Ads Top

NEW BOYZ : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Kumpulan New Boyz pernah mencetuskan fenomena hebat pada awal era 2000 an kerana populariti luar biasa mereka melalui lagu dan imej remaja mereka yang menarik perhatian ramai peminat seni hiburan ketika itu. Imej rambut belah tengah dan lagu mendayu-dayu telah menjadi trademark kepada kumpulan ini. Jika diimbas semula di waktu kegemilangan mereka, dua album pertama mereka terjual lebih 100,000 unit setiap satu dan ianya satu angka yang sangat luar biasa bagi artis baru di zaman era itu. Malah, mereka juga di antara artis paling kerap muncul di majalah-majalah hiburan tempatan seperti di dalam majalah URTV, Mangga, Hai, Media Hiburan, dan banyak lagi. Ianya semua kerana impak fenomena kumpulan New Boyz yang pastinya kini terlipat di dalam sejarah kenangan hiburan tempatan. 
New Boyz 

BIODATA RINGKAS KUMPULAN NEW BOYZ

AHLI KUMPULAN : Tomok, Afiez, Jay, Lan, Zack, Ristoe, Along, Syuk, Rizz, Zimi
TAHUN AKTIF : 1999 - kini
ALBUM STUDIO : 6
ANTARA PENCAPAIAN UTAMA :
Finalis Kumpulan Paling Popular ABP 2000 & 2001
Separuh Akhir Muzik Muzik 2000 Kategori Pop Rock - Cuba Dan Cuba
Jualan Album  Pertama Dan Kedua Masing-Masing Melebihi 100,000 unit
Kumpulan Remaja Paling Popular era awal 2000 an

12 LAGU PALING POPULAR NEW BOYZ

1
SEJARAH MUNGKIN BERULANG
KOMPOSER : Aiman
PENULIS LIRIK : Lukhman.S
ALBUM : New Boyz
TAHUN : 18 Oktober 1999
CATATAN :
Lagu ini merupakan lagu signature New Boyz yang paling popular di dalam karier kumpulan ini. Apabila terdengar lagu ini, pasti teringat rambut belah tengah Tomok dan rakan-rakannya di dalam video muzik lagu ini.


2
CUBA-CUBA

KOMPOSER : Mohalim/Beb/Aris
PENULIS LIRIK : Sira 
ALBUM : New Boyz
TAHUN : 18 Oktober 1999
CATATAN :
Lagu merupakan satu-satunya lagu New Boyz yang berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik kategori Pop Rock pada tahun 2000. Lagu berentak rancak ini sangat popular pada tahun 2000.


3
MERAUNG
KOMPOSER : Zulkefli Majid
PENULIS LIRIK : Mama Juwie
ALBUM : Akur
TAHUN : 2000
CATATAN :
Tajuk lagu ini menjadi fenomena kerana jarang ada lagu berjudul Meraung. Sesuai dengan judul lagu ini, lagu Balada ini sememangnya mendayu-dayu dan merintih-rintih dengan liriknya yang sangat sedih. Sebut saja lagu Meraung, terus teringat New Boyz. 


4
AKULAH BAKAWALI
KOMPOSER :  Tujuh
PENULIS LIRIK : Azam Dungun
ALBUM : Akur
TAHUN : 2000
CATATAN :
Lagu rancak ini meneruskan populariti kumpulan New Boyz dalam membawakan muzik Pop Rock. 

5
KAU ABADI SELAMANYA
KOMPOSER : Aidit
PENULIS LIRIK : Tanty
ALBUM : Akur
TAHUN : 2000
CATATAN :
Lagu ini pernah membuat kejutan apabila menjadi Juara Carta Mingguan Muzik Muzik 2000/2001 selama seminggu. Lagu ini juga sangat popular pada tahun 2001.

6
HANYA TINGGAL SEJARAH
KOMPOSER : Aiman
PENULIS LIRIK : Sham Amir Hussain
ALBUM : Akur
TAHUN : 2000
CATATAN :
Selain perkataan Meraung, perkataan Sejarah juga selalu dikaitkan dengan New Boyz. Ianya kerana judul lagu popular sangat sinonim dengan dua perkataan di atas. Begitu juga dengan sambungan lagu Sejarah Mungkin Berulang ini, lagu Hanya Tinggal Sejarah juga sangat popular pada tahun 2001.


7
LUKAMU LUKAKU JUA
KOMPOSER : Aiman 
PENULIS LIRIK : Lukhman.S
ALBUM : Wirama
TAHUN : 2001
CATATAN :
Album ketiga kumpulan New Boyz ini telah berjaya melahirkan sekali lagu Super Hits mereka iaitu berjudul Lukamu Lukaku Jua. Judul lagu ini sendiri cukup mengambarkan lagu ini adalah lagu jiwang. Lagu ini memang sangat popular pada tahun 2001/2002.

8
YE IYE IYE IYO
KOMPOSER : Aydiel/Stanley/V6
PENULIS LIRIK : Fitri
ALBUM : Wirama
TAHUN : 2001
CATATAN :
Lagu rancak ini meneruskan populariti New Boyz di dalam irama Pop Rock pada tahun 2001/2002.

9
NORKIA
KOMPOSER : Aiman
PENULIS LIRIK : Tomok
ALBUM : Inspirasi
TAHUN : 2002
CATATAN :
Melalui lagu ini, kumpulan New Boyz sudah mula menerokai kepelbagaian susunan muzik yang segar dan ianya juga memberi tanda yang mereka sudah semakin matang di dalam industri muzik ini.


10
MARAH BUKAN SIFATKU
KOMPOSER : Zulkefli Majid
PENULIS LIRIK : Lukhman.S
ALBUM : Inspirasi
TAHUN : 2002
CATATAN :
Lagu ini mungkin lebih popular di kalangan peminat fanatik New Boyz kerana pada tahun berkenaan, lagu Norkia lebih popular di stesen radio tempatan. Namun, setelah bertahun-tahun berlalu, lagu ini telah membuktikan yang lagu ini adalah salah satu lagu New Boyz paling popular dan mempunyai  tontonan yang sangat tinggi di laman You Tube. 

11
CINTA DAN DICINTAI
KOMPOSER : Alfa Kesuma Booty
PENULIS LIRIK : Ricky Koes
ALBUM : Bermulanya Satu Revolusi
TAHUN : 9 Ogos 2004
CATATAN :
Ramai terkejut dengan perubahan muzik total daripada New Boyz iaitu daripada muzik mendayu kepada muzik Pop Rock yang lebih segar dan matang. Perubahan muzik ini juga disukai ramai peminat kerana ianya kena dengan tema album ini iaitu bermulanya satu revolusi iaitu revolusi muzik mereka.  

12
KAU YANG BERNAMA CINTA
KOMPOSER : Tomok
PENULIS LIRIK : Tomok 
ALBUM :Semula Padaku
TAHUN : 2007
CATATAN :
Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Tomok ini sememangnya amat sedap dan kerap diputarkan di stesen radio tempatan pada masa itu. Album ini menyambung kesinambungan muzik seperti album terdahulu dan merupakan album terakhir mereka bersama sebagai kumpulan untuk era 2000 an. 


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber :
Google Image, Youtube Channel, yansani.blogspot

8 comments:

  1. baca entry ni terus teringat ex roomate yg sgt2 giler kan New Boyz hari2 memekak nyanyi lagu sejarah mungkin berulang hahahaha...


    p/s sy keciwa giler bila syuk tunang masa tu waaaaa hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg fenomena kan New Boyz dulu kan kak. huhu. syuk new boyz mmg ramai peminat kak. huhu, sabar kak. huhu.

      Delete
  2. Pernah masuk pertandingan menyanyi dapat no 2. Nyanyi lagu NewBoyz. Menang bukan sebab suara sedap, tapi sebab suara peserta lain lagi tak sedap. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat tu kak nyanyi lagu New Boyz. Lagu New Boyz sebenarnya susah juga nak nyanyi.siap dapat no. 2 kak. huhu. down to earth giteww kak. huhu.

      Delete
  3. sejarah mungkin berulang, cuba - cuba, meraung.
    lagu best zaman umur hingusan dulu . siap ada buku lirik. tah kenapa p bakar pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg fenomena lagu mereka semua itu. huhu. siap tulis lirik lagi tu. terbaik la kak. huhu. nape buku itu bakar kak. huhu.

      Delete
  4. bila dengar balik lagu2 New Boyz yg popular 20 thn dulu terasa sedap plak...nostalgia tul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju Mr Abam Kie. terimbau kenangan zaman sekolah dulu. huhu

      Delete

Terima Kasih Sudi Baca. Semoga Semua Murah Rezeki & Berbahagia Selalu. InsyaAllah. Aamin. :D

Powered by Blogger.