Monday, July 3, 2017

ALBUM MALAYSIA PALING LARIS SEPANJANG MASA

Tahukah anda album tempatan manakah paling laris di Malaysia ?? Mungkin Kumpulan Raihan? Dato' Siti Nurhaliza? Atau ada artis lain? Sebenarnya, boleh dikatakan muzik Melayu Malaysia mula menuju zaman kegemilangannya ketika di hujung era 80 an dan kemuncaknya pula ialah pada pertengahan era 90 an. Di era kegemilangan muzik Melayu ini telah muncul pelbagai jenis muzik yang telah memeriahkan industri muzik tanahair kita seperti irama Rock, R&B, Rap, Dance Music, Latin, Dangdut, Nasyid, Metal, Alternatif, Jazz. Pop Tradisional Moden, Acapella, Pop Fusion, Ska, dan banyak lagi. Pada ketika itu juga jualan album popular juga boleh terjual sehingga ratusan ribu unit dan dalam satu tahun itu boleh dikatakan hampir beratus album baru telah diterbitkan. Walaupun ketika itu industri muzik kita diancam dengan isu cetak rompak, namun ada juga album artis Malaysia yang telah berjaya memecah rekod jualan sehingga lebih 500,000 unit untuk satu album sahaja. Ianya satu perkara yang diluar jangkaan dan ini juga menunjukkan jika album itu bagus dan memenuhi permintaan peminat semasa, pastinya album itu boleh meletop kababoom di pasaran muzik. Oleh itu, mari kita lihat album manakah yang mempunyai jualan hebat dan menjadi fenomena di kalangan peminat seni hiburan muzik tanahair sepanjang masa di Malaysia.

01. KUMPULAN RAIHAN 
ALBUM : PUJI PUJIAN
JUALAN ALBUM PADA TAHUN 1997 : 800,000 UNIT
ANGGARAN JUALAN ALBUM SEHINGGA 2017 : 1 JUTA UNIT
Track Lagu :
01. Puji Pujian (Raihan,Nassier Abu Kassim/Raihan)
02. Peristiwa Subuh (Nazrie Johani)
03. Iman Mutiara (Nazerie Johani)
04. Sifat 20 
05. Rakan Selawat - Kenangan (Raihan/Copyright Controlled)
06. Sesungguhnya (Nazrie Johani)
07. Rayuan Rindu
08. Rakan Selawat - Maulid
09. Kembali (Farihin Abdul Fatah)
10. Solatuwassalam feat Amaluddin (Raihan/Raihan Cipta Sdn Bhd)
Ikon Muzik Nasyid Malaysia ini telah mencetus satu fenomena baru di dalam industri muzik tanahair apabila berjaya memecah monopoli muzik arus perdana dengan memperjuangkan muzik nasyid kontemporari kepada peminat seni hiburan. Album Puji Pujian Raihan ini adalah salah satu album terbaik keluaran Malaysia dan juga album Malaysia paling laris dalam sejarah muzik Malaysia. Album yang diterbitkan pada tahun 1997 telah berjaya menjuarai Carta RIM berbelas minggu lamanya dan kekal dalam carta hampir setahun lamanya. 

02. ELLA 
ALBUM : USA
JUALAN ALBUM PADA TAHUN 1994 : 320,000 UNIT
ANGGARAN JUALAN SEHINGGA 2017 : 500,000 - 900,000 UNIT

Track Lagu : 
01. P.P.P. (Yusry KRU/Loloq)
02. Menanti (M.Nasir,Eric Moon/Ella,Loloq)
03. Mungkin (Kyoji Yamamoto/Ella)
04. Aku, Kau Dia (Kyoji Yamamoto/Ella)
05. Risau (Ella, Kyoji Yamamoto/Ella)
06. Esok, Lusa & Selamanya (Ogie, Kyoji Yamamoto/Ella)
07. Ala Amerika (Kyoji Yamamoto/Ella)
08. Penawar (Salman/Loloq)
09. Nuri (Hamid,Ella/Loloq)
10. Itulah Saya (Kyoji Yamamoto/Ella)
11. Rindu (Korie & Kyoji Yamamoto/Ella)
12. Gemilang (Kyoji Yamamoto/Ella)
Album ini merupakan album solo studio paling laris di Malaysia. Ianya juga album Rock paling laris sepanjang masa di Malaysia. Ratu Rock Ella ini telah berjaya menghasilkan salah satu album terbaik di Malaysia kerana kesemua lagu di dalam album ini sangat berkualiti tinggi dan popular di sepanjang tahun 1994. Proses rakaman album ini dibuat di luar negara dan melibatkan pemuzik luar negara seperti Kyoji Yamamoto yang merupakan pemuzik rock terkenal daripada Jepun. Album ini juga merupakan album kemuncak kejayaan Ella di sepanjang karier beliau. 


03. KUMPULAN UKAYS 
ALBUM : BISA BERBISA
JUALAN ALBUM PADA TAHUN 1994 : 350,000 UNIT
ANGGARAN JUALAN SEHINGGA 2017 : 500,000 - 900,000 UNIT
Track Lagu :
01. Seksa (Saari Amri)
02. Kau Satu Satunya (Saari Amri/Habsah Hassan)
03. Nafas Orang Kota (Saari Amri/Mat Jeng)
04. Siapa Yang Rampas Cintamu (Ning Ida Rahayu/Juwie)
05. Untuk Apa (Saari Amri/Azam Dungun)
06. Minda Dan Jiwa (Awang BPR/Habsah Hassan)
07. Tergamak Kau (Saari Amri/Tia)
08. Nyanyian Jiwa (Saari Amri/Azam Dungun)
09. Cintaku (Asmin Mudin)
10. Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (Saari Amri)
Kumpulan Ukays beruntung kerana mempunyai komposer terkenal Saari Amri yang telah berjaya menghasilkan banyak lagu yang hebat kepada mereka melalui album Bisa Berbisa ini. Semua lagu di dalam album ini sangat popular pada tahun 1994 dan jualan album ini juga mengejutkan ramai peminat apabila berjaya mencecah jualan album lebih 300,000 unit ke atas pada tahun itu. Album ini adalah album terbaik dan paling popular daripada kumpulan Ukays di sepanjang karier mereka. Album ini juga boleh dikatakan album Pop paling laris di Malaysia sepanjang masa. 

04. AMELINA, IWAN & SHEEDA 
ALBUM : DANG DANG DUT
JUALAN ALBUM PADA TAHUN 1996 : 350,000 UNIT
ANGGARAN JUALAN SEHINGGA 2017 : 500,000 - 900,000 UNIT
Track Lagu :
01. Yang Tersayang (Imam S.Ariffin/Jhonny Iskandar)
02. Secangkir Madu Merah (Mukhtar B.)
03. Lagu Hits Buatmu (Adunan Semula)
04. Anak Dara (Adunan Semula)
05. Cinta Sabun Mandi (Nawawi Wc)
06. Angkat Kaki (T.N)
07. Kembalikan Dia
08. Rindu (Darwis)
09. Gadis Atau Janda
10. Cinta Tak Keruan
Album Dang Dang Dut ini adalah album Dangdut Malaysia paling laris sepanjang masa. Album kompilasi Dangdut ini yang lagunya diadun semula telah berjaya menjuarai Carta RIM kategori Album Kompilasi Melayu berminggu-minggu lamanya. Gabungan Raja Dangdut Malaysia Iwan, Ratu Dangdut Malaysia Amelina dan Puteri Dangdut Sheeda telah berjaya mencetuskan fenomena yang tidak terhingga pada tahun 1996. Lagu Yang Tersayang telah berjaya menjadi salah satu lagu paling popular tahun 1996. Malah, kebetulan pula album Asyik Amelina juga telah berjaya menjadi album studio artis Melayu Malaysia paling laris pada  tahun itu dengan jualan lebih 200,000 unit. Maka tidak hairanlah jika dikatakan tahun 1996 adalah tahun kegemilangan irama Dangdut Malaysia.

05. DATO' SITI NURHALIZA 
ALBUM : SITI NURHALIZA
JUALAN ALBUM PADA TAHUN 1997 : 350,000 UNIT
ANGGARAN JUALAN SEHINGGA 2017 : 500,000 - 900,000 UNIT
Track Lagu :
01. Aku Cinta Padamu (Ly/Baiduri)
02. Wajah Kekasih (Adnan Abu Hassan/Hani MJ)
03. Tirai Semalam (Fauzi Marzuki/S.Amin Shahab)
04. Demi Kasih Kita (Adnan Abu Hassan/Siti Nurhaliza)
05. Kesilapanku Keegoanmu (Ly/Baiduri)
06. Khayalan Cinta (Xiao Wong/Ucu)
07. Usah Diragui (Zul Mahat/Habsah Hassan)
08. Rindu Di Antara Kita feat Ciang Teng (Adnan Abu Hassan/Hani MJ)
09. Bisikan Asmara (Helen Yap/Amran Omar)
10. Seri Mersing (Copyright Controlled)
11. The Colour Of Love (O/A Celine Dion)  (David Foster/Arthur Ganov)
Album ini adalah permulaan kemuncak kejayaan Dato' Siti Nurhaliza di dalam bidang seni tanahair. Lagu Aku Cinta Padamu telah berjaya menjadikan Dato Siti sebagai idola No.1 peminat hiburan Malaysia ketika itu biarpun terpaksa bersaing hebat dengan artis senior lain yang juga tidak kurang hebatnya juga. Album ini berada di dalam Carta RIM berminggu-minggu lamanya kesan daripada populariti setiap lagu di dalam album hebat ini. Di dalam album ini Dato' Siti ada berduet dengan penyanyi Ciang Teng untuk menyanyikan lagu campuran Bahasa Malaysia/Mandarin berjudul Rindu Di Antara Kita. Selain itu, Dato' Siti juga ada menyanyikan semula lagu Celine Dion berjudul The Colour Of Love dan lagu Irama Tradisional Seri Mersing dengan cara yang tersendiri. 

06. RAMLAH RAM 
ALBUM : KAU KUNCI CINTAKU (DALAM HATIMU)
JUALAN ALBUM PADA TAHUN 1988: 200,000 UNIT
ANGGARAN JUALAN SEHINGGA 2017 : 500,000 - 800,000 UNIT
Track Lagu : 
01. Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) (Ahmad Nawab/Wielid)
02. Apa Khabarmu Di Sana (Ahmad Nawab/Juwie)
03. Rindu Semalam (Ismail Ahmad Nawab,Shafie Ram/ Talha Tukiman)
04. Penantian Yang Tak Berakhir (Ahmad Nawab/Talha Tukimin)
05. Membilang Butir Harapan (Rahim Othman/Habsah Hassan)
06. Rindu Itu Menyeksakkan (Ahmad Nawab/Juwie)
07. Hanyalah Pada Mu Ku Cinta (Ahmad Nawab/Juwie)
08. Pedihnya Kerana Cinta (Ahmad  Nawab/Juwie)
09. Insaflah (Wan Rozali/Raz)
10. Diam Diam Jatuh Cinta (Ismail Ahmad Nawab/Talha Tukimin)
Di awal kemunculan Ramlah Ram, beliau pernah digelar Whitney Houston Malaysia kerana kekuatan dan nada tinggi vokal beliau yang hebat. Beliau juga merupakan artis pertama Malaysia  yang album terjual melebihi 200,000 unit ke atas dan ini menjadikan beliau merupakan salah seorang artis Malaysia paling popular pada ketika itu sehinggalah kini. Beliau yang juga dikenali sebagai salah seorang legenda muzik Malaysia ini juga sangat versatile di dalam bidang muzik kerana mampu menyanyikan lagu Dangdut dan Irama Malaysia dengan sangat baik. 

07. ELLA 
ALBUM : 30110
JUALAN ALBUM PADA TAHUN 1992 : 300,000 UNIT
ANGGARAN JUALAN SEHINGGA 2017 : 500,000 - 800,000 UNIT
Track Lagu :
01. Kitalah Bintang (Imanzali,Aris Ariwatan/Loloq)
02. Sembilu (Saari Amri)
03. Layar Impian (Santiman/Nurbisa)
04. Penjara Misteri (Yan Search/Loloq)
05. Bolero (M.Nasir/Loloq)
06. Bendera Damai (Hassan Babyblon/Loloq)
07. 12 Purnama (Fauzi Marzuki/S.Amin Shahab)
08. Mat Kental (Aidit Alfian/BABA)
09. Justeru (Hattan/Nurbisa)
10. Kabus Sirna (M.Nasir/Nurbisa)
Album ini merupakan album paling cepat laris jualannya di dalam masa minggu pertama jualannya iaitu terjual lebih 100,000 unit. Kehebatan album ini juga telah berjaya meletakkan status Ella sebagai salah seorang artis paling popular dan terbaik negara. Lagu paling diingati di dalam album ini ialah Layar Impian dan Sembilu.  

08. XPDC 
ALBUM : BRUTAL
JUALAN ALBUM PADA TAHUN 1997 : 300,000 UNIT
ANGGARAN JUALAN SEHINGGA 2017 : 500,000 - 800,000 UNIT
Track Lagu :
01. Tak Nak Jadi Soh Chai (Izo XPDC/Loloq)
02. Hentian Ini (J.S Kevin)
03. Hidup Bersama (Salamah Basiron Copyright Controlled)
04. Tinggalkan Semalam (J.S. Kevin)
05. Aku Takkan Bising (Mael XPDC)
06. Senapang Patah (Peter Chong/J.S Kevin)
07. Cempedak Jadi Nangka (Mael XPDC)
08. Aku Masih Di Sini (Izo XPDC/Azam Dungun)
09. Semangat Yang Hilang (Izo XPDC/J.S Kevin)
10. Apa Nak Dikata (Izo XPDC/J.S Kevin)
Album terbaik kumpulan XPDC ini juga merupakan album kumpulan Rock paling laris dalam sejarah  muzik Malaysia kerana terjual lebih 300,000 unit pada tahun 1997 sahaja. Konsep muzik rock XPDC yang sememangnya jauh berbeza dengan Kumpulan Search dan Wings ini telah berjaya memberikan mereka satu identiti muzik tersendiri untuk terus berjuang di dalam industri muzik tanahair. Album XPDC ini adalah contoh album Rock yang bukan daripada aliran muzik arus perdana biasa tetapi sangat popular di kalangan penggemar muzik arus perdana. Kesemua lagu dalam album ini sangat popular dan kerap diputarkan di radio seluruh Malaysia. Suatu fenomena muzik Rock yang kini sudah jarang dapat dilakukan semula pada zaman ini. 

09. KUMPULAN SLAM 
ALBUM : KESAN TERBUKTI
JUALAN ALBUM PADA TAHUN 1995 : 300,000 UNIT
ANGGARAN JUALAN SEHINGGA 2017 : 400,000 - 800,000 UNIT

Track Lagu :
01. Tak Mungkin Berpaling (Saari Amri/Azam Dungun)
02. Manisnya Rindu (Saari Amri/Azam Dungun)
03. Bukan Niat Membalas Derita (Shadek/Johan Aziz)
04. Warisan Kita (Lili/Johan Aziz)
05. Nur Kasih (Saari Amri/Zur'Ain)
06. Biarkannya (KRU)
07. Sendiri (Yusuf Tusuf/Johan Aziz)
08. Damai (Ajak/Johan Aziz)
09. Di Ranting Impian (Kid Search/Azam Dungun)
10. Kembali Terjalin (Saari Amri/Habsah Hassan)
Selain Ukays, kumpulan Slam adalah merupakan anak didik Saari Amri paling berjaya di dalam industri muzik tanahair. Album Kesan Terbukti telah mencipta suatu kejutan apabila album ini meletup di pasaran seperti mana album Ukays Bisa Berbisa dan Tajam Menikam. Keunikan vokal Zamani dan lagu Slam yang mempunyai konsep Pop Rock Balada sedikit berbeza dengan kumpulan Ukays telah berjaya meletakkan Kumpulan Slam sebagai salah satu kumpulan muzik paling popular di dalam sejarah muzik negara. Lagu paling popular di dalam album ialah Tak Mungkin Berpaling, Nurkasih dan Kembali Terjalin. 

10. DATO' SITI NURHALIZA 
ALBUM : CINDAI
JUALAN ALBUM PADA TAHUN 1997/98 250,000 UNIT
ANGGARAN JUALAN SEHINGGA 2017 : 400,000 - 800,000 UNIT
Track Lagu :
01. Cindai (Pak Ngah/Hairul Anuar Harun)
02. Laksamana Mati Dibunuh (Copyright Controlled)
03. Janji (Copyright Controlled/Elya Khadam)
04. Lela Manja (Copyright Controlled)
05. Kaparinyo  (Copyright Controlled)
06. Es Lilin (Copyright Controlled /Ibu Mursih)
07. Damak (Copyright Controlled)
08. Joget Pahang (Copyright Controlled)
09. Patah Hati (Copyright Controlled)
10. Joget Berhibur (Copyright Controlled)
Album Cindai adalah album tradisional paling laris di Malaysia. Kesemua lagu di dalam album ini sangat popular dan menjadi siulan para peminat pada tahun 1998. Malah lagu Cindai juga berjaya memecah monopoli muzik arus perdana apabila berjaya menjadi juara Carta Lagu Muzik Muzik berminggu-minggu lamanya dan juga juara lagu carta radio di seluruh Malaysia. Lagu ini juga berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu 1998. Kehebatan lagu ini yang cukup popular kerana kualiti tinggi lagu ini sebenarnya secara tidak langsung telah meletakkan lagu Irama Malaysia ke satu tahap baru di dalam industri muzik Malaysia dan seterusnya boleh bersaing hebat dengan irama muzik lain juga. 

EXTRA INFO 
ALBUM TERLARIS BERDASARKAN KATEGORI MUZIK DI MALAYSIA SAHAJA

01. POP 
UKAYS - BISA BERBISA (1994) : 350,000 UNIT

02. ROCK
ELLA - USA (1994) : 320,000 UNIT

03. IRAMA MALAYSIA
DATO' SITI NURHALIZA - CINDAI (1997) : 250,000 UNIT

04. NASYID 
KUMPULAN RAIHAN - PUJI PUJIAN (1997) : 800,000 UNIT

05. R&B 
DATUK SHEILA MAJID - LEGENDA (1990) : 100,000 UNIT

06. DANCE MUSIC
KUMPULAN KRU - OH LA LA (1996) : 150,000 UNIT

07. RAP/HIP HOP
KUMPULAN TOO PHAT - 360 (2003) : 100,000 UNIT

08. WORLD MUSIC 
ZAINAL ABIDIN (1991) : 100,000 UNIT

09. DANGDUT 
AMELINA, IWAN & SHEEDA - DANG DANG DUT (1996) : 350,000 UNIT

10. R&B KONTEMPORARI 
 RUFFEDGE - DEFINED (2004) : 40,000 UNIT

11. ALTERNATIVE ROCK
KUMPULAN  OAG - OLD TIME GARBAGE (1994) : 70,000 UNIT

12. METAL/HARD ROCK 
KUMPULAN XPDC - BRUTAL (1997) : 300,000 UNIT

13. SKA POP/ROCK
KUMPULAN SPIDER - ALADDIN (2002) : 60,000 UNIT

14. POP KLASIK 
KUMPULAN 2BY2 - RINDU (1996) - 100,000 UNIT

15. INGGERIS TEMPATAN
KUMPULAN TOO PHAT - 360 (2003) : 100,000 UNIT

16. KOMEDI
SENARIO (1997) : 100,000 UNIT

17. JUALAN ALBUM LELAKI PALING LARIS (1 ALBUM)
AWIE (1994) : 220,000 UNIT

18. JUALAN ALBUM WANITA PALING LARIS (1 ALBUM)
ELLA - USA (1994) : 320,000 UNIT

19. JUALAN ALBUM VOKAL/DUO KUMPULAN LELAKI PALING LARIS (1 ALBUM)
KUMPULAN RAIHAN - PUJI PUJIAN (1997) : 800,000 UNIT 

20. JUALAN ALBUM VOKAL DUO/KUMPULAN WANITA  PALING LARIS (1 ALBUM)
FEMININ - UNTUKMU (1993) : 100,000 UNIT

21. JUALAN ALBUM KUMPULAN BAND LELAKI PALING LARIS (1 ALBUM)
UKAYS - BISA BERBISA (1994) : 350,000 UNIT

22. JUALAN ALBUM KUMPULAN BAND WANITA PALING LARIS (1 ALBUM)
KUMPULAN CANDY  - CANDY (1997) : 60,000 UNIT

23. JUALAN ALBUM ARTIS SOLO PALING LARIS SEPANJANG MASA
ELLA - USA (1994) : 500,000 UNIT

24. JUALAN ALBUM VOKAL DUO ATAU BERKUMPULAN PALING LARIS SEPANJANG MASA
KUMPULAN RAIHAN - PUJI PUJIAN (1997) : I JUTA UNIT 

25. JUALAN ALBUM BERKUMPULAN BAND PALING LARIS SEPANJANG MASA
KUMPULAN UKAYS - BISA BERBISA (1994) : 500,000 UNIT

26. JUALAN DEBUT ALBUM PERTAMA PALING LARIS SEPANJANG MASA
KUMPULAN RAIHAN - PUJI PUJIAN (1997) : I JUTA UNIT

27. PENYANYI MALAYSIA PALING LARIS JUALAN SEPANJANG MASA 
DATO' SITI NURHALIZA : 2 JUTA UNIT

Informasi jualan album di atas adalah berdasarkan hasil kajian GV sejak era 90 an sehingga kini dengan berdasarkan pelbagai sumber bahan bacaan bercetak dan elektronik. GV tidak dapat sahkan secara rasmi jualan album tersebut kerana info yang diperolehi bukannya secara langsung daripada pihak yang berkenaan. Oleh sebab itulah konsep anggaran jualan digunakan untuk menentukan kedudukan album di atas dengan berdasarkan impak populariti album itu sendiri dan fakta artikel berita hiburan yang boleh dipercayai. Ketiadaan sumber rasmi secara terus seperti yang terdapat di Amerika Syarikat yang mempunyai senarai mingguan, bulanan dan tahunan Billboard Top Album & Song Chart telah membuatkan kita keliru dalam menentukan album manakah yang patut tersenarai di dalam senarai album Melayu Malaysia paling laris sepanjang masa. Jika dulu kita ada Carta RIM di kaca televisyen untuk kita tonton dan dapatkan info yang sahih daripadanya. Tetapi carta itu pun sudah lama tidak bersiaran.  Kalau ada pun sekarang hanya ada senarai Malaysia iTunes Top Song/Album Chart yang diterbitkan secara atas talian. Namun, ianya tidak dinyatakan secara jelas berapakah jumlah jualan lagu/album digital tersebut dan kita hanya dapat mengetahuinya jika ada berita mengenainya dinyatakan secara rambang di dalam mana-mana artikel berita hiburan semasa. Awal tahun ini ada berita mengatakan Carta RIM akan kembali semula bersiaran ke persada seni. Namun, tidak pasti bila ia akan bermula. Walau bagaimanapun, sama-samalah kita sentiasa menyokong industri muzik tanahair agar sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang.

Raihan 


Sumber : Malaysia Book Of Records 2006 ed, Imej Gambar Daripada Google, sumber1sumber2sumber3

12 comments:

  1. Whoaa semua album Tu mama layan Dan kebanyakkannya Ada beli laser dolu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi... sama la GV juga mama. GV dulu pun beli kaset je. Tak mampu nak beli CD.huhu

      Delete
  2. semua album tersebut jadi lejen..

    dalam industri hiburan kata..lagu hiburan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, kita semua terhibur dengan lagu2 mereka yang berkualiti tu. hihi. mmg lejen. hihi. :D

      Delete
  3. Aik......
    Mana pegi album search fenomena dn wings teori domino/bazooka penaka...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Mr Raffael. Terima kasih sudi singgah blog GV. Album Fenomena, Teori Domino dan Bazooka Penaka semuanya terjual lebih 250k unit Malaysia. Walaupun album Fenomena terjual 2 juta unit di Indonesia, tetapi jualannya di Malaysia sehingga era 90 an masih di bawah jualan album kumpulan Raihan, Ella dan Dato' Siti Nurhaliza. Itu adalah berdasarkan info yg GV pernah baca di dalam majalah hiburan ketika itu. Malah, sehingga kini, mana2x artikel masih mengatakan kesemua album dinyatakan di atas hanya terjual di bawah 300k unit sahaja di Malaysia.

      Delete
  4. Akhirnya ada juga informasi tentang album-album Malaysia terbaik sepanjang masa yang bisa saya baca. Terima kasih. Sungguh informatif. Sukses terus. #play #exist #terleraijanji #albumjangangentar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, salam perkenalan Mr Fim. Terima kasih sudi dan baca blog GV. Gv sangat menghargainya Nanti GV singgah kembali blog Mr Fim ya. :)

      Delete
  5. Bangga rasa xpdc tersenarai, sbb 1997 1998 1999 tu xpdc je ct nuhaliza jer jadi bualan rakyat selain isu reformasi hahhah tp xpdc jarang keluar tv sebab hard rock, tv3 pun masa ru mcm.kureng cikit dgn xpdc

    ReplyDelete
  6. Tapi terbaru tahun 2020 Ella dapat plaque untuk total semua album dia 1juta terjual.. campur semua album dapat 1 juta lebih je..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.