Ads Top

REVIEW FILEM KOREA ALONG WITH THE GODS : THE TWO WORLDS. SAMA HEBAT DENGAN FILEM TRAIN TO BUSAN.

GALAKSI VIRAL - Filem Korea paling laris tahun 2017 iaitu Along With The Gods : The Two Worlds telah mencetuskan fenomena hebat di seluruh dunia apabila filem ini menjadi filem kedua paling laris dalam sejarah perfileman Korea sepanjang masa. Filem ini sudah mencapai kutipan lebih US$ 103 juta di seluruh dunia. Manakala di Korea Selatan pula, filem ini telah berjaya mendapat kutipan tiket  sebanyak 14,355,786 dengan anggaran lebih 10 juta orang menonton filem ini. Filem ini juga berjaya menjuarai carta Filem Box Office Malaysia pada hujung bulan Januari yang lepas.


Filem ini berkonsepkan drama fantasi  yang  menyentuh isu hal kekeluargaan dan perjalanan roh ke alam kematian. Ianya adalah adaptasi daripada webkomik milik Joo Hoo-min. Filem ini ada dua bahagian. Bahagian pertama iaitu Along With The Gods : The Two Worlds sudah ditayangkan pada 20 Disember 2017 yang lalu. Bahagian kedua filem ini akan menyusul pada tahun ini dengan judul Along With The Gods : The Last 49 Days. Antara  pelakon hebat di dalam filem ini ialah Ha Jung-woo, Cha Tae-hyun (pelakon filem Hello Ghost), Ju Ji-Hoon, Kim Hyang-gi, Lee Jung-jae dan Kim Dong Wook.  Jom kita baca sinopsis di bawah. (Spoiler Alert)
Poster Filem Along With The Gods

SINOPSIS 
Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Kim Ja-Hong (Cha Tae-hyun) yang bekerja sebagai ahli bomba telah mati ketika bertugas kerana menyelamatkan seorang mangsa kebakaran di tempat kejadian. Beliau meninggal dunia kerana beliau melompat dari satu tempat yang amat tinggi sehingga terjatuh mati di bawah lantai bangunan tempat terbakar itu. Selepas beliau tersedar, beliau ingatkan beliau masih hidup. Namun beliau berasa pelik kerana tiada siapa yang menyedari kehadiran beliau di kawasan kebakaran itu.

 Pada masa itu, beliau perasan hanya ada dua orang yang memerhati beliau dari jarak sederhana iaitu seorang lelaki dan seorang wanita muda. Nama lelaki dan wanita muda itu ialah  Hae Won-mak (Ju Ji-hoon) dan Lee Deok-choon (Kim Hyang-gi). Mereka memberitahu Ja-hong yang dia sudah meninggal dunia dan mereka berdua merupakan Tiga Pelindung Alam Baka yang akan menjadi peguam bela kepada roh Ja-Hong dalam menghadapi tujuh perbicaraan alam baka selama 49 hari sebelum Ja-Hong dilahirkan semula melalui proses reinkarnasi. Deok-choon  juga memberitahu yang roh Ja-hong adalah roh mulia kerana banyak membuat kebaikan di dunia dan ini akan memudahkan mereka menghadapi kesemua perbicaraan itu nanti. Seorang lagi Pelindung Alam Baka yang tiada di situ iailah Gang-rim (Hang Jung-woo). Gang-rim  akan pergi ke tempat pengebumian mayat Ja-hong. dan kemudiannya akan berjumpa dengan mereka yang lain di Gerbang Akhirat. Ja-hong yang masih dalam kebingungan itu menjerit yang beliau tidak boleh mati kerana belum berjumpa dengan ibu beliau. Tiba-tiba, beliau terus ditarik ke dalam satu alam lain iaitu ke Gerbang Akhirat.


 Kim Ja-Hong - Roh Mulia 

Gang-Rim - Ketua Pelindung Alam Baqa

Di dalam Gerbang Akhirat, terdapat satu pintu purba yang merupakan entri utama untuk memasuki ke alam perbicaraan bagi si roh mati. Untuk melepasi pintu ini, perlu ada satu tiket bagi si roh mati. Untuk kes Ja-hong, beliau mempunyai tiket Roh Mulia. Hae Won-mak memberitahu Ja-hong yang Gang-rim sudah berjaya meyelesaikan reinkarnasi untuk 47 roh sejak 1 abad yang lalu. Pelbagai situasi Ja-Hong dan para Pelindung Alam Baka arwah perlu lalui  dalam menghadapi mahkamah perbicaraan roh di alam baqa. Yang positifnya, Ja-hong berjaya melalui lebih separuh perbicaraan untuk roh mati itu dengan bantuan daripada Pelindung Alam Baqa. Tetapi jauh di sudut hati Ja-hong, beliau  rindu dan ingin sangat berjumpa kembali dengan ibu dan adiknya di alam nyata tetapi apakan daya, beliau pada ketika itu sudah mati di alam nyata.

Lee Deok-choon - Pembantu Pelindung Alam Baqa

Hae Won-mak - Pembantu Pelindung Alam Baqa

Dong Wong-yuen - Junior Kim So-hong

Lee Joon Hyuk - Rakan Kim So-hong

Selain merindukan keluarga arwah, ada sebab lain juga kenapa Ja-hong mahu berjumpa dengan ibunya sebelum beliau dilahirkan semula. Ianya adalah kerana beliau mahu memberikan periuk nasi elektrik kepada ibunya yang tua kerana ibunya kerap terlupa nak tutup api masa masak nasi atas dapur gas. Selain itu, dalam periuk nasi itu juga tersimpan satu surat kebenaran yang selama ini beliau mahu beritahu kepada ibu beliau. Namun, suatu perkara mengejutkan telah berlaku apabila adik lelaki Ja-Hong iaitu Soo-hong (Kim Dong-wook) telah mati mengejut dan lebih sedih lagi si ibu mereka langsung tidak tahu bahawa anaknya Soo-hong juga sudah meninggal dunia. Ini telah menyebabkan Ja-hong mahu cepat selesaikan upacara perbicaraan kerana mahu bertemu dengan ibunya yang kini tinggal seorang di alam nyata. Roh yang berjaya semua perbicaraan alam baqa akan dapat keistimewaan untuk melawat manusia di dunia nyata melalui mimpi sebelum proses reinkarnasi berlaku.

Dong Wong Juen Tidak Menyedari Roh Kim So-hong Berada Di Belakangnya. 

Namun begitu, sekali lagi berlaku kejutan apabila Ja-hong hampir untuk dijatuhkan hukuman kerana satu peristiwa yang menyayatkan hati yang telah berlaku sewaktu beliau masih kecil lagi. Rupa-rupanya Ja-hong sudah 15 tahun tidak berjumpa dengan ibunya kerana beliau melarikan diri daripada rumah. Selama ini, Ja-hong hanya memerhati ibu dan adiknya dari jarak sederhana tanpa disedari oleh ahli keluarganya. Selama 15 tahun itu juga, Ja-hong telah bekerja 24 jam dan simpan duit untuk diberikan kepada ibu dan adiknya melalui wang pos.

Kenapa Ja-hong melarikan diri daripada rumah ? Sebenarnya, Ja-hong berasa kesal teramat sangat kerana pernah cuba untuk bunuh ibu dan adik beliau sewaktu beliau masih kecil dahulu. Ibu dan adiknya itu mengalami masalah kesihatan yang agak teruk. Ja-Hong berpendapat lebih baik jika mereka semua mati daripada menanggung bebanan kemiskinan keluarga mereka ketika itu. Sewaktu Ja-Hong mahu menekup muka ibunya yang tengah tidur dengan bantal, adik beliau iaitu Soo-hong terjaga dan merayu jangan melakukan perkara itu. Ja-hong pada masa itu sebenarnya teragak-agak untuk menekup muka ibunya dengan bantal kerana tidak sanggup kehilangan ibunya juga. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk membelasah adiknya Soo-hong sehingga adiknya mengalami kecederaan yang agak sederhana. Selepas itu, Ja-hong nekad lari daripada rumah kerana kesal dengan perbuatannya dan berjanji yang beliau akan hidup untuk membantu ibu serta adiknya dengan memberikan pelbagai bantuan kewangan kepada keluarganya  selagi beliau terdaya.

Putaran Alam Antara Dua Dunia Berbeza Terbuka

Salah Seorang Dewa di Neraka. 

Disebabkan peristiwa sedih itu, Ja-hong mungkin tidak dapat melalui reinkarnasi kerana kesalahan lampaunya. Lebih menyedihkan lagi, Raja Neraka iaitu Raja Yeomra (Lee Jung-jae) telah menunjukkan satu lagi peristiwa mengejutkan kepada Ja-hong. Rupa - rupanya ibu Ja-hong telah tersedar sewaktu Ja-hong mahu menekap muka ibunya itu pada masa dahulu. Pada ketika itu, ibu Ja-hong hanya mendiamkan diri sambil mengalirkan air mata kerana sedih dengan apa yang berlaku.. Ini juga bermakna, selama 15 tahun ibu Ja-Hong sudah tahu yang Ja-Hong pernah cuba  untuk bunuh mereka sekeluarga. Dan selama itu juga, ibunya  sudah memaafkan apa yang berlaku dan berdoa agar  anaknya itu kembali kepadanya serta hidup bahagia bersama-sama. Adik Ja-Hong iaitu Soo-Hong yang telah mati telah membuat kejutan dengan memasuki mimpi ibu mereka dan memberitahu yang beliau sudah mati. Ibunya terkejut dan memohon maaf kerana tidak dapat menjadi ibu yang baik kepada anak beliau. Pada masa ini, Raja Yeomra membuat keputusan untuk bebaskan Ja-Hong daripada segala masalah itu dan membenarkan Ja-Hong melalui proses reinkarnasi. Dan kini, adik Ja-Hong iaitu Soo-Hong akan menjadi roh yang seterusnya yang akan diwakili oleh Tiga Pelindung Alam Baqa. Kematian Soo-hong yang disebabkan satu peristiwa tidak terjangka mungkin akan menjadi jalan cerita Along With The Gods Part 2. Selain itu, Deok Chun juga ada menyatakan yang mereka perlu habiskan 49 roh ke alam reinkarnasi sebelum mereka sendiri akan dapat keistimewaan untuk dilahirkan semula di dunia kehidupan. Yang menariknya juga, Soo-hong turut mendapat tiket Roh Mulia sama seperti roh abang beliau sebelum ini untuk pergi ke Gerbang Akhirat.

Gang-rim bersama Roh Kim Soo-hong Yang Diikat

Wajah Kim Soo-hong yang menjadi Roh Tidak Aman di Alam Dunia.

Ibu roh Ja-hong dan Soo-Hong.  Wajah sedih  beliau apabila mendapat tahu anaknya Soo-hong turut meninggal dunia seperti Ja-hong melalui mimpi beliau. 


REVIEW :
Rasanya ini kali pertama GV tengok filem Korea yang menceritakan perjalanan roh ke alam baka. Semua pelakon di dalam filem tidak kira watak utama atau watak kecil berjaya memberikan impak lakonan yang sangat hebat. Walaupun filem ini mempunyai durasi tayangan lebih dua jam, namun setiap minit di dalam filem ini sangat berharga dan jalan ceritanya juga fast-moving serta tidak meleret. Ada banyak adegan drama yang bersulamkan momen sedih dan komedi yang pastinya akan menyentuh jiwa dan perasaan para penonton. Adegan keadaan di neraka kelihatan mengerunkan juga dengan teknik CGI yang sangat mantap dan terbaik. Begitu juga, adegan ketika Gang-rim mengejar So-Hong di dunia nyata yang tidak ubah seperti menonton anime Bleach di mana Shinigami mengejar Hollow dengan kelajuan yang sangat hebat. Sudah lama GV tak menonton filem Korea sehebat ini. Kali terakhir pun filem Train To Busan. Ada suprise di hujung filem ini iaitu ada watak abang perkasa di dalam filem Train To Busan muncul di dalam filem ini. Tidak sabar nak tunggu sambungan filem ini nanti. Memang best dan terbaik.

GVMETER  : 90/100 
💖💖💖💖💖
(TERBAIK)

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : Malay Mail, Google Image 

25 comments:

  1. Dah lamaa tak layan movie korea macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kak Fatin. Nanti tgk kak Fatin. Cite korea ni mmg best. :D

      Delete
  2. Alamak complicated juga jalan cerita ni. Kena tengok sendiri baru tak pening lagi ni, haha, lagipun nama dorang Mai susah betul nak cam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kak Mai tgk la cite ni. Memang best. Aah nama dorg pening ckit. huhu.

      Delete
  3. Replies
    1. Nanti kak tgk kak. Korea movie mmg banyak best. Hihi.

      Delete
  4. Semakin ramai yang minat movie2 dan artis2 korea ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cite best Mr WP. Jalan cerita unik dan tak klise. Yang penting sepanjang 2 jam cite ni, takde satu pun scene yang bosan sebab cite ni tak meleret. Nanti Mr WP tengok la. :)

      Delete
  5. Menjerit tengok abang sado dekat ending scene tu hahaha dah tengok cerita ni & yes memang patut lah ramai yang recommend sebab memang best sangat. Part kejar tu pun memang impressed sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. GV pun tokojot den bila nampak abang sado train to busan tu. hahaha. Memang best kan Farhana. GV tengok banyak kali cite ni. Hihi.

      Delete
  6. saya malah kurang suka dengan film korea

    ReplyDelete
  7. Umi bukan la peminat cerita Korea tapi ada tengok Train To Busan dan 2 drama Korea...mungkin boleh letak dlm list untuk ditonton kot..hehee

    ReplyDelete
  8. first filem korea yang saya layan, I Saw The Devil.. memang best gila cerita dia. kisah pembunuh. extreme dan sadis jalan cerita dia.. saya memang suka genre filem yang macam tu.. start dari situ saya terus layan cerita korea yang hard2 sampai sekarang.. tapi cerita ni saya belum layan lagi. sebab genre dia saya tak minat sangat.. hehe

    ReplyDelete
  9. Great post.thank you so much.Love this blog.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.