GALAKSIVIRAL - Physical : Asia adalah rancangan realiti TV Sukan paling popular ketika ini. Rancangan ini ditayangkan di saluran Netflix sebanyak 12 episod. Rancangan ini adalah spin off daripada rancangan asal iaitu Physical :100 terbitan Netflix Korea. Namun begitu, ia juga dikenali sebagai Physical 100 Musim Ketiga di kalangan peminat rancangan ini.
REVIEW
PHYSICAL : ASIA
Nama Rancangan : Physical : Asia
Jenis Rancangan : Realiti TV
Fokus Rancangan : Pertandingan Sukan Ketahanan Fizikal & Mental Asia
Jumlah Episod : 12
Mula Ditayangkan : 28 Oktober - 18 November 2025
Negara Asal Rancangan : Korea Selatan
Saluran : Neflix
Jumlah Negara Sertai Rancangan Ini : 8
Hadiah : 1 Billion Won (USD 700,000)
Juara : Korea Selatan
Tempat Kedua : Mongolia
Tempat Ketiga : Australia
Tempat Keempat: Jepun
Tempat Kelima : Turkiye
Tempat Keenam : Filipina
Tempat Ketujuh : Thailand
Tempat Kelapan : Indonesia
Peserta Paling Muda : Nonoka Ozaki - 22 tahun (Jepun)
Peserta Paling Tua : Manny Pacquaio - 46 tahun (Filipina)
Review :
Rancangan realiti TV sukan ini menjadi sangat popular kerana mengabungkan wakil-wakil sukan negara Asia yang terbaik dan popular termasuk wakil daripada negara Turkiye dan Australia. Nama-nama legenda dalam pelbagai jenis bidang sukan seperti ikon dunia sukan tinju Manny Pacquiao (Filipina), ikon sukan seni bela campuran (MMA) Robert Whittaker (Australia), Amotti Juara Physical : 100 musim kedua (Korea Selatan), Superbon Singha Juara One Championship Muay Thai (Thailand), Yun Sun-bin juara pingat emas Olimpik sukan skeleton (Korea Selatan), Amarsaikhany Adiyaasuren ikon sukan Judo (Mongolia), Nonoka Ozaki juara pingat emas sukan gusti wanita dunia (Jepun), Yasemin Adar Yigit ikon gusti wanita (Turkey), Choi Seung-yeon atlet Crossfit No.1 Asia (Korea Selatan) dan ramai lagi yang hebat turut menyertai pertandingan. Rancangan ini seolah olah rancangan Sukan Asia dalam versi Realiti TV.
Terdapat enam pusingan utama permainan sukan di mana setiap sukan terdiri daripada samada permainan sukan secara berkumpulan atau individu. Semua sukan di dalam rancangan ini sangat susah walaupun kelihatan mudah. Contoh seperti permainan sukan yang pertama di mana setiap negara perlu bersaing untuk berada di dalam bulatan sehingga tempoh tertentu. Permainan ini memerlukan strategi, kekuatan, kiraan masa tepat, kerjasama yang kukuh dan padu. Kesemua negara mempunyai corak pemikiran yang agak berbeza apabila mereka berbincang strategi permainan sukan ini.
KOREA SELATAN
Ketua kumpulan Kim Dong Hyun (sukan MMA) dikatakan kerap memandang rendah pada atlet wanita mereka sedangkan Eun Sil (sukan Gusti) dan Seung Yun (sukan CrossFit) adalah atlet yang bagus dan kuat. Ramai peminat berpendapat Eun Sil lebih sesuai jadi ketua kerana dalam musim pertama, Eun Sil telah membuktikan beliau adalah ketua yang bagus, prihatin dan sentiasa memberikan kata semangat pada ahli pasukannya. Berbeza dengan Dong Hyun yang suka beri tekanan pada ahli kumpulannya terutamanya pada Kim Min Jae Juara Sukan Gusti Korea Ssireum untuk menang pertandingan melibatkan kekuatan tenaga. Kita dapat lihat muka Kim Min Jae rasa tekanan dan resah jika tidak dapat melakukan yang terbaik ketika bertanding.
Dong Hyun juga kerap kelihatan terkejut apabila melihat atlet Judo Mongolia, Adiyaasuuren dan ahli gusti wanita Adar Yigit mempunyai kekuatan sehebat peserta lelaki. Dong Hyun juga dikecam peminat kerana semua ketua negara lain mempunyai keyakinan tinggi pada ahli wanita mereka dan tidak membeza-bezakan kekuatan antara lelaki dan wanita di dalam pasukan masing-masing kecuali Dong Hyun. Walaupun Amotti (sukan CrossFit) dan Sung-bin (sukan Skeleton) ada momen seolah-olah mereka juga memandang rendah pada peserta wanita yang lain tetapi Amotti dan Sung-bin cepat sedar dan akui kekuatan peserta yang lain. Tambahan pula Amotti disukai ramai kerana mempunyai personaliti mesra dan mudah didekati. Manakala Sung bin pula jenis suka buat hal sendiri dan sempoi. Sung Bin juga bakal menjadi aktor popular Korea Selatan kerana beliau kini dalam terlibat dengan pembikinan filem kerjasama Jepun-Korea Selatan yang berjudul The House of Ghost dan dijangka ditayangkan tahun 2026.
Tim Korea sememangnya tim yang cukup kuat kerana setara kelebihan masing-masing untuk pertandingan ini. Jadi tidak hairanlah mereka menjadi Juara untuk musim kali ini. Namun, peminat sukan mengkritik rancangan ini dan tidak merestui kemenangan mereka. Info lanjut boleh baca di hujung artikel nanti.
MONGOLIA
Peminat sukan secara terang-terangan menyokong bahawa Mongolia adalah Juara sebenar rancangan ini di dalam sosial media. Kesemua ahli pasukan Mongolia adalah sangat kuat walaupun berbeza kemahiran sukan antara satu sama lain. Ketua tim Mongolia iaitu atlet sukan gusti Mongolia Bokh Orkhonbayar Bayarsaikhan adalah contoh ketua kumpulan yang dipuji dan disukai ramai. Beliau sentiasa bagi semangat pada ahli kumpulannya dan bertindak seperti ketua keluarga yang sentiasa menjadi sumber kekuatan kumpulan mereka. Melihat mereka sekumpulan ini adalah seperti melihat sebuah keluarga besar yang saling percaya dan menyayangi antara satu sama lain. Mereka juga sentiasa bersifat rendah diri dan mempunyai semangat juang tinggi.
Atlet Judo Adiyaasuren dan atlet MMA Enkh Orgil kerap mengejutkan pasukan lawan kerana mempamerkan kekuatan yang luar biasa dan daya ketahanan yang tinggi di dalam sukan permainan mereka sertai. Kini kesemua atlet Mongolia ini menjadi sangat popular di kalangan peminat rancangan ini tidak kira di Asia mahupun dunia. Malah mereka juga dipuji dan diberi penghargaan oleh kerajaan mereka kerana mengharumkan nama Mongolia di persada seni sukan dunia.
AUSTRALIA
Nama Robert Whittaker sangat popular di dalam dunia sukan MMA. Beliau pastinya menjadi tarikan utama daripada peminat sukan di Australia untuk menonton rancangan ini kerana populariti luar biasanya di dalam bidang sukan. Namun, di dalam tim ini ada seorang peserta yang digeruni ramai iaitu Eddie Williams. Kekuatan luar biasa Eddie Williams adalah organik dan lahir daripada hasil kerja keras bersenam dan regim kesihatan yang teratur serta sistematik. Beliau yang fokus pada sukan kekuatan selalu terlibat dengan sukan tarik benda berat seperti kereta gergasi atau kereta kebal sehingga beliau digelar orang paling kuat di Australia. Selain kuat, beliau juga mempunyai daya ketahanan tinggi dan sangat cergas. Personaliti beliau yang sangat mesra dan mudah tersenyum telah membuatkan beliau disukai ramai peminat. Selain beliau, peserta bernama Dom Tomato (sukan Parkour) dan Eloni Vunakece (pemain Ragbi) juga hebat dengan kemahiran dan kekuatan di dalam sukan masing-masing.
Begitu juga dengan Alexandra (jurulatih Senaman) dan Katelin (pemain Hoki/CrossFitter) yang mempunyai semangat juang yang tinggi di dalam pertandingan ini. Secara keseluruhan, kumpulan Australia mempunyai kekuatan dan kemahiran yang seimbang serta setara. Namun disebabkan silap strategi masa dalam pertandingan Battle Rope Relay dan Pillar Push, mereka telah kalah dan tidak berjaya ke peringkat seterusnya. Walaupun begitu, semua peminat sukan tetap akui tim Australia adalah sangat kuat dan hebat.
JEPUN
Kesemua ahli tim Jepun sangat baik dan kelihatan mempunyai semangat disiplin diri yang tinggi. Tim mereka juga unik kerana mempunyai atlet rambut warna berbeza dengan atlet sukan yang lain iaitu warna platinum dan merah jambu. Ia jelas menunjukkan yang Jepun sememangnya sukakan fesyen unik dan budaya harajuku. Ketua mereka iaitu Yushin Okami sememangnya sudah terkenal sebagai salah seorang legenda sukan MMA. Yoshoi Itoi pula ialah bekas pemain besbol Jepun juga turut popular kerana baru memenangi rancangan ala Physical : 100 versi Jepun iaitu Final Draft baru-baru ini. Nonoka Ozaki pula iaitu ahli gusti wanita Jepun yang pernah menjuarai kejuaraan dunia gusti dan Kana Watanabe pula ahli sukan MMA. Yang menariknya walaupun mereka berdua mempunyai kekuatan fizikal luar biasa, namun wajah cantik dan ayu mereka tetap terserlah seperti atlet wanita Korea Selatan iaitu Eun Sil dan Seung Youn. Kecantikan wajah mereka ini kelihatan sangat semulajadi dan sihat.
Manakala Soichi Hashimoto (sukan Judo) pula betul-betul mengingatkan kepada karekter anime yang memegang watak dan sikap gigih berusaha kerana sangat terserlah di dalam karakter dirinya. Beliau mempunyai badan kecil tetapi sangat lincah dan tangkas dalam melawan pihak besar. Contohnya seperti ketika beliau melawan dengan atlet Korea Selatan Min Jae di dalam pusingan pertama pertandingan. Cara beliau mengerakkan tali ketika pertandingan Battle Rope Relay juga kelihatan sangat dramatik seperti di dalam kebiasaan di dalam adegan anime yang selalu kita tonton. Dan terakhir sekali ialah perenang Jepun Katsumi Nakamura yang mempunyai wajah kacak dan berpotensi menjadi selebriti di dalam bidang hiburan selepas ini. Antara adegan menarik ialah semua peserta terkejut apabila Sung Bin mengangkat dan mendukung Katsumi Nakamura dengan begitu mudah ketika di dalam cabaran pertama pertandingan ini. Mereka tidak menyangka Katsumi yang tinggi dan agak berat juga boleh didukung sebegitu rupa oleh Sung Bin. Walaupun begitu, Katsumi tidak mudah mengalah apabila beliau berpaut rapat pada badan Sung Bin ketika badannya hendak diletak di bawah dan ini menyebabkan Sung Bin sukar untuk bergerak dan terhenti seketika. Kesimpulannya tim Jepun sangat menarik untuk ditonton kerana memberikan daya saing hebat pada kumpulan lain tetapi sayangnya mereka tidak berjaya ke peringkat akhir pertandingan.





.jpg)
TURKIYE
Pasukan negara Turkiye juga digeruni ramai kerana mempunyai jaguh gusti wanita peringkat dunia iaitu Yasmin Adar Yigit kerana kekuatan beliau adalah setara dengan pengusti lelaki. Pada mulanya ramai juga gerun dengan ahli gusti minyak Turkiye iaitu Recep Kara yang juga merangkap ketua tim ini. Ini disebabkan saiz badan beliau yang sangat besar dan kelihatan kuat. Namun sayangnya Recep tidak dapat melaksanakan tugasan permainan sukan dengan sempurna dan baik kerana faktor sakit belakang beliau. Ini menyebabkan beliau menjadi ahli sukan yang terhad dan tidak fleksibel. Walaupun begitu, kejayaan memenangi cabaran pertama tetap membuktikan tim Turkiye bukan calang-calang pasukan.
Ditambah pula dengan kehadiran juara kejohanan dunia Karate iaitu Ali Sofouglu telah mengukuhkan lagi hakikat yang tim Turkiye ini adalah antara yang terbaik di dalam pertandingan ini. Ali juga merupakan salah seorang atlet sukan yang disukai ramai di dalam pertandingan ini kerana mempunyai wajah tampan sama seperti atlet Filipina Mark Mugen, atlet Korea Selatan Sung-bin dan atlet Jepun Katsumi Nakamura. Ahli lain seperti Anil Berk Baki (sukan Laut/Crossfit) ,Nefise Karatay (sukan Olahraga), Ogaday Grisken (sukan Dayung) juga sangat hebat dan mahir di dalam bidang masing-masing walaupun kurang menonjol berbanding peserta yang lain.
FILIPINA
Semua penonton dan peserta terkejut apabila Legenda Sukan Dunia (Sukan Boxing) iaitu Manny Pacquiao menyertai pertandingan ini bagi mewakili Filipina. Tahap legenda Manny jika diukur di dalam industri muzik dunia tahap Raja Pop Michael Jackson. Beliau sangat digeruni, dihormati dan disanjungi oleh atlet pelbagai jenis sukan yang ada. Ini kerana rekod kemenangan beliau di dalam pelbagai kategori di dalam sukan Boxing adalah sangat luar biasa dan sukar diganti. Namun sayangnya beliau hanya muncul seketika sahaja di dalam rancangan ini kerana terikat dengan tugasan lain. Walaupun begitu, ahli tim Filipina yang lain juga tidak kurang hebat juga ya.
Justin Coveney (sukan Ragbi) bertindak menjadi ketua kumpulan menggantikan Manny dan beliau seorang ketua yang bijak dan realistik. Lara Lorraine (sukan Crossfitter) juga telah membuktikan beliau adalah salah seorang atlit wanita yang sangat kuat apabila berjaya mempamerkan aksi cemerlang di dalam permainan Revival Challenge. Begitu juga dengan Robyn Lauren (sukan Olahraga) dan Ray Jefferson (sukan kekuatan) hebat juga tapi sayangnya mereka tidak beberapa menonjol berbanding peserta yang lain. Dan akhir sekali ialah pemenang pingat emas sukan Sambo dan bekas atlet MMA iaitu Mark Mugen. Beliau telah mejadi viral dan popular kerana ketampanan wajah beliau dan aksi cemerlang beliau di dalam pertandingan sukan ini. Tidak dilupakan, peserta yang mengantikan Manny iaitu Justin Hernandez (jurulatih senaman/ sukan Bina Badan) juga pilihan tepat kerana mempunyai kecergasan fizikal yang bagus dan mantap.
THAILAND
Tim Thailand adalah tim paling happening, paling fun, paling kelakar, paling ceria dan paling terhibur. Diketuai oleh jaguh Muay Thai Superbon jelas menunjukkan yang tim Thailand juga ingin menjadi juara pertandingan ini. Seperti tema negara Thailand iaitu Land of Smile, semua ahli tim kelihatan sangat selesa dan sentiasa senyum di dalam apa jua keadaan. Selebriti Thailand dan juga bekas atlet Bola Tampar James Rusameekae jelas mejadi nadi kekuatan dan keceriaan tim Thailand ini. Lawak spontan James yang sentiasa memeriahkan suasana menjadikan pertandingan ini sangat berwarna warni, variasi dan tidak klise. Atlet mereka yang lain seperti Sunny Kerdkao (sukan Ragbi), Anucha Yospanya (sukan Gusti), Jar Uracha (sukan CrossFitter) dan Ploy Nuanaree (sukan Bina Badan) juga hebat dan mempunyai semangat daya juang dan ketahanan yang sangat tinggi di dalam pertandingan ini.
Tim mereka juga satu-satunya tim paling santai dan enjoy setiap momen di dalam acara ini. Melihat mereka bergurau senda dan gelak ketawa semasa sesi rehat di dalam bilik menunggu bersama tim Korea Selatan jelas menunjukkan keakraban dan keharmonian antara mereka bersama sebagai satu pasukan. Diversiti, kesamarataan dan sifat toleransi yang terserlah di dalam diri atlet Thailand adalah satu perkara yang wajib dipuji dan dihormati oleh semua orang. Mereka telah buktikan walaupun kalah tetapi mereka tetap menang di hati peminat.
INDONESIA
Tim Indonesia terkeluar paling awal kerana silap strategi dan atlet yang dihantar seperti last minute dipilih. Fina Phillipe (sukan Jiu-Jitsu) dipuji kerana kehebatan beliau berlawan dengan peserta lelaki di dalam Revival Challenge tetapi ia hanyalah pujian sementara kerana tindakan beliau meroyan over react apabila Glenn Victor (sukan Renang) mengalami kecederaan di dagu telah dikecam ramai. Beliau dikatakan memberi reaksi berlebihan dan tidak munasabah serta tidak membantu meredakan keadaan.
Manakala Glenn pula dipuji ramai kerana menunjukkan persembahan cemerlang di dalam sukan ini walaupun kalah kepada Jepun. Jeremiah Lakhwani (jurulatih sukan/pempengaruh) juga dipuji kerana fokus pada pertandingan dan tidak bereaksi berlebihan seperti Fina. Ketua kumpulan Igedz Executioner (sukan Bina Badan), Marcus Gideon (Badminton) dan Maria Selena (sukan Bola Keranjang) kelihatan tidak menonjol dan seolah tidak bersedia untuk bertanding di dalam pertandingan ini.
Jika dilihat dalam sosial media, majoriti bersetuju yang tim Mongolia patut menang dan bukan tim Korea Selatan. Ini disebabkan mereka menyatakan terlalu banyak kesilapan teknikal dan error di dalam pertandingan ini. Walaupun begitu, kita tidak patut nafikan tim Korea Selatan sebenarnya layak juga menang kerana mereka juga berusaha keras untuk menang setelah ditentang hebat dengan pihak lawan yang lain. Kali ini rezeki Korea Selatan, mungkin next time rezeki negara lain pula.
Sama jugalah konsepnya seperti rancangan Netflix Iron Chef Thailand vs Asia di mana sah sah la Thailand akan menang walaupun peserta Korea Selatan dalam rancangan itu kelihatan lebih baik masakannya. Negara yang terkenal dengan kehebatan masakan seperti China, India, Singapura pula kerap dapat markah rendah dalam pertandingan ini dan kelihatan seperti peserta amatur pula walaupun semua chef profesional yang bertanding ini sangat hebat di negara masing-masing.
Nak contoh lagi ke ? Rancangan pertandingan Dangdut iaitu D'Academy Asia di Indonesia. Rasa sudah tujuh musim diadakan tapi semua musim hanya Indonesia sahaja menang dan negara lain yang bertanding seperti Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand, Filipina dan Timor Leste sekadar memeriahkan pertandingan saja. Sama juga pertandingan nyanyian China berjudul I Am Singer yang pernah diadakan era 2010 an dahulu. Shila Amzah pernah masuk pertandingan ini dan hanya dapat nombor tiga. Penyanyi vokal hebat dunia daripada Kazakhstan iaitu Dimash Qudaibergen pun pernah masuk pertandingan ini dan guess what, dia pun kalah kepada penyanyi China yang sah sah vokal dia tak sehebat Dimash. Nak teka lagi, semua pemenang I Am Singer are from Made In China ya kecuali Jessie J daripada UK sorang tersesat boleh menang musim keenam.
Cuma selepas menonton beberapa kali rancangan ini di Netflix, semakin terserlah pula ketua pasukan Korea Selatan itu agak memandang rendah kemampuan atlet wanita mereka. Amotti dan Sung-bin pun sama juga masa awal awal episod tetapi mereka mula sedar apabila melihat kehebatan atlet wanita Turkiye, Jepun dan Mongolia sama kuat dengan lelaki. Cuma tertanya, kenapa hanya tim Korea Selatan sahaja yang tidak memberi sepenuh harapan terhadap kekuatan dan kecekalan atlet wanita mereka ya berbanding negara lain ? Atlet wanita mereka seperti struggle dalam diam nak buktikan mereka layak di dalam pasukan itu. Begitu juga dengan Min-Jae apabila kerap ditegur oleh Kim Dong-Hyun seolah-olah salah Min-Jae jika mereka kalah. Yang selalu bagi semangat pada Min-Jae ialah Eun Sil. Eun Sil is real good leader.
Manakala Jepun, Mongolia, Turkiye, Filipina, Thailand, Australia dan Indonesia pula semua menganggap ahli kumpulan mereka sama kuat dan setara tidak kira lelaki atau wanita. Korea Selatan @ Hollywood Asia, What Happened? Hmm. Hope next season will be much better than this season. Can't wait for the new season of Physical: Asia!. Jangan Lupa Tonton Di Neflix !!!
GV METER : 90/100
💖💖💖💖💖
(TERBAIK)
Aksi Menarik Physical : Asia
Sumber Rujukan :
GALAKSIVIRAL
Arkib Hiburan Malaysia
Tiada ulasan:
Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D