini sangat popular pada penghujung era 2000 an dan awal 2010 an kerana lagu ini menjadi lagu tema gosip hiburan di rancangan Melodi. Malah, perkataan Terjah juga sudah menjadi sinonim di dalam dunia hiburan sebagai salah satu istilah gosip yang sangat popular digunakan sehingga kini. 

Video Lagu Terjah

Album Studio Amy Search


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel, 

GALAKSI VIRAL - Kumpulan Lefhanded adalah salah satu daripada The Big Three Rockers Group of 1980's selain kumpulan Search dan Wings. Ini menunjukkan kumpulan Lefthanded adalah salah satu Legenda Muzik Rock Malaysia yang sangat hebat dan tiada tandingannya. Lebih menarik lagi apabila kumpulan ini juga turut dianggotai dengan Raja Gitar Malaysia iaitu Man Kidal dan arwah Samad. Ahli lain seperti Man (Bass) dan arwah Man Dayak (drum) juga tidak kurang hebatnya dengan instrumen muzik masing-masing.

Jika kumpulan Search dan Wings sangat sinonim dengan lagu komposer Dato' M.Nasir, berlainan pula dengan kumpulan ini apabila kebanyakan lagu mereka adalah ciptaan Papa Rock Malaysia, Datuk Ramli Sarip. Ini juga secara tidak langsung menjadikan lagu-lagu Rock mereka agak berbeza dengan kumpulan rock lain. Satu lagi kelainan kumpulan ini ialah mereka juga di antara perintis kepada lagu keagamaan yang berkonsepkan irama Rock seperti lagu Seruan.


BIODATA RINGKAS KUMPULAN LEFTHANDED

Nama Ahli Kumpulan : Nash, Man Kidal, Yan, Tom, Isa, Ramli Sarip, Man Dayak, Arab, Firdaus, Roy, Rahim Maarof 
Tahun Aktif : 1979 - kini
Album Studio : 6
1986 - Keadilan (60,000 unit (tahun 1986 sahaja))
1987 - Seruan
1988 - Qabul
1989 - Evolusi
1991 - Fanatisme 
1999 - Syurga & Neraka
Lain-Lain Album
1986 - Battle Of The Bands  1 & 2
1992 - Seleksi Legenda Lefthanded
1996 - Nafas
1998 - Dimensi Baru
2003 - Lefthanded Reunion
2006 - Live & Unplugged at Planet Hollywood 06
2008 - Memori Hit Lefthanded
2010 - Legenda Hit Lefthanded
Antara Pencapaian Utama :
Album Rock Terbaik  AIM 1997 (Nafas)



LEFTHANDED : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

01. DEBUNGA WANGI
Komposer : Lefthanded
Penulis Lirik : Jabar Isnin
Album : Battle Of The Band Round 1/Keadilan 
Tahun : 1986
Catatan : Lagu debut kumpulan Lefthanded ini telah berjaya menaikkan nama mereka sebagai salah satu kumpulan Rock Malaysia yang hebat baik dari segi permainan muzik mereka dan kekuatan vokal utamanya iaitu Nash.

Video Lagu Debunga Wangi


02. KEADILAN
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Keadilan
Tahun : 1986
Catatan : Lagu Hard Rock ini sangat hebat dengan permainan gitar yang superb dan sangat energetik.  Orang kata main gitar goreng habis dan hentakan drum yang bergegar hebat. Lagu ini antara lagu Hard Rock terbaik era 1980 an dan pernah dipersembahkan di dalam filem Rozana 1987.
  
Video Lagu Keadilan


03. LAGENDA CINTA
Komposer : Lefthanded
Penulis Lirik : Lefthanded
Album : Keadilan 
Tahun : 1986
Catatan : Jika sebut lagu Lagenda Cinta, secara automatik nama Lefthanded akan muncul di fikiran peminat seni hiburan. Lagu Balada Rock sangat popular tahun 1986/1987 dan masih kekal popular sehingga kini.

Video Lagu Lagenda Cinta


04. TIADA LAGI KIDUNGMU
Komposer : Arie Wibowo
Penulis Lirik : Arie Wibowo
Album : Keadilan 
Tahun : 1986
Catatan : Rasannya ramai tidak mengetahui lagu ini adalah lagu asal nyanyian penyanyi Indonesia bernama Jack Marpaung yang pernah popular pada tahun 1980. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu paling popular daripada kumpulan Lefthanded.

Video Lagu Tiada Lagi Kidungmu


05. KU KEHILANGAN CINTA TIGA DIMENSI
Komposer : Lefthanded
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Keadilan
Tahun : 1986
Catatan : Album Keadilan adalah album paling meletop daripada kumpulan Lefthanded apabila lima lagu daripada album ini menjadi antara lagu Rock paling popular era 1980 an. Jika ada Billboard seperti Billboard Hot 100 USA, boleh dikatakan Lefthanded mempunyai lima single No.1 dalam satu album sahaja. Lagu ini juga sangat popular  kerana tajuknya yang unik iaitu ada perkataan tiga dimensi 

Video Lagu Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi 


06. KU DI HALAMAN RINDU
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : S.Amin Shahab
Album : Seruan 
Tahun : 1987
Catatan : Lagu ini meneruskan populariti hebat kumpulan Lefthanded apabila mendapat perhatian para peminat seni hiburan pada tahun itu. Lagu ini pernah dinyanyikan semula oleh Ramli Sarip dan Amy Search di dalam album masing-masing. 

Video Lagu Ku Di Halaman Rindu 


07. SERUAN 
Komposer : Ramli Sarip 
Penulis Lirik : Ramli Sarip
Album : Seruan
Tahun : 1987
Catatan : Lagu ini adalah antara Rock terbaik di Malaysia sepanjang zaman. Petikan gitar yang hebat dan susunan muzik yang sangat mantap serta lirik bercorakkan keagamaan menjadikan lagu Rock ini sangat luar biasa dan di luar kotak. Penghayatan yang mantap daripada Nash menjadikan  lagu ini adalah berjiwa dan ada semangatnya tersendiri. 

Video Lagu Seruan

08. KENANGAN BERSAMAMU
Komposer : Lefthanded
Penulis Lirik : Yan/Hamid
Album : Seruan
Tahun : 1987
Catatan : Lagu ini sebenarnya pernah diterbitkan pada tahun 1986 di dalam album Battle of the Bands Round 2. Lagu Rock Balada antara lagu yang cepat menangkap perhatian pendengar arus perdana kerana muziknya yang lebih kepada Slow Rock dan sentimental.

Video Lagu Kenangan Bersamamu


09. HIDUP DAN PERJUANGAN 
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : Ramli Sarip
Album : Qabul
Tahun : 1988
Catatan : Petikan gitar di awal lagu ini memang gempak gila. Antara lagu  Heavy Metal terbaik daripada Lefthanded. Percakapan dialog di tengah lagu ini menambah kehebatan lagu ini ke tahap maksima. 

Video Lagu Hidup Dan Perjuangan

10. MAYA PERSADA
Komposer : Man Kidal
Penulis Lirik : A.J
Album : Qabul
Tahun : 1988
Catatan : Lagu ini menjadi lagu hits utama Rock Balada daripada kumpulan Lefthanded untuk album Qabul. Lagu ciptaan pemain gitar negara ini iaitu Man Kidal mmg sedap didengar. 

Video Lagu Maya Persada

11. PENCINTA 
Komposer : Yan 
Penulis Lirik : J.S Kevin
Album : Evolusi 
Tahun : 1989
Catatan : Lagu Rock Balada ini sangat popular tahun 1989 dan menjadi malar segar sehingga kini. 

Video Lagu Pencinta

12. SEMANGAT LAMINA
Komposer : Ramli Sarip
Penulis Lirik : Bob
Album : Fanatisme
Tahun : 1991
Catatan : ;Lagu ini adalah salah satu lagu Hard Rock terbaik era 1990 an. Permainan muzik yang hebat oleh ahli kumpulan dan lontaran vokal hebat Papa Rock Malaysia/Singapura menjadikan lagu ini berada di kelasnya yang tersendiri dan berkualiti tinggi. 

Video Lagu Semangat Lamina

Album Studio Kumpulan Lefthanded


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel, harian metro, raderkidal.blogspot.com, LagendaRock, kayling88ent.blogspot.com

GALAKSI VIRAL - Nasi goreng adalah suatu makanan yang amat popular di rantau Nusantara kerana ianya mudah dimasak dan cepat dihidangkan. Pada asasnya nasi goreng adalah nasi yang digoreng dengan bahan-bahan tertentu dan namanya nasi goreng ini lazimnya bergantung kepada jenis bahan yang digoreng bersama nasi itu. Di Malaysia, nasi goreng selalu dimakan untuk sarapan pagi atau makan malam. Oleh itu, pastinya ini menunjukkan yang nasi goreng adalah salah satu makanan yang amat popular di Malaysia. Jom kita lihat nasi goreng manakah paling popular di Malaysia. 


NASI GORENG PALING POPULAR DI MALAYSIA 2020

01. NASI GORENG KAMPUNG  (10.78 %)

Catatan : Nasi goreng ini adalah paling popular dan disukai majoriti penduduk Malaysia. Salah satu sebabnya ialah kerana ikan bilisnya yang rangup dan sedap dimakan. 


02. NASI GORENG IKAN MASIN (6.65 %)

Catatan : Nasi goreng ini disukai ramai kerana rasa ikan masin yang sedap apabila dimakan ketika nasi goreng masih panas (selepas dimasak).



03. NASI GORENG PAPRIK (6.19 %)

Catatan : Rasa sos paprik yang dimasak bersama nasi goreng ini menjadikan ianya enak dimakan. 



04. NASI GORENG CILI PADI (5.96 %)

Catatan : Nasi goreng ini diminati kerana kepedasan cili padi  itu sendiri akan menaikkan lagi selera makan kita untuk memakannya. Sesuai untuk orang yang suka makan pedas-pedas.



05. NASI GORENG TOM YAM (5.96 %)

Catatan : Nasi goreng ini memang sedap dimakan kerana dapat rasa Tom Yam di dalam nasi goreng ini  seperti seolah kita makan nasi yang digaul dengan kuah sup Tom Yam. Lagi sedap jika pes Tom Yam yang digunakan adalah berasal daripada negeri Utara atau Kelantan kerana kelazatannya rasa lebih asli dan ada umphh.


06. NASI GORENG BELACAN (5.50%)

Catatan : Bau dan rasa belacan di dalam nasi goreng ini akan menaikkan lagi selera makan kita untuk memakannya.


07. NASI GORENG PATTAYA (5.28 %)

Catatan : Nasi goreng yang dibungkus dengan telur dan selalunya ada cebisan ayam di dalam nasi ini menjadikan ianya cepat kenyang dan hidangan yang lengkap.


07. NASI GORENG DAGING MERAH (4.82 %)

Catatan : Rasa daging merah yang lazat dan mudah digigit serta rasa kuah daging yang sedap akan menjadikan hidangan nasi goreng ini disukai ramai. 



09. NASI GORENG AYAM BIASA/KUNYIT (4.13 %)

Catatan : Nasi goreng ini pernah menjadi kegemaran ramai penduduk Malaysia suatu ketika dahulu tetapi kini ia hanya mampu berada di tangga ke sembilan. Ayam goreng kunyit selalu dijadikan bahan gantian nasi goreng ini jika ayam goreng atau ayam yang sudah dimasak secara rebus atau bakar tiada di dalam simpanan tukang masak.


10. NASI GORENG SEAFOOD (3.90 %)

Catatan : Boleh dikatakan semua nasi goreng seafood  mempunyai udang dan sotong di dalam nasi ini. Amat jarang makanan laut lain seperti ketam, kerang, ataupun makanan laut lain yang dimasukan di dalam menu ini. Andai kata ada, harganya pastinya lebih mahal.


11.  NASI GORENG CINA (3.21 %)

Catatan : Nasi goreng ini adalah paling senang dimasak kerana tidak memerlukan banyak bahan seperti nasi goreng yang lain. Selalunya menu ini dihidangkan di waktu pagi dan juga petang/malam.


12. NASI GORENG THAI (3.21 %)

Catatan : Ramai keliru apa beza Nasi Goreng Thai dan Nasi Goreng Tom Yam. Jawapan paling senang ialah Nasi Goreng Thai tidak mempunyai pes tertentu di dalam masakannya seperti pes tom yam.  Selalunya bahan tambahan dalam menu ini ialah  ayam goreng kunyit yang dicampur dengan udang dan sotong serta daun limau purut yang digoreng bersama nasi.  Daun limau purut, sos limau nipis dan sos ikan selalunya menjadi bahan masakan tambahan utama di dalam kebanyakan masakan Thai.

*Pemilihan kedudukan nasi goreng di atas adalah berdasarkan kajian ringkas yang dilakukan di dalam Forum Cari. Daripada 42 jenis nasi goreng yang dipertandingkan, hanya 12 sahaja yang mempunyai undian tertinggi yang dipilih untuk carta di atas. Seramai 83 orang ahli  forum Cari telah mengambil bahagian di dalam pemilihan undian nasi goreng ini. (Undian bermula antara jam 10 malam 22 Ogos 2020 hingga jam 9.27 pm 23 Ogos 2020)

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
Google Image, Cari Forum, ecomall.my

GALAKSI VIRAL - Anime Jojo's Bizarre Adventure mungkin belum popular di Malaysia tetapi ianya cukup popular di peringkat antarabangsa. Anime ini juga merupakan salah satu anime Jepun terbaik di dunia. Apa lagi info yang menarik mengenai anime ini ? Jom kita baca info ringkas mengenai anime hebat ini.

Jotaru dan Stand beliau bernama Star Platinum

INFO JOJO'S BIZARRE ADVENTURE

1. Manga pertama berjudul Phantom Blood diterbitkan pada tahun 1987

2. Anime pertama diterbitkan pada tahun 1993.

3. Nama Jojo pada judul anime ini diambil daripada lagu kumpulan The Beatles berjudul Get Back.

4. Majoriti watak hero di dalam anime ini mempunyai nama bermula dengan huruf J seperti Joseph Joestar, Johnathan, Jotaru dan Josuke.

5. Grafik anime ini lain daripada lain dan penuh gaya yang over acting tetapi stailo.

6. Kesemua watak utama anime mempunyai fesyen tersendiri dan di luar kotak.

Watak Josuke Live Action

7. Watak anime yang mempunyai kuasa yang dipanggil  Stand lazimnya dinamakan bersempena dengan judul lagu, album, band dan pemuzik popular Barat era 1970 an. Stand ini boleh dikatakan pendamping manusia yang mempunyai kuasa istimewa anda ianya  yang dikawal oleh tuan mereka

8. Jalan cerita anime ini turut melibatkan budaya negara lain seperti Mesir, Itali, Perancis, Afrika dan juga Singapura. 

Salah Satu Adegan Di Singapore di Dalam Stardust Crusader Arc

9. Lagu ending anime ini kebanyakannya  menggunakan lagu Bahasa Inggeris. Contoh seperti video bawah.

Lagu Savage Garden I Want You 

10. Sinopsis ringkas anime/manga ini ialah mengisahkan keluarga Johnathan Joestar yang mempunyai pergaduhan panjang dengan musuh tradisi keluarga mereka iaitu Dio sehingga ianya berlanjutan ke anak cucu cicit mereka. Kedua-dua Joestar dan Dio mempunyai kuasa menggunakan stand (pendamping dalam berbagai bentuk) dan ini melibatkan pergaduhan besar antara mereka terutamanya Dio yang ingin menghapuskan keturunan Joestar dan menjadi satu-satunya manusia mempunyai kuasa berkenaan. Banyak adegan menarik, aneh dan di luar kotak di dalam anime ini. Ianya sangat berbeza dengan anime Naruto, One Piece, Sailormoon, Dragon Ball dan Doraremon. Tetapi ianya mempunyai sedikit persamaan dengan anime Bleach terutama seperti penggunaan Stand yang boleh dikatakan mempunyai fungsi sama seperti Zanpaktou. Cuma Zanpaktou boleh melawan tuannya berbanding Stand yang sangat setia pada tuannya dan bersifat protektif terhadap tuannya. Anime ini boleh ditonton di saluran Astro 719 Animax ketika ini dengan judul Jojo Bizarre Adventure : Golden Wind.

Watak bernama Dio membelah mukanya kepada dua bahagian

Trailer Live Action Jojo Bizarre 

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : akibapress.com, funnyjunk.com



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Jumlah Peminat GALAKSIVIRAL

❤️💕❤️💕❤️💕❤️

CARTA TOPIK POPULAR

  • TAFSIR MIMPI GAJAH
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1990 DI MALAYSIA
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 1980 DI MALAYSIA
  • SPRING : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • WINGS : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2000 DI MALAYSIA
  • AWIE : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
  • JUARA CARTA MUZIK MUZIK PALING LAMA NO.1
  • ALBUM MALAYSIA PALING LARIS SEPANJANG MASA
  • LAGU PALING POPULAR TAHUN 2010 DI MALAYSIA

Infotainment 1

  • INFO ALBUM
  • INFO LEGENDA MUZIK
  • INFO MUZIK
  • INFO PENYANYI MALAYSIA
  • KOLEKSI LAGU ZIANA ZAIN
  • LAGU ERA 1980 AN
  • LAGU ERA 1990 AN
  • LAGU ERA 2000 AN
  • LAGU ERA 2010 AN
  • LAGU ERA 2020 AN

Infotainment 2

  • INFO ANIME
  • INFO FILEM
  • INFO MAKAN
  • INFO MELETOP
  • INFO NEGARA
  • INFO PLANET
  • INFO SIHAT
  • INFO TV

Arkib GalaksiViral

  • Feb 201716
  • Mac 20176
  • Apr 201713
  • Mei 20174
  • Jul 2017106
  • Ogo 201747
  • Sep 20171
  • Okt 20173
  • Nov 201749
  • Dis 201732
  • Jan 201811
  • Feb 201823
  • Okt 20191
  • Nov 20195
  • Jan 20201
  • Mei 20202
  • Jun 20203
  • Jul 20208
  • Ogo 202025
  • Sep 20208
  • Okt 20201
  • Mac 202115
  • Apr 20215
  • Jul 20221
  • Dis 20221
  • Nov 20231
  • Jan 20241
  • Apr 20244
  • Mei 202411
  • Jul 20241
  • Mei 20256
  • Ogo 20252
  • Sep 20251
  • Nov 20254
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
Blogged.my

Created By galaksiviral May 2017 - 2026 / Distributed By Gooyaabi | Designed by OddThemes