Breaking

Saturday, December 30, 2017

7:42 PM

RAMALAN ORANG ZAMAN DAHULU MENGENAI MASA DEPAN

GALAKSI VIRAL - Sejak kurun ke 18 lagi, manusia di planet Bumi gemar membuat ramalan mengenai kehidupan mereka pada masa hadapan. Ada yang ramalannya tepat dan ada juga sebaliknya. Boleh dikatakan manusia pada zaman itu rasa sangat teruja dengan apa yang berlaku pada masa hadapan kerana beranggapan manusia pada masa akan datang berada dalam satu era kehidupan yang lebih bagus daripada zaman itu. Jawapannya ialah ya dan mungkin tidak. Ianya subjektif. Sebelum itu, mari kita lihat antara ramalan manusia pelbagai zaman mengenai sesuatu perkara itu mengikut pendapat mereka masing-masing.



RAMALAN KEMAJUAN TEKNOLOGI MASA HADAPAN . 
BENAR ATAU TIDAK ?



01. TELEFON TIDAK RELEVAN UNTUK BIDANG KOMUNIKASI ?
JAWAPAN : TIDAK 
William Preece dari British Post Office dan William Orton, Presiden Western Union meragui keberkesanan dan status penggunaan telefon pada hujung dekad 1870an kerana beranggapan ianya tidak relevan, kompleks dan bersifat sementara. Namun, jelas sekali pendapat mereka 100% silap kerana teknologi telefon telah berkembang pesat dan kini ianya sudah menjadi satu keperluan bagi setiap orang ketika ini. 


02. MANUSIA AKAN BOSAN DENGAN TELEVISYEN ?

JAWAPAN : TIDAK 
Darryl Zanuck iaitu seorang pengarah terkenal Amerika era awal dekad 1900 an ini telah mengatakan bahawa televisyen tidak akan disukai oleh orang ramai kerana penonton akan rasa penat dan bosan menontonnya setiap malam. Sekali lagi ramalan ini salah 100%. Walaupun kita sudah memasuki zaman digital, televisyen pelbagai bentuk masih lagi menjadi barang utama di rumah kita sekarang. Ianya seolah menjadi salah satu barang paling penting di rumah. Televisyen masih lagi merupakan sumber utama hiburan seisi keluarga tidak kira di Malaysia, malah di seluruh dunia. Sebab itulah, rating rancangan TV  terutamanya drama, berita, hiburan dan agama masih lagi tinggi tontonannya  kerana masih ramai lagi yang menontonnya melalui televisyen. 



03. INTERNET TIDAK AKAN MAJU DAN DIABAIKAN ?


JAWAPAN : TIDAK
Agak melucukan apabila ada pakar bidang teknologi sendiri memandang rendah kepada keupayaan internet dalam mencorak kehidupan baru yang lebih moden di kalangan manusia ketika itu. Robert Metcalfe & beberapa lagi golongan professional  dalam bidang IT adalah di antara mereka yang pernah membuat kenyataan sebegini terhadap internet pada tahun 1995. Walau bagaimanapun, mereka semua telah mengalami satu perasaan malu besar apabila internet menjadi semakin maju dan mendapat permintaan yang sangat tinggi di kalangan pengguna IT sendiri  selepas tahun 1996 dan meningkat kepada tahun seterusnya. Rasanya mulai saat itu, mereka baru mula berfikiran terbuka terhadap pelbagai perkembangan baru berkaitan sistem teknologi moden kerana setiap ciptaan baru itu perlu diberi peluang dahulu untuk melihat keberkesanannya untuk satu tempoh masa tertentu dan kemudian barulah penilaian akan dilakukan. 


04. HAIWAN AKAN MENJADI PEMBANTU RUMAH MANUSIA ? 


JAWAPAN : YA DAN TIDAK
Pada era 60 an, ada pendapat mengatakan haiwan boleh dijadikan sebagai pekerja buruh untuk membantu manusia melakukan kerja seharian. Kalau monyet itu rasanya ada orang di kawasan kampung itu bela haiwan ini untuk tolong mereka buat kerja seperti pulas dan kutip buah kelapa. Kalau kangaroo itu, belum pernah dengar lagi. Tapi rasanya mesti ada tentangan daripada pencinta haiwan kerana memaksa haiwan melakukan kerja di luar kemampuan mereka. 



04. REL BERKELAJUAN TINGGI TIDAK MUNGKIN BOLEH DIBINA ? 

JAWAPAN : TIDAK
Dr Dionysius mengatakan rel kereta api kelajuan tinggi untuk perjalanan jauh atau dekat tidak mungkin di bina kerana penumpangnya akan mati disebabkan oleh penyakit Asphyxia. Penyakit Asphyxia ini berkait rapat dengan kekurangan oksigen yang mengganggu sistem pernafasan pesakit. Untuk zaman ini, ianya jelas tidak menjadi masalah kerana kecanggihan teknologi zaman kini telah mengatasi masalah yang pernah dikatakan oleh Doktor ini pada kurun ke 18 yang lalu. 



05. KUMPULAN THE BEATLES TIDAK AKAN POPULAR ? 

JAWAPAN : TIDAK 
Syarikat rakaman Decca telah menolak kumpulan Beatles untuk menjadi artis rakaman mereka pada tahun 1962. Mereka mengatakan muzik The Beatles tidak bagus dan ketinggalan zaman. Namun, segala-galanya berubah apabila hampir kesemua lagu The Beatles meletop di pasaran dan kini kumpukan ini sudah menjadi legenda kumpulan muzik No.1 di dunia. 



06. APPLE BAKAL BANKRUP DAN DITUTUP OPERASINYA ?

JAWAPAN : TIDAK
Pada tahun 1995-1997, banyak komen negatif telah dilemparkan kepada Steve Job dan syarikat miliknya iaitu Apple Inc. Majalah ternama dan terkenal seperti The Economist, NewYork Times, Business Week dan banyak lagi  telah meramalkan jangka hayat produksi kompeni Apple ini akan tidak lama kerana pelbagai masalah seperti isu bankrup, produk tidak berkualiti dan tidak disukai ramai. Namun, sekali lagi ramalan pakar ekonom i& IT itu telah silap kerana  Apple Inc. telah berjaya menjadi suatu jenama yang sangat terkenal dan telah menghasilkan pelbagai bahan teknologi canggih serta menjadi kegilaan ramai peminat. Satu perkara yang jelas, hendak berjaya bukan perkara yang mudah kerana banyak kritikan  negatif akan diterima berbanding dengan kritikan membina. Orang kata kena kuat semangat baru boleh berjaya. Ianya susah tapi kena cuba sedaya upaya. Contohnya seperti apa yang dilalui oleh Steve Jobs dan The Beatles. 

Itu adalah di antara ramalan orang dahulu mengenai perkara masa hadapan yang melibatkan teknologi. Kalau pernah tengok filem Back To The Future 1, 2 dan 3, dalam filem itu ada banyak ramalan masa depan dinyatakan di dalam filem itu. Kebanyakan orang zaman dahulu suka buat ramalan berkaitan teknologi dan perkara moden yang mengubah cara hidup mereka di masa hadapan. Bagaimana dengan manusia zaman sekarang ? Majoriti besar manusia zaman sekarang gemar melakukan ramalan masa hadapan seperti :

- Dunia akan mengalami malapetaka bencana alam yang amat dasyat sehingga memaksa manusia memulakan semula tamadun baru di planet lain
- Dunia akan dikuasai dengan kuasa New World Order @ Illuminati @ All Seeing Eye @ Zionis
- Manusia akan digantikan dengan robot kerana manusia akan pupus atas pelbagai sebab seperti cerita Terminator 
- Manusia berubah menjadi mutant macam cerita X-Men
- Manusia akan menjadi zombie dan hidup dalam kegelapan seperti drama The Walking Dead dan Fear The Walking Dead
- Hanya segolongan manusia sahaja akan hidup di angkasa kerana Bumi sudah tidak produktif lagi untuk hidup seperti drama The 100 dan filem Elysium
  
Dan macam-macam lagi ramalan manusia sekarang yang ramalkan. Majoriti lebih menjurus ke arah negatif. Untuk GV pula, GV bukan mahu buat ramalan tetapi GV dapat rasakan satu ada teknologi akan dibina pada masa akan datang yang akan mengubah 360 darjah tamadun manusia nanti iaitu :

"Mesin Waktu Akan Dicipta Dalam Masa 100 Tahun Lagi - Galaksi Viral, 30 Disember 2017"

Telefon tanpa wayar boleh dicipta dan kini cuaca dunia pun boleh dibuat oleh manusia, jadi tidak mustahil jika mesin waktu boleh tercipta. Mungkin akan kata mustahil dan tidak mungkin akan berlaku. Namun, sejarah sudah membuktikan betapa banyak perkara yang dulunya sangat mustahil tetapi kini sudah menjadi realiti. Walaupun begitu, kita harus akui segala yang berlaku pastinya kerana ketentuan Ilahi yang mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan apa saja perkara  untuk berlaku atau sebaliknya. 

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/



7:35 PM

ARTIS WANITA PALING CANTIK DI FILIPINA

GALAKSI VIRAL - Jika dilihat secara imbas lalu, boleh dikatakan negara yang paling banyak mempunyai selebriti paling jelita, cantik, hansem dan kacak ialah negara Filipina, Thailand dan Indonesia. Majoriti mereka yang mempunyai wajah ada market ini adalah terdiri daripada anak kacukan atau Pan Asian. Disebabkan GV dapati banyak keyword yang keluar di blog GV yang mencari artikel berkaitan Artis Filipina Paling Kacak & Jelita ini. Dengan sukacitanya GV akan senaraikan artis-artis Filipina yang meletop dan menjadi pujaan ramai di sana untuk tatapan pembaca hiburan Malaysia. Mari kita lihat siapakah Artis Wanita Paling Cantik yang menjadi perhatian peminat di sana. 



ARTIS WANITA FILIPINA PALING CANTIK


01. LIZA SOBERANO
TARIKH LAHIR : 04 JANUARI 1988
UMUR : 19 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA + AMERIKA
CATATAN :
Liza yang mempunyai wajah seakan patung Barbie ini adalah bakal Heroin No.1 Filipina pada masa akan datang. Beliau juga baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang kepada anugerah"Campaign Asia-Pacific Most Popular Endorser of 2017. Selain itu, Liza juga kerap dilabelkan sebagai Wanita Paling Cantik Di Dunia Tahun 2017.



.
02. JESSY MENDIOLA
TARIKH LAHIR :
UMUR :
KETURUNAN : FILIPINA + LEBANON + BRITISH
CATATAN :
Jessy pernah dinobatkan Wanita Paling Seksi 2016 oleh majalah FHM Filipina. Antara drama beliau yang sangat popular di sana ialah Maria Mercedes dan Budoy.




03. ELISSE JOSSON
TARIKH LAHIR : 06 JANUARI 1996
UMUR : 21  TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA
CATATAN :
Elisse adalah bakal Heroin No.1 di Filipina. Namun, beliau terpaksa bersaing hebat dengan Liza Soberano yang juga dalam proses untuk memegang takhta Heroin No.1 Filipina itu.




05. ELLEN ADARNA
TARIKH LAHIR :  02 APRIL 1988
UMUR : 29 TAHUN
 KETURUNAN : FILIPINA + CINA + SEPANYOL
CATATAN :
Ellen adalah model dan aktres yang sangat popular di Filipina ketika ini. Beliau juga dikenali sebagai salah seorang selebriti internet yang terkenal sebelum menceburi bidang seni secara serius.




05. MAJA SALVADOR
TARIKH LAHIR : 05 OKTOBER 1988
UMUR : 29 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA
CATATAN :
Maja adalah salah seorang aktres terbaik untuk generasi baru di Filipina. Beliau mempunyai gaya lakonan yang sangat hebat, mantap, berkarakter dan versatile. Beliau juga digelar Puteri Tarian Filipina kerana kehebatan beliau di dalam bidang seni tarian.





06. SARAH GERONIMO
TARIKH LAHIR : 25 JULAI 1988
UMUR : 29 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA
CATATAN :
Sarah adalah ibarat Dato Seri Siti Nurhaliza versi Filipina. Beliau adalah Penyanyi No.1 Filipina dan juga pelakon yang sangat popular di sana.



07. ANNE CURTIS
TARIKH LAHIR : 17 FEBRUARI 1985
UMUR : 32 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA + AUSTRALIA
CATATAN :
Anne adalah salah seorang aktres yang sangat popular dan berpengaruh di Filipina. Nama beliau kerap disebut di dalam mana-mana rancangan hiburan kerana ramai yang mengaguminya sebagai selebriti yang berbakat dan hebat.




08. PIA WURTZBACH
TARIKH LAHIR :  24 SEPTEMBER 1989
UMUR : 28 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA + JERMAN
CATATAN :
Pia adalah Miss Universe paling popular di dalam sejarah pertandingan Ratu Cantik itu. Ianya semua kerana kontroversi pengacara pertandingan itu yang tersilap umum pemenang di mana sepatutnya  Pia ialah Juara dan bukannya Naib Juara pertandingan itu. Kini, Pia mula fokus kembali kepada bidang seni dengan menjadi juri Asia's Next Top Model dan terbaru filem komedi blockbuster lakonan beliau  yang telah diterbitkan pada hujung bulan ini.




09. RHIAN RAMOS
TARIKH LAHIR : 03 OKTOBER 1990
UMUR : 27 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA
CATATAN :
Rhian adalah antara aktres yang cukup terkenal melalui pelbagai drama yang popular dan mendapat rating yang tinggi daripada penonton.


10. NADINE LUSTRE
TARIKH LAHIR : 31 OKTOBER 1993
UMUR : 24 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA
CATATAN :
Nadine adalah Heroin No.1 di Filipina ketika ini. Apa yang menariknya ialah teman lelaki beliau iaitu James Reid adalah Hero No.1 Filipina pada masa ini juga. Ini bermakna mereka berdua adalah Pasangan Kekasih No.1 di Filipina kerana mempunyai pengaruh populariti yang besar dan sangat berjaya di dalam kerjaya seni masing-masing.


KLIK SINI > > ARTIS LELAKI PALING KACAK DI FILIPINA 

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Imej Google




5:17 PM

ARTIS LELAKI PALING KACAK DI FILIPINA

GALAKSI VIRAL - Jika dilihat secara imbas lalu, boleh dikatakan negara yang paling banyak mempunyai selebriti paling jelita, cantik, hansem dan kacak ialah negara Filipina, Thailand dan Indonesia. Majoriti mereka yang mempunyai wajah ada market ini adalah terdiri daripada anak kacukan atau Pan Asian. Disebabkan GV dapati banyak keyword yang keluar di blog GV yang mencari artikel berkaitan Artis Filipina Paling Kacak & Jelita ini. Dengan sukacitanya GV akan senaraikan artis-artis Filipina yang meletop dan menjadi pujaan ramai di sana untuk tatapan pembaca hiburan Malaysia. Mari kita lihat siapakah Artis Lelaki Filipina Paling Kacak yang menjadi perhatian ramai peminat di sana.



ARTIS LELAKI FILIPINA PALING KACAK


01. DANIEL MATSUNAGA
TARIKH LAHIR : 28 NOVEMBER 1988
UMUR : 29 TAHUN
KETURUNAN : JEPUN + BRAZIL
CATATAN :
Daniel kerap dilabelkan sebagai lelaki paling kacak di Filipina oleh banyak media di sana. Beliau merupakan seorang model yang sangat terkenal di Filipina dan seterusnya menceburkan diri ke dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Daniel juga merupakan Juara pertandingan realiti TV No.1 Filipina iaitu Pinoy Big Brother edisi All In pada tahun 2014. 




02. JAMES REID
TARIKH LAHIR : 11 MEI 1993
UMUR : 24 TAHUN
KETURUNAN :  FILIPINA + AUSTRALIA
CATATAN :
James adalah Hero No.1 Filipina ketika ini. Beliau pernah dipilih Lelaki Paling Hot di Filipina sebanyak tiga kali iaitu tahun 2014, 2016 dan 2017. Beliau amat popular di dalam bidang nyanyian dan lakonan di sana.



03. GERALD ANDERSON
TARIKH LAHIR : 7 MAC 1989
UMUR : 28 TAHUN
KETURUNAN :  FILIPINA + AMERIKA
CATATAN :
Gerald digelar Putera Filem dan TV Filipina untuk era 2010 an. Beliau juga digelar Putera Drama TV kerana keberkesanan dan kehebatan beliau sebagai pelakon drama lelaki yang serba boleh dan versatile.





04. TOM RODRIGUEZ
TARIKH LAHIR : 01 OKTOBER 1987
UMUR : 30 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA + AMERIKA
CATATAN :
Tom adalah seorang model dan aktor yang sangat terkenal di Filipina. Beliau pernah dijemput untuk menjadi tetamu jemputan di dalam salah satu musim pertandingan Asia's Next Top Model.



05. JAMES BLANCO
TARIKH LAHIR : 15 JUN 1981
UMUR : 36 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA
CATATAN :
James adalah salah seorang aktor Filipina yang pernah dikenali sebagai Idola Remaja era awal 2000 an. Walaupun berwajah kacak, tidak dapat dipastikan kenapa beliau tidak begitu cemerlang di dalam kerjaya setelah umurnya mula mencecah 30 tahun ke atas. Namun, beliau tetap disukai ramai kerana mempunyai perwatakan yang baik dan berwajah babyface.


06. COCO MARTIN
TARIKH LAHIR : 01 NOVEMBER 1981
UMUR : 36 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA
CATATAN :
Coco adalah salah seorang aktor paling laris ketika ini kerana pernah menjadi Hero No.1 Filipina untuk dua tahun iaitu 2010 dan 2016. Filem beliau berjudul Super Parental Guardian juga merupakan filem paling laris dalam sejarah hiburan Filipina dengan kutipan sebanyak 590.1 juta pesos. Beliau juga digelar Primetime King Filipinas.




07. PIOLO PASCUAL
TARIKH LAHIR : 12 JANUARI 1977
UMUR :  40 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA
CATATAN :
Piolo Pascual adalah segelintir aktor senior di Filipina yang pernah menjadi Hero No.1 Filipina untuk suatu jangka masa yang agak lama. Saingan beliau dari segi bakat dan populariti pastinya Jericho Rosales.



08. DENNIS TRILLO
TARIKH LAHIR :  12 MEI 1981
UMUR : 36 TAHUN
KETURUNAN :  FILIPINA + CINA
CATATAN :
Dennis adalah Drama King Filipina untuk era 2000an. Banyak lakonan beliau ditayangkan pada waktu perdana di saluran GMA Network dan mendapat rating yang sangat tinggi.




09. MCCOY DE LEON
TARIKH LAHIR : 20 FEBRUARI 1995
UMUR :  22 TAHUN
KETURUNAN :  FILIPINA
CATATAN :
McCoy adalah salah seorang bakat baru Filipina bakal meletop dan menjadi Hero No.1 Filipina untuk masa akan datang.




10. GIL CUERVA
TARIKH LAHIR :  21 OGOS 1995
UMUR :  22 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA + SEPANYOL
CATATAN :
Gil adalah salah seorang model antarabangsa Filipina yang mula mendapat nama di dalam bidang seni hiburan di sana. Dengan kualiti bakat dan rupa dimilikinya, beliau dijangka mencetuskan satu fenomena baru di dalam bidang seni beliau nanti. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daniel Matsunaga Instagram

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : Imej Google

Friday, December 29, 2017

12:42 AM

SEARCH ENGINE PALING POPULAR DAN BANYAK DIGUNAKAN OLEH PENDUDUK MALAYSIA

GALAKSI VIRAL - Web Search Engine atau Enjin Pencarian Web adalah satu sistem perisian yang digunakan untuk mencari pelbagai info di World Wide Web. Jadi, enjin pencarian manakah paling banyak digunakan dan popular di Malaysia. Mungkin ada yang sudah tahu jawapannya kan. Jika belum tahu, jom kita tengok senarai di bawah.


Credit Image To Google.

ENJIN PENCARIAN WEB
PALING POPULAR 
 DI MALAYSIA 2017/2018




01. GOOGLE (96.94%)
IBU PEJABAT : USA
CATATAN :
Google is Internet. Internet is Google. Dengan market share Malaysia  sebanyak 96.94% , rasanya Google berjaya mendapat CGPA 4.0 dengan sangat cemerlang untuk kategori enjin pencarian web paling popular di Malaysia.


02. YAHOO (1.6%)
IBU PEJABAT : USA
CATATAN ;
Yahoo pernah menjadi juara carta enjin pencarian paling popular untuk era awal 2000 an. Namun, segalanya berubah apabila Google mengatasi segala-galanya. Kini Yahoo Messenger sudah menjadi bahan antik untuk era digital zaman kini.



03. BING (1.04 %)
IBU PEJABAT : USA 
CATATAN :
Sudah agak banyak nama ditukar di mana nama asal Bing ialah MSN Search, Window Live Search dan Live Search. Namun, ianya masih tidak mampu menawan hati pengguna internet Malaysia untuk mencari info melaluinya. 



04. BAIDU (0.16%)
IBU PEJABAT : CHINA
CATATAN : 
Satu-satunya produk negara China yang berjaya masuk Top 6. Dan ianya juga sudah pasti digunakan oleh kebanyakan orang yang mahir Bahasa Mandarin di Malaysia. 


05. DUCK DUCK GO (0.07%)
IBU PEJABAT : USA
CATATAN :
GV tidak pernah guna Duck Duck Go dan baru pertama kali mendengarnya. Duck Duck Goes ini lebih fokus kepada info pencarian yang lebih jitu, spesifik, lebih tepat dan pentingkan privasi pengguna. Memang unik dan bagus juga itu.


ASK JEEVES (0.03%)
IBU PEJABAT : USA
CATATAN : 
Ask Jeeves atau Ask.com. GV selalu guna untuk cari artikel untuk assignment article review jika GV tidak menggunakan pangkalan data universiti. Kat sini rasanya lebih mudah mencari info bersifatkan akademik yang umum dan percuma untuk pengguna lain. 

Kesimpulannya, lima daripada enam enjin pencarian di atas adalah milik USA dan satu saja daripada China. Google menguasai carta di atas kerana paparan enjin pencariannya lebih mudah, bersih, tidak berserabut, mesra pengguna, mudah digunakan dan banyak info boleh diperolehi melaluinya berbanding enjin pencarian yang lain.


Sumber Info Daripada SimilarWeb.Com


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/




Sumber : SearchEngine, Google Image
12:41 AM

WEBSITE PALING POPULAR DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

GALAKSI VIRAL - Di zaman internet ini, terdapat pelbagai website telah disediakan oleh pelbagai pihak untuk memenuhi keperluan dan  kehendak para pelayar internet dalam memperolehi pelbagai info yang bersifatkan umum mahupun khusus. Oleh itu, jom kita tengok laman sesawang manakah paling popular di Malaysia dan kerap dilayari oleh pengguna internet Malaysia. 

Credit to Google Image

TOP 10 
WEBSITES 
PALING POPULAR 
DI MALAYSIA 
TAHUN 2017


01. GOOGLE.COM
CATATAN :
Google sentiasa berada di kedudukan pertama tidak kira untuk kategori mana pun. 



02. FACEBOOK.COM
CATATAN :
Facebook masih lagi berkuasa sebagai alat sosial media paling berpengaruh di Malaysia. 




03. YOUTUBE.COM
CATATAN :
Sumber video paling utama untuk rakyat Malaysia ialah tidak lain tidak bukan - YouTube



04. BLOGSPOT.MY
CATATAN : 
 Berita baik untuk para blogger Malaysia kerana Blogspot.My adalah site keempat paling banyak dilayari penduduk Malaysia. Tetap setia dengan blogspot. :)



05. MAYBANK2U.COM
CATATAN : 
Sistem perbankan online paling popular di Malaysia ialah Maybank2u.com





06. GOOGLE.COM.MY
CATATAN : 
Alternatif kepada Google.com. Mestilah rakyat Malaysia menggunakan Google Malaysia kan. 



07. LAZADA.COM.MY 
CATATAN:
Harga barang murah dan banyak produk di jual di website  Lazada. Jadi tidak menghairankanlah Lazada adalah Website Online Shopping No.1 Malaysia.





08. YAHOO.COM
CATATAN : 
Tak sangka masih ada orang  guna Yahoo untuk search pelbagai info. Actually, GV sendiri ada backup email guna email yahoo. huhu. 




09. PORN.HUB.COM
CATATAN : 
No Komen.



10. INSTAGRAM.COM

CATATAN : 
Artis Malaysia dan selebriti media sosial ramai pakai Instagram. No wonder duduk No.10 di Malaysia.




Di bawah ada printscreen ranking untuk info di atas. 


Sumber Info Daripada Website SimilarWeb.com


Credit to Google Image


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

*Lain sumber rujukan, lainlah kedudukan rangking di atas. Ianya mungkin kerana kaedah kajian, ukuran serta analisa kajian yang mungkin berbeza telah digunakan di dalam kajian mereka yang lain  dalam usaha untuk mendapatkan satu senarai seperti di atas. Walau begitu, selalunya website yang tersenarai majoritinya sama saja kerana skop kajian masih sama dan yang berbeza hanyalah cara penilaian hasil kajian mereka sahaja. 

Sumber : TopWebsite2017ALEXA.COM, Google Image