Ads Top

AIR MINUMAN YANG PALING KERAP DIPESAN DI RESTORAN MAKANAN

GALAKSI VIRAL - Kalau kita pergi kedai makan, pasti kita akan order air kan. Tak makan pun takpe, tapi order air tu mmg selalu adalah. Rasa-rasanya minuman apakah yang paling kerap dipesan oleh rakyat Malaysia ketika mereka makan di restoran ya. Oleh itu, pada pendapat GV, ada enam jenis minuman yang dulu dan kini masih lagi menjadi minuman kegemaran masyarakat kita ketika makan di restoran. Minuman itu adalah seperti berikut:


AIR MINUMAN
PALING POPULAR DI MALAYSIA


01. AIR KOSONG/AIR SUAM
Air yang paling menjimatkan dari segi harganya dan juga bagus untuk kesihatan kita terutamanya air suam. Orang kata kalau minum air suam atau air tanpa gula ini lepas makan, senang sikit makanan itu hendak proses dalam perut. Nama lain bagi air kosong ialah Sky Juice.











02. AIR SIRAP/SIRAP BANDUNG
Air Sirap atau adik beradiknya seperti Sirap Bandung, Sirap Limau. Sirap Laici  etc juga antara menu minuman paling kerap dipesan oleh masyarakat kita. Selain harganya yang murah, rasanya juga sangat sedap. 
















03. TEH AIS/TEH O AIS/TEH HIJAU
Kaum kerabat teh-teh ini selalunya di ambil pada waktu pagi, minuman petang dan juga malam. Namun ada juga yang minum air teh ini sewaktu makan makan tengah hari. Kalau sebut Teh Ais atau Teh Tarik, kedai mamak la juara air ini. Sekarang ini, Teh Ais pun sudah ada dicampurkan dengan cendol dan ini menunjukkan air minuman pun mengalami revolusi baru yang tersendiri di dalam ciptaan resepi minumannya. 







04. AIR BUAH-BUAHAN 
Antara menu kegemaran masyarakat kita apabila memesan air buah-buahan ialah air oren, air tembikai, air mangga, air jambu, air tebu, ari kelapa, air nenas, air lobak susu, air epal, air asam boi, air barli dan air lemon. Air lemon baik untuk kesihatan kerana mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan kita seperti melawaskan sistem penghadaman dan menurunkan berat badan.













05.AIR MINUMAN RINGAN 
Antara air minuman ringan yang paling kerap dipesan oleh masyarakat kita ialah air Pepsi, air Coke, air Strawberi, air Sprite dan air Anggur .




06. ABC/CENDOL/LAI CHI KANG/AIS KACANG
Bestnya kalau dapat makan ABC ni tengah-tengah panas kan. Kembang perut dibuatnya sebab minum air/ais satu mangkuk. ABC/Ais Kacang/Cendol/Lai Chi Kang dan sewaktu dengannya juga antara menu paling disukai oleh masyarakat kita untuk minum di kedai makan seluruh negara.








P/S : Tiada data statistik untuk senarai di atas. Ianya adalah berdasarkan pandangan peribadi GV sahaja melalui pengalaman makan di pelbagai restoran yang pernah GV pernah pergi di Malaysia. Sama ke tak pilihan minuman anda ketika makan di restoran. Hihi. 

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/




Sumber : Google Image




11 comments:

  1. Selalu order sirap ais..hihi..

    ReplyDelete
  2. Saya jenis tak minum air bergas.. mmg tak boleh, nanti perut senak. So klu kat luar mmg order sirap tu paling tak, teh, kopi, air buah2an asalkan bukan air berkarbonat :D

    ReplyDelete
  3. Rii selalu order nescafe o' ais atau air kosong jaa.

    ReplyDelete
  4. dalam banyak-banyak air, tak suka air sirap sebab perut selalu kembung lepas minum hahahaha

    ReplyDelete
  5. kalau boleh semua air nk minum tp lps tu air kosong jugak yg dicari

    ReplyDelete
  6. mine will always be air suam. hehe

    hi. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  7. akak kalau kat luar pesan air suam jer.

    lama tak jengah sini, harap GV sihat

    ReplyDelete
  8. Biasa saya akan pesan nak air suam saje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca entri ini Mr Latif. GV sangat hargainya. Air suam mmg bagus utk kesihatan. :)

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.